Shilly Leong Sik Lee's 4.A2 : LATIHAN 2 - OpenLearning

Soalan 1

Tuliskan refleksi tentang video yang anda tonton tadi. Huraikan video yang anda tonton mengikut kronologi termasuk : • Masa • Tempat • Individu yang terlibat
Berdasarkan video yang diberikan, pihak British telah memperkenalkan dasar pecah perintah sebelum Tanah melayu merdeka. Konsep ini juga merujuk kepada pemecahan struktur kekuasaan sedia ada dan menghalang kelompok-kelompok kecil itu daripada bersatu dan berhubungan. Ketika itu, pihak British telah memecahkan sistem ekonomi, petempatan, dan sosial kepada 3 kaum utama. Kaum-kaum utama yang wujud pada masa itu yang terdiri daripada tiga teks kod rumpun utama iaitu Melayu, Cina dan India dikelaskan mengikut jenis pekerjaan dan sistem pendidikan yang berbeza-beza. Melalui dasar ini, orang melayu ditempatkan di kawan luar bandar yang kebanyakan mencari rezeki dengan menjadi nelayan dan petani atau menjalankan kegiatan ekonomi tradisional. Manakala kaum Cina pula menetap di kawasan bandar dan menguasai segala aktiviti ekonomi serta melibatkan diri dalam bidang perlombongan .Masyarakat India pula tinggal dan bekerja di pinggir bandar yakni di ladang-ladang sebagai penggerak utama industri perladangan pada waktu itu seperti menoreh getah. Begitu juga dengan keadaan yang berlaku di Sabah Sarawak di mana mereka hanya menjalankan ekonomi tradisional seperti mengutip hasil hutan. Namun begitu, kehidupan di Malaysia menjadi semakin stabil sama ada pendidikan, sistem ekonomi, petempatan apabila Malaysia merdeka kerana kerajaan telah memperkanalkan beberapa dasar untuk memupuk perpaduan antara kaum.

Soalan 2

Nyatakan perasaan positif dan negatif anda: • Gembira, ceria serta memperoleh sesuatu bermanfaat daripada video. • Kecewa, sedih dan menerima pengaruh buruk daripada video.
Setelah menonton video tersebut, saya berasa bersyukur dan bangga dapat menjadi warganegara Malaysia yang unik ini. Walaupun Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama, dan buadaya tetapi kami dapat hidup bersatu-padu dan saling mengenali budaya yang berlainan. Hal ini merupakan perkara yang amat dikagumkan oleh negara luar kerana bukan senang sesebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum itu dapat hidup aman damai, tetapi Malaysia berjaya membuktikan kepada dunia bahawa kami sehati sejiwa. Namun demikian, saya berrasa sedikit kecewa kerana video ini hanya menayangkan 3 kaum utama sahaja tetapi kaum lain seperto Orang Asli, bumiputera Sabah Sarawak sering kali dipinggirkan.

Soalan 3

Apakah yang dapat anda pelajari daripada video tadi?
Berdasarkan video yang telah saya tonton, saya berpendapat bahawa kerajaan memainkan peranan penting dalam memulihkan kembali sistem ekonomi negara untuk memupuk perpaduan negara. Hal ini dapat dilihat melalui beberapa usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan seperti pengenalan Dasar Ekonomi Baru untuk membasmi kemiskinan dan memupuk perpaduan melalui sistem ekonomi yang adil. Kerajaan juga telah meneruskan usaha untuk membangunkan ekonomi negara di samping memupuk perpaduan negara melalui Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Wawasan Negara, Model Ekonomi Negara dan lain-lain lagi. Jadi, sebagai rakyat Malaysia, saya akan mencintai negara Malasia dengan membuang semua sifat-sifat negatif daripada diri saya seperti prejudis dan lain-lain, berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat menyumbang bakti kepada negara pada suatu hari nanti.

Comments

Chat