Soalan 1
Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.Sistem pendidikan yang ada semasa waktu tersebut adalah berbentuk bukan formal seperti sekolah pondok. Ia wujud dan berkembang bersama-sama pengembangan agama Islam di negari-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke 14. Pedagang Arab dan India yang beragama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan sekolah pondok Sekolah pondok ini dibangunkan dan dimajukan bersama secara gotong royong di kalangan masyarakat setempat. Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak sekolah pondok. Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Sekolah pondok jugamerebak di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura. Sehingga sebelum abad ke 20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikan berbentuk formal.
Soalan 2
Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.Ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi hubungan antara para pelajar adalah pelajar yang berasal daripada pelbagai kaum dan agama. Budaya mempunyai hubungan kait yang rapat dengan kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama masing-masing. Namun begitu, terdapat perbezaan antara budaya sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Perkataan budaya berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu Buddayah. Namun, ada pendapat menyatakan bahawa perkataan budaya berasal dari cantuman perkataanSanskrit dan Melayu iaitu Budhi (Sanskrit) yang membawa maksud kecergasan fikiran dan akal, manakala Daya (Melayu) diertikan sebagai kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Selain itu, kebudayaan pula ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir di mana ia meliputi hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaandan bukan kebendaan. Dalam konteks pendidikan semasa, budaya dilihat melalui budaya di sekolahyang disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat.