Soalan 1
Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.GEJALA murtad di kalangan orang Islam negara ini sudah sampai ke tahap kritikal. Bilangan kes orang yang dilahirkan Melayu-Islam yang mohon tukar nama asal serta saudara baru yang tidak mengamalkan cara hidup Islam atau mahu balik ke agama asal meningkat tahun demi tahun. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menggemparkan seluruh negara apabila menyebut bilangan mereka yang murtad mencapai hampir suku juta. Semasa pendedahan ini dibuat pada tahun 2008 dulu, ramai yang tidak percaya. Ada juga yang mempersenda, kononnya beliau menyebut angka macam membilang jari saja. Hakikat semakin ramai orang Islam yang terpesong sangat menakutkan. Bekas Mufti Kuala Lumpur Ustaz Shaari Bustamah pernah memaklumkan bahawa bilangan murtad di ibu kota sehingga Julai 1997 ialah 3,000 orang. Kajian di Jabatan Statistik menunjukkan terdapat 4,776 permohonan pada tahun 1989 sahaja. Mengikut rekod Mahkamah Syariah, seramai 863 kes telah dirujuk kepadanya antara tahun 2000 hingga 2010 bagi tujuan menukar status agama Islam. Daripada bilangan ini, 168 kes telah diluluskan. Kajian lain menunjukkan bahawa 519 permohonan menukar nama Islam kepada bukan Islam dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Negara antara 1994 dan 1997, yang mana 48 peratus permohonan diluluskan. Portal bebas Malaysiakini melaporkan bahawa 686 permohonan tukar status agama telah dirujuk kepada pihak Mahkamah Syariah dan daripada itu, 135 kes diluluskan. Paling banyak ialah di Sabah (238 permohonan; 67 diluluskan), Negeri Sembilan (172; 33), Selangor (99), Wilayah Persekutuan (56;10), Perak (47;12) dan Pulau Pinang (36;1), diikuti Melaka (12:3), Pahang (8;7), Johor (8), Kedah (5;1), Perlis (3;1), manakala Sarawak dan Kelantan masing-masing 1 permohonan. Walaupun bilangan kes berbeza-besa mengikut sumber, yang jelasnya ia kian meningkat. Beberapa siri Program Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) telah diadakan bagi menzahirkan kebimbangan ini serta sokongan umat Islam terhadap gerakan membasmi kemurtadanan dikalangan orang Islam. Setakat ini, HIMPUN telah diadakan di Shah Alam, Selangor; Kuala Kangsar, Perak dan Paroi, Negeri Sembilan. Seterusnya, HIMPUN akan diadakan di Pulau Pinang pada 28 Januari 2012. Pengerusi HIMPUN, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bilangan kes permohohan dan kelulusan murtad menggambarkan ianya satu isu besar dan serius yang perlu diberi perhatian dan ditangani semua pihak. Menurutnya, sebahagian besar permohonan diterima untuk keluar Islam terdiri daripada golongan saudara baru. Usaha sedang dilakukan untuk mengemaskini maklumat agar mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai gejala ini dikalangan saudara baru. Manakala dikalangan orang Melayu asal, gejala murtad banyak dikalangan golongan remaja lingkungan umur 20an. Menurutnya lagi, antara faktor berlakunya gejala murtad ialah masalah kemiskinan, kesempitan hidup dan juga kurang ilmu mengenai Islam. Daripada pemerhatian dan pengalaman, didapati bahawa selain lemah pegangan agama serta jahil mengenai hukum hakam dan akidah, golongan terbabit mudah terpengaruh dengan agama lain. Faktor perkahwinan juga boleh mendorong seseorang Islam menjadi murtad. Inilah yang diperolehi daripada siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas 12 orang Islam yang diselamatkan di Gereja Methodist Damansara Utama pada Ogos tahun lalu. Gejala merebak Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said baru-baru ini memberi amaran kepada pihak yang berusaha memurtadkan umat Islam negeri itu supaya jangan “bermain api”, kerana tindakan mereka bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan malah boleh mencetuskan ketegangan kaum dan agama. “Kena hormat orang Islam kerana ini negara Islam. Perkara ini adalah isu yang sensitif. Ini soal serius. Jangan cuba bermain api,” kata Ahmad sebagai mengulas laporan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengenai gerakan pihak tertentu yang aktif memurtadkan orang Melayu di negeri itu, termasuk orang kelainan upaya (OKU). Bekas exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau mempunyai bukti nyata berhubung gerakan pihak ini. Katanya, sejak penubuhan Unit Selamatkan Akidah di bawah portfolio beliau semasa menjadi Exco Selangor, seramai 51 orang Melayu-Islam telah melahirkan keinginan untuk bertaubat dan pulang ke pangkal jalan. “Mereka dibekalkan bible terjemahan Bahasa Melayu. Bukan Bahasa Indonesia yang orang kita sukar faham, tetapi Bahasa Melayu. Saya ada contoh salinan bible itu.” Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dan AJK Pas Pusat ini melahirkan keinginan untuk mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Kristian dan orang Melayu-Islam yang pernah murtad. “Sekiranya pihak yang murtad bersetuju bertemu pihak paderi dan ilmuan agama, kita mahu dengar daripada mulut mereka sendiri, sekali gus membuktikan apa yang saya cakap adalah benar. “Saya mahu pimpinan Kristian, tokoh agama, mufti dan intelek agama mendengar daripada mulut mereka yang telah memeluk agama Kristian sebagai bukti mereka telah terjebak dengan ajaran Kristian dan cubaan memurtadkan orang Islam Ini kerana mereka takut tampil ke hadapan, bimbang dengan risiko, kecaman masyarakat, keselamatan nyawa dan takut dipandang hina masyarakat.” Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan, dalam ruangannya ‘Cuit’ pada 7 Ogos 2011 berkata gerakan kristian ini bukan sahaja bergerak secara agresif di negara ini tetapi juga melangkaui sempadan. Gerakan mereka ini tidak kelihatan dengan imej pakaian ala berkopiah putih, tabligh atau purdah, tapi cukup halus. Mereka juga membuka kelas bahasa Inggeris dan muzik di beberapa negara seperti Vietnam, Kemboja dan Indonesia. Bukan kelas-kelas biasa, tapi bertujuan menerapkan agama mereka. “Di mana NGO-NGO Islam yang kononnya kuat dan Islamik itu? Malangnya mereka ini lebih kuat berpolitik daripada menjalankan kerja-kerja dakwah sebenar...Mana perginya Persatuan Mahasiswa Islam dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) yang garang itu. Mereka hanya garang kepada pemerintah kerajaan, yang bagi mereka itu tidak kena, ini tidak kena. Mengapa tidak dilakukan kerja-kerja sosial seperti yang dilakukan oleh gerakan Kristian itu?” Cara Halus Semasa kecil, ramai dikalangan kita yang diajar lagu ini: Are you sleeping, are you sleeping, Brother John, Brother John. The morning bell is ringing, the morning bell is ringing, ding dong bell, ding dong bell. Penulis tidak tahu sama ada lagu ini masih diajar di sekolah-sekolah rendah atau tidak. Namun, ketika itu, penulis dan rakan-rakan lain tidak begitu faham maksudnya samada Brother John merujuk kepada paderi atau abang bernama John, dan samada morning bell yang dimaksudkan itu loceng gereja atau loceng di rumah. Seorang teman yang pernah belajar di sekolah Methodist di Sungai Siput, Perak berkata beliau juga tidak tahu maksud perkataan itu atau jenis sekolah di mana beliau dihantar.“Ketika itu, tidak ada sebab untuk meragui apa-apa kerana tak dengar pula unsure mengalihkan akidah sesiapa. Kawan Cina tetap dengan amalan dan kepercayaan mereka, begitu juga dengan kawan India, apatah lagi dengan kawan Melayu-Islam,” kata Hanizam Abdullah, seorang pengarang di Berita Harian. Baru-baru ini, sebuah pusat tuisyen percuma di Jalan Kuchai Lama didakwa cuba memesongkan akidah murid Melayu terutama daripada keluarga miskin dan setinggan sejak lapan tahun lalu. Anak-anak kecil diajar menyanyi lagu memuji Jesus Christ oleh sekumpulan muda mudi bukan Melayu. Antara lagu-lagu yang diajar termasuk Yes, I Know Jesus Loves Me dan Hari Ini Ku Rasa Bahagia yang memuji Christ sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib. Seorang tukang cuci, Rosiati Mohd Repha, 41, ibu kepada dua anak berumur tujuh dan 12 tahun belajar di pusat tiusyen itu, tidak sangka guru-guru di situ cuba menyebarkan ajaran Kristian secara halus. Beliau menghantar anak-anak ke sana kerana tiada yuran dikenakan. “Kerap anak-anak saya bawa balik hadiah kerana menang pertandingan menyanyi,” katanya, sambil mendapati anak-anaknya hanya menggunakan satu buku latihan sahaja yang bertulis ABC dan lukisan yang tiada kaitan dengan sukatan pelajaran tahun enam.” Bekas Pengerusi Rukun Tetangga kawasan tersebut, Rosiah Ibrahim, 52, berkata pusat tiusyen itu mengajar pelajar menyanyi lagu-lagu Kristian dan dipertontonkan video mengenai Jesus Christ. Kuiz mengenai agama Kristian sering diadakan dan hadiah diberi kepada pemenang. Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata usaha untuk mengkristiankan orang Islam pada masa ini bukan sahaja menarik penganutnya ke dalam agama Kristian tetapi cukup dengan menjauhkan orang Islam daripada agamanya. Ujar beliau lagi, walaupun usaha itu berselindung di sebalik alasan kebebasan beragama, ia terang-terangan melanggar peruntukan Perlembagaan dalam Perkara 11 (4) yang tidak membenarkan sebarang aktiviti mengajak orang Islam keluar daripada agama. “Ini bermakna wujud larangan penyebaran lain-lain agama selain daripada Islam terhadap orang Islam dan kerajaan harus mengambil tindakan paling tegas untuk memastikan kesucian agama Islam dengan mengguna pakai segala peruntukan perundangan yang ada,” katanya. Pengaruh Media Sosial Setiausaha Agung ISMA, Aminuddin Yahya, berkata kajian Sekretariat HIMPUN mendapati golongan remaja wanita Islam yang melayari laman social Facebook (FB) antara mereka yang terdedah dengan aktiviti murtad. Trend terbaru ini cukup membimbangkan memandangkan mereka sering menggunakan FB untuk berkenalan dengan rakan-rakan lain. Ramai yang mudah terpengaruh dan akhirnya tidak teragak-agak meninggalkan Islam, terutama yang mana nipis akidah dan rendah pengetahuan agamanya. “Bermula dengan perkenalan selepas itu mahu berjumpa dan kemudiannya jatuh cinta. Ketika bercinta apa sahaja mereka sanggup lakukan termasuklah keluar agama. Melalui kajian yang kita lakukan, kebanyakan yang terlibat ialah belia dan remaja wanita.” Malah, katanya, sudah ramai yang dibaptiskan dan mengikuti upacara keagamaan. Namun, dengan bantuan dan kerjasama beberapa NGO Islam lain, ISMA telah berjaya menyelamatkan sebahagian daripada mereka yang terjebak dengan gejala ini. Perkara ini diakui Hanizam, yang pernah belajar di sekolah Methodist. Dalam sebuah rencananya di Berita Harian tahun lalu, beliau menulis: “Berlambak e-mel yang saya dapat, menghebahkan cerita wujudnya kumpulan yang semakin melebarkan pengaruhnya dalam usaha memurtadkan orang Melayu-Islam di Malaysia. Kata e-mel itu, waspada kalangan pemuda, pemudi yang nampak seragam baju putih, seluar hitam. Mereka memang baik dan sering mempamerkan sikap mengambil tahu mengenai kebajikan sasaran mereka.” Beliau memberi contoh seorang pelajar sekolah agama di Lembah Kelang yang lengkap berpurdah, bijak berhujah dan bersolat lima kali sehari tetapi di lehernya tersangkut rantai salib. Akhirnya, pelajar itu terpaksa menjalani kaunseling. Ulama kanan Iran Ayatollah Lotfollah Safi-Golpaygani baru-baru ini menetapkan FB sebagai bercanggah dengan ajaran Islam sekali gus berdosa menjadi ahlinya kerana menggalakkan peri laku tidak bermoral. Perangkaan rasmi menunjukkan bahawa bilangan pengguna FB di Iran ialah 17 juta orang, terutama golongan muda. Kira-kira 60 peratus daripada penduduk Iran berjumlah 70 juta adalah di bawah umur 30 tahun. Kata beliau: “Pada asasnya, perbuatan melayari mana-mana laman web yang menggalakkan peri laku tidak bermoral dan melemahkan pegangan agama bercanggah dengan Islam dan tidak dibenarkan selain menjadi ahli adalah haram. Hanya penggunaan laman web yang menekankan kriteria agama dan tidak membawa kepada sebarang peri laku atau etika tidak bermoral, tiada masalah.” Langkah Ke Depan Baru-baru ini, HIMPUN telah memanjangkan 10 resolusi kepada rakyat Malaysia, antaranya menyeru semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-Raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di negara ini. Resolusi itu juga menuntut kerajaan memasukkan undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam Perlembagaan, sebagai mengimbangi pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata: “This is not something that cannot be done. For those who don’t want to be Muslims anymore, what can you do? If they want to leave the religion, what are you going to do? You might as well let them go.” Petikan AFP bertarikh 10 Julai 2007 ini dikeluarkan seminggu selepas Siti Fatimah Abdullah dibenarkan murtad dan menggunakan nama asalnya, Revathi Masoosai. Dalam konteks inilah HIMPUN menuntut Kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus membendung gejala memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan. Selaras ini, dicadangkan agar proses penyeragaman undang-undang syariah antara negeri dilaksanakan segera bermula dengan mewujudkan sistem pengurusan Hisbah. “Tindakan tegas hendaklah dikenakan terhadap mereka yang secara jelas memurtadkan orang Islam. Saya kesal kes memurtadkan yang dilakukan sebuah gereja di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu tidak dikenakan tindakan,” kata Mohd Azmi. Turut digesa ialah kerangka jangka panjang dengan misi mengarus perdanakan syariah dalam semua aspek pengurusan dan sektor umat Islam di negara ini hendaklah segera dilaksanakan. “Sejak Merdeka, Islamisasi pentadbiran negara belummencapai tahap yang sepatutnya walhal peruntukan 3 dalam Perlembagaan Persekutuan sepatutnya menjadi payung undang-undang kepada semua usaha mengarus perdanakan syariah di negara ini,” kata Mohd Azmi. Selain penyeragaman syariah dalam bidang yang sudah diusahakan iaitu sektor kewangan negara termasuk perbankan, insuran, pajakan dan pelaburan, banyak lagi sektor yang harus diterjemahkan konsep Islam yang syumul dalam pentadbiran negara. Misalnya, undang-undang syariah bolehlah digubah di peringkat pusat supaya menjadi asas melaksanakan konsep pentadbiran Islam dalam semua bidang. “Jika transformasi terhadap Sistem Pengurusan Islam di negara ini mahu dilaksanakan dengan serius, kami menggesa keutamaan perlu diberi kepada mengujudkaan sistem hisbah seperti yang dituntut dalam pentadbiran Islam,” tambah beliau. Menjadikan prinsip hisbah sebagaimana yang dilaksanakan dalam pemerintahan Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w sehingga zaman Khulafa ar-Rasyidin sepatutnya digubal sebagai perundangan sekaligus sebagai dasar. Beliau berpendapat penekanan kepada transformasi pengurusan Islam semestinya bermula daripada usaha mewujudkan skima melahirkan insan petugas yang berkualiti tunggak. Petugas yang diterap dengan kualiti ketakwaan, akhlak serta amanah dan pertanggungjawaban menjadi asas untuk merombak pengurusan yang sedia ada. Hal lain yang bersifat prasarana, profesionalisme dan struktur adalah aspek sekunder yang boleh dibangunkan kemudian setelah sistem pembinaan kualiti insane dilaksanakan dengan mantap. Mohd Azmi menggesa semua pihak mendekati isu yang menggugat akidah umat Islam melalui kegiatan pemurtadan diatasi dengan menguatkuasakan undang-undang yang berkesan serta dakwah dan dialog berterusan. HIMPUN juga menggesa pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada akidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar. Selain itu, Kerajaan juga perlu mengadakan program penerangan menyeluruh agar masyarakat berbilang kaum dan agama dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara bagi memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara bagi menghapus prasangka dan kekeliruan terhadap Islam. Kerajaan juga perlu mengawal kegiatan media berkaitan penyiaran yang menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut perundangan undang-undang yang ada. Manakala umat Islam pula diminta melupakan perbedaan fahaman politik dan lain-lan hambatan untuk bersama bersatu memikul tugas berat mempertahan dan menyelamatkan akidah umat daripada sebarag bentuk pencerobohan.
Soalan 2
Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.1. PENDAHULUAN Isu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, telah menimbulkan satu polemik yang perlu dinilai dari sudut Syarak terhadap beberapa isu. Isu yang akan dibincangkan di sini adalah Status agama tiga orang anak beliau iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun). Hak penjagaan anak. Status perkahwinan selepas pengislaman. 2. STATUS AGAMA ANAK-ANAK SELEPAS SALAH SEORANG PASANGAN SUAMI ISTERI MEMELUK AGAMA ISLAM 2.1 Pandangan Islam Terhadap Status Anak Apabila Hanya Salah Seorang Ibu Bapa Memeluk Islam. Dalam menjelaskan status anak-anak selepas salah seorang ibu bapa memeluk Islam sedangkan pihak yang kedua tetap berada dalam agama asal, para fuqaha Islam telah berselisih pandangan kepada beberapa pandangan: Pandangan Pertama: Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan para fuqaha Islam daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah[1]. Maka berdasarkan kes yang berlaku, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya. Hujah pandangan pertama ini adalah hadith Rasulullah yang berbunyi: عَنْ عَائِذِ بْنِ عَمْرٍو الْمُزَنِيِّ عَنِ النَّبِيِّ قَالَ : (( الإسْلاَمُ يَعْلُوْ وَلاَ يُعْلَى )) . رواه البيهقي والدارقطني والروياني . Daripada A'idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Islam tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya." Pandangan Kedua: Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam Malik. Hujah yang dipegang oleh al-Imam Malik adalah seseorang anak adalah dinasabkan kepada si ayah dan bukannya dinasabkan kepada si ibu. Maka kerana itulah keislaman si ayah sahaja yang akan menyebabkan si anak turut beragama Islam sebagai mengikut agama si ayah[2]. Maka berdasarkan kes di atas, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah tetap diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya. 2.2 Cadangan Terhadap Penyelesaian Isu Ini Berdasarkan kajian ringkas di atas, dapatlah disimpulkan bahawa anak-anak kepada saudara Mohd Ridzuan Abdullah adalah beragama Islam kerana mengikut agama Islam yang telah dianuti oleh beliau. Namun disebabkan pihak isteri beliau masih beragama Hindu yang berkeras untuk menjaga anak-anaknya dan membesarkannya dalam agama Hindu, semestinya kenyataan kita untuk mengekalkan status ketiga-tiga anak mereka berdua sebagai beragama Islam akan menimbulkan satu ketegangan antara masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam secara umumnya. Atas dasar ingin mencari jalan yang paling baik dengan meraikan pandangan-pandangan para ulama, kami mencadangkan perkara-perkara di bawah: a) Menerangkan kepada masyarakat di Malaysia bahawa maksud anak-anak tersebut berstatuskan agama Islam adalah mereka bertiga dianggap sebagai seorang Islam sepanjang tempoh mereka belum lagi mencapai umur baligh. Status keislaman mereka sebelum tempoh baligh akan berkait rapat dengan pembahagian harta pusaka khususnya[3]. b) Apabila anak-anak tersebut telah mencapai umur baligh, mereka akan diberikan hak untuk memilih sama ada ingin memeluk agama Islam ataupun memeluk agama Hindu. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam al-Thauriyy ( الثوري ) .[4] c) Kami tidak mendapati sebarang masalah sekiranya nama ketiga-tiga anak saudara Mohd Ridzuan Abdullah dikekalkan dengan nama asal melainkan sekiranya makna nama mereka mengandungi unsur-unsur syirik dan makna-makna yang buruk. 3. HAK PENJAGAAN ANAK 3.1 Pendapat Ulamak Para ulama di dalam keempat-empat mazhab membincangkan tentang perkara ini . Para ulama bermazhab Syafie dan Hanbali rahimahumullah meletakkan bahawa hak penjagaan mestilah kepada seorang Islam. Orang kafir tidak layak untuk mendapat hak penjagaan anak tersebut. Manakala para ulama bermazhab Hanafi dan sebahagian ulama Maliki rahimahumullah tidak meletakkan Islam sebagai syarat untuk penjagaan. Ini bermakna jika penjaga tersebut (ibu atau bapa) salah seorang daripada mereka masih di dalam agama asal (non muslim) maka mereka masih boleh mempunyai hak untuk menjaga. Ini berdasarkan kepada hadis Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud , al-Nasa’ie , Ibn Majah , Ahmad bin Hambal , al-Baihaqi , al-Hakim Naisaburi, Ibn Abi Syaibah rahimahumullah dan para ulama hadis yang lain . Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam membenarkan untuk budak tersebut memilih dengan siapakah dia ingin tinggal, sama ada dengan ayahnya yang Muslim atau Ibunya yang Non-Muslimah. Ini kerana hak penjagaan adalah atas rasa belas kasihan dan ianya tidak menjadi masalah walaupun berbeza agama. Nas hadis tersebut adalah seperti berikut: حدثنا عبد اللَّهِ حدثني أبي ثنا هُشَيْمٌ ثنا عُثْمَانُ أبو عَمْرٍو البتي عن عبد الْحَمِيدِ بن سَلَمَةَ أَنَّ جَدَّهُ أَسْلَمَ في عَهْدِ رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ولم تُسْلِمْ جَدَّتُهُ وَلَهُ منها بن فَاخْتَصَمَا إلى رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فقال لَهُمَا رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ان شِئْتُمَا خَيَّرْتُمَا الْغُلاَمَ قال وَأَجْلَسَ الأَبَ في نَاحِيَةٍ وَالأُمَّ نَاحِيَةً فَخَيَّرَهُ فَانْطَلَقَ نحو أُمِّهِ فقال رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم اللهم اهْدِهِ قال فَرَجَعَ إلى أبيه[5] Maksud: Diriwayatkan daripada Saidina Abdul Humaid bin Salamah radhiyallahu anhuma bahawa datuknya telah memeluk Islam pada zaman Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, tetapi neneknya enggan. Hasil perkahwinan mereka, dikurniakan seorang anak. Mereka berdua datang mengadu kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam (berkenaan hak penjagaan terhadap budak tersebut). Sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam kepada mereka berdua : Jika kamu berdua mahu, budak tersebut akan diberikan pilihan untuk memilih kamu berdua. Kata Abdul Humaid bin Salamah : Si ayah diletakkan di suatu sudut, dan si ibu juga diletakkan di suatu sudut, maka budak tadi diberi pilihan . Didapati budak tersebut bergerak ke arah ibunya.Maka Baginda sallallahu alaihi wasallam berdoa: Ya Allah berikanlah hidayah kepadanya. Kata Abdul Humaid bin Salamah :Maka budak tersebut kembali kepada ayahnya (mengikut ayahnya). Tetapi para ulama di dalam mazhab Hanafiyah dan Malikiyah berbeza pendapat pula berapa lamakah tempoh budak tersebut perlu berada di bawah penjaganya yang bukan Islam: 1) Ulama Hanafiyah berpendapat : Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam sehinggalah dia mampu berfikir tentang keagamaan(iaitu setelah mencapai umur 7 tahun). Hak penjagaan juga akan tamat jika budak tersebut tidak terjamin keselamatan agamanya jika berada bersama penjaga tersebut(seperti dibawa ke tempat ibadah mereka, budak tersebut mempelajari perkara berkaitan agama penjaga tersebut, diberi minum arak atau memakan makanan yang haram) 2) Ulama Malikiyah berpendapat: Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam tersebut sehinggalah tamat waktu hak penjagaan[6]. Tetapi penjaga tersebut perlu menjaga hak-hak penjagaan terhadap budak tersebut seperti tidak memberi makanan yang haram dan memberi minum arak kepadanya. Tetapi jika dikhuatiri akan berlaku perkara tersebut maka hak penjagaan tersebut perlulah diberikan kepada golongan Muslimin demi menjaga budak tersebut daripada kesesatan[7]. 3.2 Cadangan Terhadap Kes Yang Berlaku 1) Berdasarkan pendapat para ulama yang kita telah bincangkan, anak kepada Mohd Ridzuan bin Abdullah @ K Patmanathan, 40 tahun iaitu Tevi Darsiny (12 tahun) dan Karen Danish ( 11 tahun ) tidaklah dibenarkan untuk berada dibawah penjagaan si isteri yang enggan memeluk Islam. Ini kerana, keadaan kedua-dua anak mereka jika berada di bawah jagaan ibu sahaja dibimbangi persekitaran yang tidak baik akan mempengaruhi mereka. 2) Manakala anak yang ketiga iaitu Prasana Diksa (1 tahun), dibenarkan untuk berada di bawah jagaan si ibu (dengan syarat diadakan giliran antara ibu dan bapa) berdasarkan pendapat yang disebutkan oleh Mazhab Hanafiyah dan Malikiyah. Ini kerana Prasana Diksa masih kecil dan belum mencapai umur yang memungkinkan untuknya berfikir tentang keagamaan. Ini juga menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang bersikap kuku besi yang menghalang secara semberono hak individu. 4. STATUS PERKAHWINAN SELEPAS PENGISLAMAN SALAH SEORANG SUAMI ISTERI 4.1 Pendapat Para Ulama Syariah Islam menetapkan, apabila seorang suami memeluk Islam, maka si isteri juga perlu diminta untuk memeluk Islam. Jika si isteri memeluk Islam di dalam tempoh ‘iddahnya, maka perkahwinan tersebut boleh diteruskan seperti biasa(tanpa perlu diperbaharui akad nikahnya). Islam bukanlah satu agama yang memecah belahkan institusi kekeluargaan, bahkan Islam itu sendiri mengajar ummatnya untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Perbezaan agama antara suami dan isteri bukanlah penghalang kepada ikatan pernikahan mereka, tetapi keengganan si isteri untuk berbuat demikian menyebabkan berlakunya perpisahan [8]. Keempat-empat mazhab Islam iaitu Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali menetapkan perkahwinan mereka berdua akan terfasakh[9]. Para ulamak hanya berselisih pendapat dari sudut bilakah waktu fasakh itu berlaku, samaada daripada saat pengIslaman suami atau saat isteri enggan memeluk Islam. Perpisahan tersebut akan berlaku melalui kuasa qadhi[10]. Fasakh atau perpisahan tersebut bukan bermakna si suami meninggalkan tanggungjawabnya ke atas isteri dan anak-anaknya dari sudut nafkah dan perbelanjaan. Islam sangat menjaga hak setiap manusia samaada Muslim atau Non Muslim. Perpisahan yang berlaku di antara pasangan suami isteri disebabkan perbezaan agama tidak menggugurkan kewajipan suami kepada isterinya dan anak-anaknya. 4.2 Hak Pemberian Nafkah[11] Nafkah kepada anak Si ayah wajib memberikan nafkah dan keperluan kepada anak-anaknya selagi mana mereka masih kecil sehingga mampu berdikari sendiri jika anak tersebut adalah anak lelaki. Manakala bagi anak perempuan, bapa perlu memberi nafkah kepadanya sehingga anak tersebut berkahwin sahaja. Nafkah kepada isteri Suami wajib memberi nafkah kepada isteri tersebut selama mana di dalam tempoh ‘iddah sahaja. Ini jelas menunjukkan hujah yang mengatakan bertukar agama adalah satu cara untuk lari daripada tanggungjawab adalah hujah yang amat dangkal. Ini kerana Islam sama sekali tidak memberikan ruang kepada penganutnya untuk lari atau cuai menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Soalan 3
Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini kira-kira 50 penduduk Taman Medan di Petaling Jaya telah mengadakan satu perhimpunan secara aman di hadapan satu bangunan lot kedai, yang mana terletaknya lokasi satu gereja baru di Taman Medan, Petaling Jaya. Perhimpunan tersebut dibuat adalah bertujuan untuk menuntut agar tanda salib yang terpampang di premis itu diturunkan. Atas desakan yang dibuat oleh penduduk Taman Medan, pihak gereja akhirnya akur dan bersetuju untuk menurunkan lambang salib tersebut. Isu ini juga sudah menjadi viral di laman sosial seperti facebook malah banyak respon yang diberikan berhubung dengan perkara ini. Ada yang menyokong malah ada juga yang mengutuk sekeras-kerasnya perkara ini. Antara respon yang diterima adalah seperti personaliti tv Wardina, yang menyuarakan pendapatnya di laman sosial facebook miliknya menyatakan bahawa tanda salib tersebut tidak perlu untuk diturunkan dan menganggap perbuatan tersebut seperti membuli penganut agama Kristian. Apa yang menarik perhatian saya tentang isu ini ialah, alasan yang diberikan oleh penduduk Taman Medan mengenai tanda salib tersebut. Berdasarkan artikel The Malaysian Insider, Penduduk mengatakan bahawa, pemandangan atau pandangan pertama mereka apabila membuka tingkap ialah tanda salib yang terpampang di premis tersebut dan mereka berasa cemas melihat tanda salib tersebut. Mereka berasa tidak selesa dan sensitif terhadap tanda tersebut. Mereka juga memberi alasan bahawa tanda salib tersebut mencabar akidah dan kepercayaan penduduk kawasan itu yang majoritinya beragama Islam. Terdapat beberapa persoalan yang timbul dan bermain di fikiran saya mengenai isu ini iaitu: 1. Mengapa tanda salib baru sekarang menjadi isu atau dijadikan isu sedangkan tanda salib telah lama digunakan sejak dari dulu lagi namun tidak pernah menimbulkan sebarang masalah. 2. Adakah rasa hormat dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum sudah semakin terhakis sehinggakan berlakunya isu ini? 3. Adakah dengan hanya terlihat atau melihat tanda /alib tersebut, akidah dan kepercayaan seseorang akan terus goyah atau berubah?
Soalan 4
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Ulasan / Hujah 1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan kedatangan Rasullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah. 2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible.Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. 3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti kristian. 4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama negeri ini. 5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid. 6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam. 7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
Soalan 5
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Ulasan / Hujah 1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan kedatangan Rasullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah. 2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible.Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. 3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti kristian. 4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama negeri ini. 5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid. 6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam. 7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
Soalan 6
Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.Lokasi kuil terletak dikawasan majoriti penduduk Islam. Tahun 1987 PKNS berjanji kepada penduduk kuil itu akan dipindahkan. Tapak itu untuk 16 unit rumah teres dua tingkat seperti dalam pelan asal PKNS. Pada tahun 1988 kuil itu kecil digunakan oleh penduduk setinggan berhampiran jalan kereta api. Ketika itu kuil hanya ada satu bilik sahaja, tidak ada bekalan air dan elektrik dikuil itu. Pada tahun 2000 ramai penduduk India dari kawasan perumahan baru dibuka di Seksyen 20 datang kekuil itu. Mereka bergabung dengan penduduk setinggan mengaktifkan kuil. Pada tahun 2003 kuil diarahkan pindah ke Seksyen 18 tetapi pihak kuil menolak. Selepas bekalan elektrik dimasukkan kuil diubahsuai sedikit demi sedikit sebelum keramaian diadakan. Semua setinggan dipindahkan pada tahun 2005. Pada Jun 2006 bekalan air dimasukkan, ubahsuai kuil bertambah rancak. Persatuan penduduk membuat aduan kepada DYMM Sultan Selangor. Dua papan tanda dipasang "Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan Didakwa". Realitinya tanah itu terus diceroboh. Pada Julai 2007 aduan dibuat kepada Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri dan BPR kerana kuil sudah dibesarkan jadi 5 bilik. Pada 29/12/2007 MBSA maklumkan kepada penduduk kuil akan pindah ke Seksyen 22. Selepas PR berkuasa MAC 2008 pemindahan kuil ke Seksyen 22 dibatalkan. Usaha penduduk selama bertahun-tahun minta kuil itu dipindahkan jadi sia-sia. Pada April 2008 bendera PAS dan PKR dipasang pada papan tanda PKNS. Pihak kuil beritahu dua parti sudah sokong kuil tidak payah pindah. Aduan dibuat kepada Wakil Rakyat tetapi tidak ada tindakan untuk turunkan bendera itu. Aktiviti kuil bertambah aktif dan sering mengganggu ketenteraman awam. Pada Julai 2008 hingga Disember 2008 gangguan bising dari kuil semakin menjadi-jadi. Pelbagai masalah sampingan mengganggu penduduk sekitar sehingga berlaku beberapa ugutan kepada penduduk. Aduan demi aduan dibuat kepada pihak berkuasa namun tidak ada tindakan berkesan. Penduduk mohon bantuan Pertubuhan NGO Islam ketika keadaan bertambah serius pada Disember 2008. Selepas campur tangan Pertubuhan NGO Islam bendera diturunkan daripada notis PKNS itu pada 08/01/2009. Tahun 2009: Bantahan berterusan penduduk kerana gangguan bising dan pelbagai masalah menjadi kronik pada Julai 2008 hingga Disember 2008. Penduduk terpaksa meminta bantuan Pertubuhan NGO Islam pada Januari 2009. Pertubuhan NGO Islam telah menghantar memorandum minta kuil segera dipindahkan. Pada Mei 2009 penduduk menerima berita kuil akan dipindahkan ke Seksyen 23. Tapak yang dipilih berhampiran kawasan majoriti penduduk Islam Seksyen 23 maka bantahan besaran telah berlaku. Masalah pemindahan kuil Seksyen 19 telah tertangguh lagi. Aduan demi aduan telah dibuat mohon kuil dipindahkan ketapak lain.