Safika binti Sabirin AZMUKM's 9.A1 : AKTIVITI 1 - OpenLearning

Soalan 1

Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.
Dari sudut sejarahnya iaitu sebelum penjajahan Inggeris, pendidikan untuk rakyat jelata di tanah air ini berlangsung secara tradisional dalam institusi keluarga dan masyarakat. Pendidikan pada masa itu bercorak warisan turun temurun yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.Pendidikan melibatkan perkara-perkara asas bagi tujuan kelangsungan kehidupan harian seseorang baik dalam keluarga mahu pun dalam masyarakat.emasa penjajahan Inggeris (1786–1957), masyarakat di Tanah Melayu adalah terdiri daripada golongan elit, bangsawan, rakyat pertengahan dan rakyat bawahan.Dasar pecah dan perintah oleh penjajah pada masa itu telah mempengaruhi sistem pendidikan yang dilaksanakan pada masa itu. Hala tuju pendidikan pada masa itu bersifat kabur. Inggeris memperkenalkan sekolah vernakular. Sekolah vernakular ialah sekolah yang ditubuhkan berasaskan etnik yang menggunakan bahasa pengantar, kurikulum, buku dan guru masing-masing. Sekolah vernakular yang ditubuhkan ialah sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina dan sekolah vernakular Tamil.Selepas merdeka, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan. Pelaksanaan pendidikan negara adalah berasaskan kepada Penyata Razak 1956.Falsafah pendidikan merupakan perkara penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Menurut Abd. Fatah Hasan (2001), falsafah pendidikan ialah suatu sistem kepercayaan, pegangan atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal mengenai pendidikan dan pengajaran yang patut dijalankan di sekolah atau di bilik-bilik darjah.Pendidikan dalam era milenium perlu bercirikan global dan pada masa yang sama tanpa meninggalkan yang asal yang bersifat local atau biasa disebut sebagai glokal (global + local ).Selain itu perkara-perkara seperti peningkatan akses, ekuiti dan kualiti dalam pendidikan; pendemokrasian untuk mendapatkan pendidikan; dan merapatkan jurang rakyat untuk perpaduan melalui pendidikan masih kekal untuk dilangsungkan.

Soalan 2

Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.
1. pendidikan pelbagai budaya adalah pendidikan asas untuk semua pelajar untuk menyediakan mereka bagi memberi sumbangan secara maksimum dalam kehidupan dunia masa sekarang. 2. pendidikan pelbagai budaya harus termasuk dalam setiap kurikulum. 3. pendidikan pelbagai budaya meliputi tujuan-tujuan pembelajaran afektif dan kognitif. 4. populasi pelajar dengan latar belakang yang pelbagai akan mengarah kepada pembelajaran yang terbaik bagi setiap individu pelajar. 5. pelajar perlu merasa selesa dan diterima apabila mereka membawa identiti budaya mereka ke dalam bilik darjah. 6. pengajaran pendidikan pelbagai budaya harus fleksibel kerana tidak satu pun kaedah pembelajaran sesuai untuk seluruh pelajar. 7. pengajaran pendidikan pelbagai budaya adalah berpusatkan pelajar, tidak sesuai apabila menggunakan kaedah kuliah. 8. pendidikan pelbagai budaya berasas kepada prinsip: penghargaan, empati dan kesamarataan.

Comments

Chat