Soalan 1
Apakah impak globalisasi kepada negara kita Malaysia?Impak globalisasi baik yang utama ialah rakyat Malaysia boleh menggunakan teknologi yang terkini. Sebagai contoh, negara kita menuju ke arah E-Kerajaan, dan E-Dagang. Impak globalisasi baik yang seterusnya ialah rakyat Malaysia dapat meningkatkan mutu produk dalam era globalisasi supaya dapat bersaing dengan negara lain. Selain itu, kemajuan dalam bidang ICT membolehkan kita berhubungan dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia. Hal ini membolehkan pakar-pakar tempatan dalam pelbagai bidang memanfaatkan penemuan-penemuan terbaru oleh rakan mereka dari seluruh dunia dan dalam masa yang singkat rakyat Malaysia juga dapat menikmati hasilnya. Juga, globalisasi mendatangkan kesan buruk kepada rakyat Malaysia. Ia menjadikan budaya Amerika diikuti oleh semua penduduk dunia. Tambahan pula, globalisasi juga telah mempengaruhi gaya hidup masyarakat Malaysia. Globalisasi juga menyebabkan jurang perbezaan antara negara-negara kaya dengan negara-negara miskin bertambah luas.
Soalan 2
Apakah impak globalisasi kepada tindakan pengukuhan (affirmative action) dan hubungan etnik di Malaysia?Impak globalisasi kepada tindakan pengukuhan (affirmative action) dan hubungan etnik di Malaysia ialah impak kepada pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat. jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik. ia juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi budaya hedonisme. Seterusnya impak dari segi ekonomi, dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. kaum melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. ,Dari sudut politik pula, politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya. Impak kepada agama, bahasa dan budaya pula ialah kaum melayu, cina dan india mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Sosial pula, pemisahan fizikal dan sistem pendidikan yang berasingan serta polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial terjadi dalam aspek sosial dalam hubungan etnik di Malaysia. Pemisahan fizikal timbul akibat daripada kesan dasar "pecah dan perintah" yang diamalkan noleh British sejurus menjajah Malaysia.
Soalan 3
Bagaimanakah pihak universiti menangani arus globalisasi dalam kalangan pelajar?Pada pendapat saya, pihak universiti perlulah memberi tanda aras yang mengikut piawaian antarabangsa. Untuk menangani cabaran globalisasi pada masa kini, langkah yang harus dilakukan adalah mewujudkan universiti yang bertaraf antarabangsa. Pihak universiti perlulah menjalinkan kerjasama dengan institusi terkemuka di peringkat antarabangsa agar dapat pertukaran idea dan ilmu yang dapat terlaksana dalam kalangan pelajar. Peningkatan taraf teknologi harus sentiasa mengikuti masa agar tidak ketinggalan dalam arus pemodenan. Pihak universiti juga haruslah mampu menetapkan kuota bagi setiap applikasi dalam sesuatu pembangunan. Contohnya, penggunaan wifi harus ditetapkan kuota penggunaan yang sama rata bagi setiap pelajar dalam kawasan universiti tersebut. Hal ini dapat bagi mengelakkan pelajar leka menggunakan sesuatu kemudahan yang diberikan kepada mereka.
Soalan 4
Adakah konsep kesaksamaan/kesamaratan dalam agihan dan pertumbuhan dari segi wilayah – Semenanjung Sabah dan Sarawak?Konsep kesaksamaan atau kesamaarataan dalam agihan pertumbuhan dari segi Wilayah antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak belum lagi tercapai sepunuhnya. Hali ini kerana, ekonomi di Sabah dan Sarawak tidak setanding dengan ekonomi di Semenanjung. Kemajuan belum dapat dirasai oleh semua masyarakat Sabah dan Sarawak, sebilangan masyarakat Sabah dan Sarawak masih lagi menjalani kehidupan daif kerana kurangnya kemudahan pendidikan terutamanya di kawasan pendalaman. Hal ini juga didorong oleh pembangunan infrastruktur yang sangat tidak memberangsangkan. Pemantauan oleh pihak bertanggungjawab perlu memandang serius mengenai pembangunan di Sabah dan Sarawak agar Wawasan 2020 dapat dicapai dengan jayanya. Konsep kesamarataan harus dikaji dan dijalankan dengan betul pada masa akan datang, agar masayarakat dapat merasai kemajuan.