MUHAMMAD AMIRUL AZUAN BIN AHMAD's 6.A1 : Refleksi Perjuangan Dato Onn - OpenLearning
Dato Onn merupakan anak kepada Datuk Jaafarbin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru. Beliau pernah dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikanMelayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England. Mengenai pekerjaan beliau, Dato Onn pernah bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun dan pada tahun 1934, beliau menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Di samping itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.   Semasa zaman Pendudukan Jepun, Dato Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor. Dato’ Onn telah banyak memberi sumbangan dalam perjuangan ke arah kemerdekaan negara. Meskipun ada suara-suara yang melabelkan beliau sebagai pemecahbelah perpaduan UMNO dan pembunuh semangat kemerdekaan yang diperjuangkan oleh orang-orang Melayu, beliau tetap merupakan seorang tokoh Melayu terulung yang mempunyai wawasan yang begitu jauh. Kemerdekaan pad hari ini , iaitu pada tanggal 31 Ogos 1957   meskipun   tidak   dianggap   sebagai   buah   tangan   darinya,   tetapi   sebenarnya merupakan hasil asas yang dibinanya. Asas dan rangka kemerdekaan yang dilakar oleh Dato’Onn tetap menjadi ikon perintis jalan kepada bangsa Melayu walaupun beliau tidak dianggap sebagai pemimpin Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan. Kemerdekaan hari ini adalah hasil buah tangan Tunku Abd Rahman. Tetapi ironinya apabila sejarah mencatatkan bahawa Tunku juga keluar dari UMNO di penghujung usianya seolah- olah menjejaki langkah Dato’ Onn kerana berlaku masalah dalaman UMNO. UMNO berjaya mengekalkan maruah dan martabat politik Melayu. Kuasa politik Melayu adalah lambang kejayaan dan kedaulatan Melayu pada hari ini. Walaupun, tokoh ulung kepimpinannya datang dan pergi dengan pelbagai haluan, UMNO berjaya meneruskan perjuangan.

Comments

Chat