UKM-RAL-VALENTINO-KERISH's 7.A1 : Perbincangan 1 - OpenLearning

Soalan 1

Bincangkan perbezaan antara agama dan penganutnya. Misalnya, antara Hindu dan Hinduisme, Muslim dan Islam, dan sebagainya.
Agama merujuk kepada kepercayaan kepada Tuhan dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama mempunyai makna yang luas, iaitu merujuk kepada satu sistem kepercayaan mengenai aspek ketuhanan. Penganutnya pula merupakan mereka yang taat, patuh dan sentiasa melaksanakan ajaran agama yang dianutinya. Mereka juga sentiasa bergantung dan mempercayai agama masing-masing. Contohnya, Muslim beriman dengan Allah yang Esa. Hindu pula menganut hinduisme yang percaya kepada Dewa. Manakala penganut Kristian akan beriman kepada Jesus Christ. maka perbezaan kepercayaan ini akan menjadikan contoh perbezaan agama antara penganut-penganut mana-mana agama di dunia.

Soalan 2

Bincangkan bagaimana budaya setempat mempengaruhi amalan agama  masyarakat.
Majoriti pengkaji sejarah agama sepakat bahawa agama ialah keperluan asasi setiap manusia. Oleh sebab itu, tidak ada satu pun masyarakat di dunia ini yang tidak mempunyai agama. Kepercayaan kepada agama merupakan sifat sejagat bagi seluruh manusia sama ada manusia moden ataupun primitif. Agama sudah wujud dalam diri manusia sejak mereka lahir lagi. Bukti penemuan arkeologi menunjukkan kehidupan manusia terawal sudah dipengaruhi oleh agama. Selain naluri semula jadi, manusia mengamalkan agama kerana warisan kebudayaan, faktor keselamatan, kesejahteraan, mengukuhkan ikatan persaudaraan dan mencari jawapan pada persoalan yang sukar dijawab. Warisan kebudayaan merupakan faktor utama menentukan agama seseorang manusia. Kebiasaannya individu akan menganut agama yang dianuti oleh keluarga, suku kaum atau etnik yang diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi berikutnya. Misalnya, etnik Melayu menganut agama Islam kerana keluarga dan nenek moyang mereka beragama Islam. Persoalan mengenai manusia dan hakikat diri, alam sekitar dan pengalaman ghaib yang tidak dapat dijangkau oleh akal fikiran. Semuanya dijawab oleh agama. Agama juga dapat dianut mengikut kehendak mana-mana pihak, dan tiada siapa yang akan dapat menyangkal mana-mana keputusan seseorang itu. hal ini kerana mereka berhak unutk memilih mana-mana agama yang mereka inginkan.

Comments

Chat