Soalan 1
Apakah impak globalisasi kepada negara kita Malaysia?soalan 1 Dalam era globalisasi ini,impak yang memberi faedah dalam kehidupan seharian. Antara impak positif yang boleh diperkatakan ialah kebolehan berkomunikasi. Melalui zaman globalisasi yang hebat ini kita boleh berkomunikasi antara satu sama lain walaupun dalam jarak yang jauh. Kecanggihan teknologi yang diketengahkan mampu memberi faedah kepada manusia.Penghapusan dasar Perlindungan dan Sekatan Tarif (GATT), penghapusan stok penimbal, serta provokasi pasaran akan memberikan peluang kpeada produk negara sedang membangun menembusi pasaran negara maju dengan hak yang sama rata. Keadaan ini kerana globalisasi memberikan kuasa mutlak kepada kuasa pasaran iaitu permintaan dan cita rasa pengguna dlm urusniaga barangan dan perkhidmatan.Di Asia Tenggara, pengenalan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) merupakan satu realisasi daripada arus globalisasi. Melalui AFTA barangan dalam kalangan negara ASEAN dapat memasuki pasaran negara anggota dengan lebih mudah dan mendapat faedah pasaran bersama.
Soalan 2
Apakah impak globalisasi kepada tindakan pengukuhan (affirmative action) dan hubungan etnik di Malaysia?Globalisasi boleh mendatangkan impak yang negatif kepada hubungan etnik di dalam negara.penularan kes-kes jenayah siber. Perkara ini sering berlaku kerana ada individu yang sanggup berbuat demikian bagi mencari keuntungan berlipat ganda dengan cara yang mudah. Ramai yang akan tertipu dengan penggunaan propaganda yang menarik tetapi memerangkap diri. Kita perlu menjauhkan diri dengan pelbagai kes jenayah siber seperti skim cepat kaya dan sebagainya agar tidak menyesal dikemudian hari.
Soalan 3
Bagaimanakah pihak universiti menangani arus globalisasi dalam kalangan pelajar?Dalam bidang pendidikan, globalisasi dapat mengakibatkan dunia pendidikan dikuasai oleh pemilik modal, tergantung pada teknologi, dan melahirkan suatu golongan-golongan di dalam dunia pendidikan serta masih banyak lagi yang lainnya. Pihak universiti boleh mengawal arus globalisasi dalam kalangan pelajar dengan mendedahkan kebaikan dan keburukan globalisasi kepada para pelajar agar mereka tahu apa sebenarnya fungsi globalisasi dalam kehidupan mereka. selain itu, pihak universiti juga boleh mengadakan kempen di universiti masing-masing yang berkaitan dengan globalisasi agar para pelajar dapat mengetahui maksud sebenar globalisasi yang dapat membantu mereka lebih memahami tentang perkara ini supaya pelajar tidak menyalahgunakan istilah globalisasi ini dalam kehidupan mereka.
Soalan 4
Adakah konsep kesaksamaan/kesamaratan dalam agihan dan pertumbuhan dari segi wilayah – Semenanjung Sabah dan Sarawak?Konsep kesaksamaan atau kesamarataan antara wilayah di negara Malaysia masih belum tercapai.Hal ini kerana masih wujud jurang pembangunan antara sabah sarawak dan semenanjung.Sebagai contoh,di sabah dan sarawak masih wujud jurang pendapatan antara rakyat luar bandar dan rkayat yang tinggal di bandar.Begitu juga,negeri sabah dan sarawak masih dalam usaha mencapai status negeri membangun manakala di semanjung sudah mencapai status negeri membangun