Soalan 1
Apakah impak globalisasi kepada negara kita Malaysia?Pada masa kini, globalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali. Hal ini kerana kesan globalisasi juga akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini berlaku kerana para pelajar mudah mendapat maklumat melalui internet. Maklumat yang disebarkan melalui internet sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris.Pada masa ini juga, sudah banyak IPTS yang telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal sebegini akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu walaupun sudah terbukti bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dalam semua bidang. Jika hal ini berlaku, bahasa Melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia.
Soalan 2
Apakah impak globalisasi kepada tindakan pengukuhan (affirmative action) dan hubungan etnik di Malaysia?Impak globalisasi kepada hubungan etnik di Malaysia melibatkan aspek corak hidup, ekonomi, politik, agama, bahasa dan budaya serta dari aspek sosial. Sebagai contoh globalisasi dari aspek ekonomi. Pada era globalisasi kini, semakin banyak jurang pendapatan antara kaum yang melibatkan pangkat, politik dan perkauman. Hal ini hanya akan menimbulkan rasa tidak puas hati antara kaum dan tercetusnya sifat berprasangka yang buruk dengan menyebarkannya di laman sosial seterusnya mempengaruhi orang ramai. Hal ini akan menyebabkan perpecahan kaum dan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti pergaduhan dan rusuhan.
Soalan 3
Bagaimanakah pihak universiti menangani arus globalisasi dalam kalangan pelajar?Pada pandangan saya, pihak universiti perlu menerapkan sifat toleransi dan kesepaduan kaum dalam setiap pembelajaran. Bukan sahaja untuk satu subjek tetapi untuk semua subjek seperti mencampurkan pelbagai kaum dalam satu kumpulan bagi mengeratkan hubungan sesama etnik. Selain itu, pihak universiti boleh menjalankan aktiviti yang dapat menarik perhatian pelajar dengan menggabungkan pelbagai etnik dan tradisi seperti tarian dan pengenalan budaya. Hal ini demikian kerana arus globalisasi dapat meluputkan sifat kesepaduan antara kaum dan menyebabkan pelajar hanya menumpukan hal mereka sendiri tanpa menghiraukan orang lain. Ianya boleh dilihat dengan adanya internet di hujung jari yang menyebabkan pelajar berada di alam maya lebih daripada berkomunikasi dengan pencampuran kaum secara berdepan.
Soalan 4
Adakah konsep kesaksamaan/kesamaratan dalam agihan dan pertumbuhan dari segi wilayah – Semenanjung Sabah dan Sarawak?Kemiskinan dan ketidaksamarataan merupakan masalah yang sentiasa tidak dapat dijelaskan sepenuhnya daripada perspektif etnik semata-mata. Malaysia telah berjaya mencapai pertumbuhan ekonomi yang cukup pesat. Pertumbuhan ekonomi yang diterjemahkan dalam bentuk penurunan kadar kemiskinan yang signifikan dan juga peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia. Namun, rekod kecemerlangan ekonomi Malaysia dari segi pertumbuhan tidak seiring dengan agihan pendapatan yang lebih sama rata dalam masyarakat. Pendapatan kekal tinggi walaupun tidak semakin lebar. Hal ini memberi gambaran bahawa Malaysia seolah-olah dalam "pertumbuhan tanpa agihan". Ketidaksamarataan antara etnik , wilayah dan bandar dengan luar bandar menjadi dimensi agihan yang perlu diberi perhatian. Kemiskinan di luar bandar tiak diambil hirau oleh pihak tertentu kerana pada era globalisasi kini, setiap perkara memerlukan item yang menepati syarat supaya dapat dijamin kehidupan mereka.