Soalan 1
Apakah impak globalisasi kepada negara kita Malaysia?Kesan-Kesan Baik 1. Globalisasi memajukan ekonomi negara Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mempergiat perdagangan antarabangsa Peniaga dapat meluaskan pasatan ke seluruh dunia Persidangan video, internet dan e-mel telah memudahkan perhubungan E-dagang dan e-perbankan juga dapat dijalankan Peniaga dan pengguna menual dan membeli barangan melalui intrnet Ekonomi negara berkembang pesat 2. Globalisasi mewujudkan persefahaman sejagat Sistem komunikasi yang menghubungkan seluruh dunia memudahkan interaksi Pertukaran pengetahuan, pengamalan budaya dan sebagainya bergerak dengan bebas Menjalin hubungan erat dan mengurngkan salah faham Peristiwa yang berlaku di seluruh dunia dapat diketahui dengan serta-merta Membolehkan bantuan diberikan dengan segera 3. Pemindahan teknologi bertambah pesat Pelaburan asing membawa teknologi baru ke sesebuah negara Pelabur asing menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) Rakyat tempatan berpeluang untuk mempelajari dan memiliki teknologi canggih Rakyat tempatan mampu menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D). 4. Politik Hubungan yang erat dalam bidang politik antara Malaysia dengan negara-negara lain akan memberi kesan yang baik dalam bidang yang lain seperti bidang ekonomi dan sosial . Kebanyakan kerajaan telah menggubal peraturan global dan institusi untuk menangani isu seperti perdagangan, hak asasi, dan alam sekitar. 5. Sosial Sistem pendidikan akan terus berkembang maju dengan adanya internet. Pendidikan jarak jauh dapat dilaksanakan dengan berkesan sama ada di dalam atau di luar negeri. Pendidikan bertaraf dunia dapat diwujudkan di Malaysia dalam era globalisasi. Pendedahan pelbagai maklumat kepada rakyat Malaysia conth: bidang perubatan- makanan berkhasiat, senaman yang betul. Ilmu-ilmu ini menjadikan rakyat Malaysia berilmu pengetahuan yang luas. 6. Ekonomi Wujudnya perdagangan bebas, pengaliran modal secara bebas, menggalakkan persaingan, peluasan pasaran,peningkatan kualiti prosuk dan berlakunya aliran buruh mahir dan separa mahir(pemangkin kepada kemajuan negara) Syarikat-syarikat multinasional Malaysia juga telah meningkat pelaburan mereka ke seluruh dunia seperti Syarikat Telekom Malaysia Berkad, Maybank dan Petronas – sebaris dengan syarikat gergasi luar negara. Kesan-Kesan Buruk 1. Globalisasi menyebabkan penjajahan ekonomi Kedudukan ekonomi negara mundur dan negara sedang membangun diketahui negara maju. Negara maju dapat memanipulasikan ekonomi negara-negara lain demi kepentingannya Negara maju mempengaruhi minda penduduk Dunia Ketiga 2. Globalisasi menyebabkan pencemaran budaya Budaya liar dari Barat dapat disebarkan melalui internet dan televisyen satelit Budaya liar ini langsung tidak ditapis Generasi muda terikut-ikut akan nilai runtuh Budaya Barat menjadi dominan Budaya tempatan yang murni akhirnya terkikis Anak tempatan hilang identiti diri dan runtuh akhlaknya 3. Politik Campur tangan atau bantuan kepada kumpulan-kumpulan tertentu untuk menggulingkan kerajaan sedia ada seperti negara Afghanistan, Libya, Iraq, Sudan, Mesir dan lain-lain atas alasan mereka membangunkan senjata nuklear atau memberi latihan kepada kumpulan pengganas Pengintipan untuk mendapatkan maklumat oleh negara-negara maju terhadap musuh mereka. Penggodaman sistem pertahanan – mencari kekuatan dan kelemahan sistem pertahanan sesebuah negara 4. Pendidikan Peminggiran penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu – bahasa Inggeris lebih diutamakan terutamanya IPTS bahasa Inggeris digunakan dalam internet Penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar kurang baik 5. Ekonomi Penghakisan dasar perlindungan produk tempatan – produk tempatan tidak lagi dilindungi dan terpaksa bersaing dengan produk luar negara Monopoli syarikat multinasional – syarikat-syarikat kecil akan ketinggalan dan seterusnya terpaksa gulung tikar keranatidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar dalam dan luar negara. Ancaman terhadap barangan dan perkhidmatan tempatan Ancaman ke atas industri kecil dan sederhana (IKS) Kesukaran untuk mengawal aliran modal asing dan penghakisan kedaulatan ekonomi negara. Serangan mata wang – nilai mata wang negara jatuh – kemelesetan ekonomi berlaku Manipulasi pasaran sahan saham – menyebabkan pasaran saham tempatan jatuh dan akan menyebabkan ekonomi Malaysia jatuh kerana pelabur-pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap keyakinan ekonomi Malaysia 6. Teknologi Penyalahgunaan teknologi akan membahayakan manusia seperti teknologi nuklear - boleh dibuat senjata nuklear, kebocoran tenaga nuklear Teknologi pembuatan senjata-senjata moden telah banya memusnahkan kehidupan manusia Pengintipan yang dilakukan oleh negara-negara maju melalui satelite untuk mendapatkan maklumat negra-negara musuh mereka.
Soalan 2
Apakah impak globalisasi kepada tindakan pengukuhan (affirmative action) dan hubungan etnik di Malaysia?Agama, Bahasa dan Budaya - Kaum Melayu, Cina dan India mempunyaiagama, bahasa dan kebudayaan yangberlainan sukar apabila setiap kaum terus menebaldengan bahasa dan kebudayaan merekasendiri anggota etnik lebih mengutamakananggota daripada etnik yang sama dalammemilih sahabat, mendapatkan perkerjaan Sosial - pemisahan fizikal iaitu sistem pendidikan yang berasingan polarisasi dalam kalangan pelajar kontrak sosial Pemisahan Fizikal - timbul akibat daripada kesan dasar ³pecahdan perintah´ yang diamalkan oleh Britishsejurus mennjajah Malaysia . Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukansahaja terasing daripada segi lokasitempat tinggal, malahan merekamenjalankan jenis pekerjaan yangberbeza.
Soalan 3
Bagaimanakah pihak universiti menangani arus globalisasi dalam kalangan pelajar?Dalam usaha menangani cabaran globalisasi dalam sektor pendidikan, Malaysia perlu menyediakan segala sumber manusia dan kelengkapan sosialnya agar dapat membentuk satu daya ketahanan budaya yang membolehkannya berinteraksi dan bertindak secara autonomous dalam persekitaran baru ini.Pada abad ini, adalah amat penting untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih produktif dalam persekitaran ekonomi baru.Pengurusan sumber manusia dalam pendidikan dahulu dan kini telah membangkitkan pelbagai isu yang menyentuh pelbagai aspek perkhidmatan dalam pendidikan.Namun dalam memastikan produktiviti dipertingkatkan, isu-isu berbangkit ini perlu diberikan perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab. Antara isu yang telah dibangkitkan dalam sektor pendidikan beberapa tahun kebelakangan ini termasuklah: i)isu penilaian prestasi atau insentif dalam pendidikan,yang merangkumi, penilaian prestasi tidak dilaksanakan mengikut jadual seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling yang berkenaan, penilaian prestasi tidak dibuat secara objektif, adil dan telus, kelemahan pegawai penilai, sistem giliran dalam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang,penetapan kuota 8% penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang mengikut Pekeliling yang relevan, dan kefahaman konsep dan pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan. ii)isu globalisasi pendidikan, yang merangkumi pencapaian perkhidmatan pendidikan bertaraf dunia,pencapaian daya saing dan daya tahan global, dan transformasi pengajian tinggi bagi menjadikan negara hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. iii)isu teknologi dalam pendidikan, yang merangkumi keefisienan sistem pertukaran guru atas talian,kemahiran kakitangan dalam teknologi maklumat dan kekurangan infrastruktur fizikal (komputer/peralatan) dan infrastruktur bukan fizikal (perisian teknologi maklumat & komunikasi). iv)isu jaminan kualiti pendidikan yang merangkumi isu-isu berhubung Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 dan Pengurusan v)Kualiti Menyeluruh (Total Quality Management (TQM)) dan Persijilan ISO(International Organisation for Standardisation); vi)isu perekrutan dan pemilihan staf yang merangkumi perekrutan dan pemilihan guru,unjuran keperluan guru, pembangunan kurikulum,latihan dan pembangunan kerjaya dan penempatan dan pertukaran guru,kekurangan data dan maklumat pendidikan. vii)isu latihan dan pembangunan staf yang merangkumi pembentukan polisi dan objektif latihan memerlukan maklum balas daripada semua kakitangan masalah impak latihan, contohnya, analisis organisasi yang tidak mencukupi sebelum pelaksanaan, kurangnya sokongan pengurusan, pelatih yang tidak bermotivasi, kemahiran diajar tidak berkaitan dengan masalah, tiada tindakan susulan di tempat pelatih dan masalah peruntukan bagi program latihan yang tidak mencukupi. viii)isu pembangunan kerjaya pekerja yang merangkumi kriteria yang dijadikan asas kenaikan pangkat,pertukaran tempat bertugas,pengurusan kerjaya,contohnya penilaian berorientasikan kerjaya, disiplin pekerja dan persaraan serta latihan yang diperlukan sebelum persaraan. KESIMPULAN Kesimpulannya, dunia tanpa sempadan ini memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit. Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa, dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan ini. Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.
Soalan 4
Adakah konsep kesaksamaan/kesamaratan dalam agihan dan pertumbuhan dari segi wilayah – Semenanjung Sabah dan Sarawak?konsep kesaksamaan/kesamaratan dalam agihan dan pertumbuhan dari segi wilayah Semenanjung Sabah dan Sarawak adalah sama rata .Salah satu kebaikan hak istimewa ini adalah ia dapat membuka peluang kepada masyarakat Melayu dan pribumi Sarawak dan Sabah dari segi pendidikan, perniagaan dan tanah. Masyarakat Melayu dan pribumi Sarawak dan Sabah tidak perlu risau tentang masalah tiada peluang kerana ia telah dihidangkan di atas dulang emas bertatahkan intan dihadapan mereka dan ditambah dengan pengawal-pengawal bagi melindungi peluang itu. Mereka tidak perlu bersusah payah mencari dan meredah bagi menaikkan taraf hidup mereka.