Soalan 1
Setelah menonton video tentang LO 1, maka bincangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang)Sebelum Malaysia merdeka, corak pembangunan ekonomi adalah dimana ekonomi tradisonal dilaksanakan. Masyarakat Melayu lebih tertumpu kepada pertanian dan perikanan. Mereka menanam padi, memungut hasil hutan, menternak binatang dan juga menangkap ikan. Manakala masyarakat Cina tertumpu kepada sektor perlombongan dimana mereka melombong biji timah dan masyarakat India menoreh getah di ladang. Selepas merdeka pula, Dasar Ekonomi Baru telah diperkenalkan bagi mengganti ekonomi tradisional. DEB ini diwujudkan bagi membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat. Matlamat utama DEB ialah untuk membangunkan kawasan tanah untuk perpaduan negara melalui dua strategi iaitu golongan yang tidak memiliki tanah dan menyusun semula agensi kerajaan. Strategi ini berperanan untuk menghapuskan pengkelasan kaum berdasarkan tempat tinggal dan ekonomi. Ianya bertujuan untuk memperlihatkan kewujudan pelbagai kaum di Malaysia. Selain itu, merapatkan jurang pendapatan dan mengurangkan perbezaan ekonomi antara kaum disamping dapat menjamin pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dan pada masa sama cuba mewujudkan keseimbangan antara kaum. Ekonomi pada masa sekarang lebih terbuka dan amat mementingkan perpaduan antara kaum di Malaysia dimana setiap sektor pekerjaan adalah terbuka untuk semua kaum. Taraf peluang pekerjaan juga amat adil dimana tiada sebarang sifat ketidakadilan wujud.
Soalan 2
Setelah memahami LO 2, terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Sila pertimbangkan impak jawapan anda ke atas keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa.Pada zaman penjajahan, iaitu zaman sebelum merdeka, telah wujud dasar pecah dan perintah sebagai contoh etnik Melayu diletakkan di kawasan kampung agar menjalankan aktiviti pertanian. Hal ini telah menyebabkan berlaku ketidakstabilan. Hal ini demikian telah berlaku jurang ekonomi yang ketara antara etnik lain. Kedudukan etnik Melayu juga dapat terancam. Walaubagaimanapun, kewujudan Dasar Ekonomi Baru, yang bertujuan untuk memajukan ekonomi dan berusaha menghapuskan pengenalan ekonomi berasaskan etnik, telah menjadi asas kepada penyusunan semula sosioekonomi negara. Pengurangan jurang ketidakseimbangan ekonomi, ketegangan dan konflik antara etnik dan kemiskinan yang melanda sesetengah etnik dapat dikurangkan dan dielakkan. Tambahan pula, kesan daripada dasar ekonomi baru juga berjaya membukakan lebih banyak peluang pekerjaan bagi membolehkan mobiliti golongan miskin untuk mengembangkan kepada sektor produktiviti yang tinggi.
Soalan 3
Video LO 2 juga ada membincangkan berkenaan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi negara. Huraikan dasar-dasar yang berkaitan dengan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.Antara dasar ekonomi yang telah diperkenalkan ialah seperti Dasar Ekonomi Baru. DEB telah diperkenalkan bagi memajukan ekonomi serta berusaha menghapuskan pengenalan ekonomi berasaskan etnik yang menjadi asas kepada penyusunan semula sosioekonomi negara. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Soalan 4
LO 3 menekan isu globalisasi dan ekonomi. Bincangkan peranan globalisasi dan impaknya kepada keadaan ekonomi multi-etnik di Malaysia. Juga fokus kepada kekuatan kepelbagaian etnik di Malaysia (yang tiada pada negara lain) dalam menyumbang kepada kelestarian ekonomi Malaysia.Impak globalisasi merupakan salah satu sebab negara kita mempunyai etnik yang berlainan sebelum zaman kemerdekaan. Globalisasi telah menyebabkan etnik-etnik yang berlainan di Malaysia terlibat dalam bidang ekonomi yang pelbagai sebagai contoh kaum Melayu terlibat dalam industri pertanian, kaum Cina dalam industri perlombongan dan kaum India menjual kain dan menoreh getah. Malah warganegara Malaysia tidak memilih perkhidmatan yang diberikan. Selain itu, dengan kepelbagaian etnik di Malaysia, kita dapat bekerjasama dengan negara walaupun berbeza pendapat dan agama.