noraniza bt rizzuan's 4.A2 : LATIHAN 2 - OpenLearning

Soalan 1

Tuliskan refleksi tentang video yang anda tonton tadi. Huraikan video yang anda tonton mengikut kronologi termasuk : • Masa • Tempat • Individu yang terlibat
Rancangan Malaysia Kesepuluh mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan. Pakej transformasi sosioekonomi RMKe-10 yang mengandungi 6 hala tuju strategik dirangka berteraskan Misi Nasional. Hala tuju strategik ini akan memastikan negara kembali kepada trajektori Wawasan 2020 dan menyediakan landasan yang kukuh lagi mampan bagi kesinambungan rancangan pembangunan seterusnya. Hala tuju strategik RMKe-10 adalah seperti berikut: i. Mempergiatkan sektor swasta yang berdaya saing sebagai peneraju pertumbuhan; ii. Meningkatkan produktiviti dan inovasi melalui peralihan pantas kepada ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi); iii. Menyediakan modal insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran abad ke-21; iv. Mengaplikasi pendekatan inklusif bagi menangani jurang pembangunan; v. Mempertingkatkan kualiti hidup setaraf dengan negara maju; dan vi. Meningkatkan peranan kerajaan sebagai pemudah cara yang efektif dan berintegriti.

Soalan 2

Nyatakan perasaan positif dan negatif anda: • Gembira, ceria serta memperoleh sesuatu bermanfaat daripada video. • Kecewa, sedih dan menerima pengaruh buruk daripada video.
gembira kerana Konsep 1Malaysia, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” untuk menyatukan semua rakyat Malaysia bagi menghadapi cabaran yang mendatang dan Program Transformasi Kerajaan (PTK) untuk memantapkan perkhidmatan awam dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas, NKRA). Program Transformasi Ekonomi (PTE) merupakan tonggak utama yang akan melonjakkan Malaysia ke arah status negara maju sejajar dengan matlamat Wawasan 2020. Sementara itu, Rancangan Malaysia ke-10 pula akan menggembelengkan usaha untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi.

Soalan 3

Apakah yang dapat anda pelajari daripada video tadi?
Perancangan dan pelaksanaan RMKe-10 akan diasaskan kepada pendekatan berasaskan Outcome sebagai kesinambungan usaha untuk merealisasikan Wawasan 2020 bersandarkan teras utama Misi Nasional dan konsep 1Malaysia.

Comments

Chat