Ng Kar Yean's 4.A1 : LATIHAN 1 - OpenLearning

Soalan 1

Setelah menonton video tentang LO 1, maka bincangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang)
Selepas menonton video, saya berpendapat bahawa kestabilan sosiopolitik dalam sesebuah negara amat penting kerana akan memberikan kesan kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi sesebuah negara. Sosiopolitik yang stabil dalam konteks negara yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik seperti Malaysia akan dapat dicapai sekiranya kekayaan negara diagihkan secara adil dan saksama. Dalam konteks Malaysia, ekonomi boleh dijadi isu etnik apabila wujud ketidakseimbangan ekonomi antara etnik. Penyebab utama adalah berlakunya ketidakseimbangan ekonomi antara etnik adalah disebabkan wujud ketidaksamartan pendapatan antara penduduk bandar dan luar bandar. Oleh itu, kerajaan telah menjadikan falsafah "pertumbuhan dengan agihan" untuk merangka dasar-dasar yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi di negara ini, dengan andaian bahawa matlamat perpaduan akan dapat dicapai sekiranya ketidakseimbangan ekonomi antara etnik dapat dihapuskan.

Soalan 2

Setelah memahami LO 2, terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Sila pertimbangkan impak jawapan anda ke atas keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dibentuk untuk mengurangkan kadar kemiskinan dengan menambahkan sumber pendapatan dan peluang pekerjaan kepada rakyat daripada pelbagai kaum. Sebelum wujudnya dasar ekonomi baru, perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah menjejaskan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu kerana wujudnya pengelasan kaum dari segi pekerjaan antara Melayu, Cina dan India. Kaum cina, kaum india dan kaum lain memiliki perbezaan yang amat ketara. Kaum bumiputera merupakan penduduk yang paling termiskin sebelum dasar ekonomi baru diwujudkan dengan aktiviti utama mereka adalah pertanian dan perikanan. Manakala, kaum India pula lebih tertumpu di kawasan estet untuk menjalankan aktiviti penorehan getah. seterusnya, kaum Cina pula menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan. Selepas Merdeka, kedudukan dan taraf hidup kesemua kaum di Malaysia berubah sama sekali selepas Dasar Ekonomi Baru diwujudkan. DEB merupakan era Baru bagi kaum Melayu untuk terlibat dalam bidang perdagangan, perindustrian, dan perniagaan. Manakala, kaum Cina tidak menguasai ekonomi seperti dahulu kerana DEB mengutamakan keseimbangan dalam kaum. Semua kaum telah diberikan hak yang sama rata selepas sahaja DEB dilaksanakan.

Soalan 3

Video LO 2 juga ada membincangkan berkenaan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi negara. Huraikan dasar-dasar yang berkaitan dengan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
Antara dasar yang telah dirangka dan ditekankan oleh kerajaan dalam bidang sosioekonomi bagi mewujudkan perpaduan antara etnik di Malaysia ialah Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar Kebudayaan Kebangsaan menjadi panduan pembentukan dan pengekalan identiti rakyat Malaysia,yang bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan. Selain itu, tujuannya juga adalah untuk memelihara keperibadian kebangsaan dan meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Malaysia. Dasar Pendidikan Kebangsaan pula merupakan strategi kerajaan untuk memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional dengan melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Soalan 4

LO 3 menekan isu globalisasi dan ekonomi. Bincangkan peranan globalisasi dan impaknya kepada keadaan ekonomi multi-etnik di Malaysia. Juga fokus kepada kekuatan kepelbagaian etnik di Malaysia (yang tiada pada negara lain) dalam menyumbang kepada kelestarian ekonomi Malaysia.
Globalisasi bermaksud unia tanpa sempadan akibat kemajuan technologi maklumat dan komunikasi serta membawa aliran barangan, perkhidmatan, idea dan maklumat secara bebas antara negara tanpa sekatan. Era globalisasi telah memberi banyak kesan terhadap ekonomi negara kita. Antaranya ialah wujudnya sistem komunikasi yang menghubungkan seluruh dunia bagi memudahkan interaksi antarabangsa. Contohnya, sistem e-dagang telah memudahkan aktiviti berniaga bagi peniaga di negara kita mahupun di seluruh dunia. Era globalisasi juga membawa kepada perdagangan bebas, pengaliran modal secara bebas, menggalakkan persaingan, peluasan pasaran, peningkatan kualiti produk dan berlakunya aliran buruh mahir.

Comments

Chat