INTAN FAREESYA BINTI MOHD ASMADI's 6.A2 : Memperkenalkan Ahli Parlimen Anda - OpenLearning
Ahli parlimen Kuala Terengganu ialah Dato' Ahmad Razif bin Abd Rahman yang juga merupakan menteri besar Terengganu. Kerajaan negeri berhasrat memperbanyakkan aktiviti berkeluarga di masjid-masjid di Terengganu dalam usaha mengukuhkan institusi kekeluargaan dalam kalangan masyarakat hari ini.
Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, berkata setakat ini aktiviti keluarga telah dilaksanakan di Masjid Al Muktafi Billah Shah Ladang dan ia mendapat sambutan baik daripada masyarakat tempatan.
"Antara program itu, termasuk kelas jahitan manik dan masakan. Program seumpama ini meilbatkan bapa, ibu dan anak-anak.“Mereka mengakui bukan saja gembira kerana dapat merapatkan hubungan kekeluargaan malah saling mengenali keluarga rakan lain ” katanya .
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutup Program Karisma Ramadan di Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Gong Badak, Kuala Terengganu, semalam.
Turut hadir isteri To’ Puan Halina Zakaria, Pegawai Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Terengganu, Faizul Nizam Kamarulzaman dan Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga (MPWK) Parlimen Kuala Nerus, Norhayati Ismail.
Menteri Besar turut memberitahu, wanita merupakan tonggak penting dalam keluarga selain menjadi pembimbing setia kepada anak-anak. Pada program itu seramai 255 wanita dalam Parlimen Kuala Nerus menyertai tadarus al Quran bersempena bulan Ramadan al Mubarak. ini dapat meningkatkan lagi hubungan antara masyarakat.

Comments

Chat