nur nasyitah bt mohd nasir's 7.A3 : Perbincangan 3 - OpenLearning

Soalan 1

Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.
Mengikut rekod mahkamah syariah, seramai 863 kes dirujuk bagi tujuan menukar status agama islam. Daripada bilangan ini, 168 kes telah diluluskan. Pengerusi HIMPUN, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bilangan kes permohonan dan kelulusan murtad menggambarkan ianya satu isu besar dan serius yang perlu diberi perhatian dan ditangani semua pihak. Menurutnya, antara faktor berlakunya gejala murtad ialah masalah kemiskinan, kesempitan hidup dan juga kurang ilmu mengenai islam. Gejala murtad di kalangan orang islam sudah sampai ke tahap kritikal. Hakikat semakin ramai orang islam yang terpesong sangat menakutkan.

Soalan 2

Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.
Soalan 2 Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam. Para ulama di dalam 4 mazhab membincangkan tentang perkara ini. Para imam syafie dan Hambali r.a meletakkan bahawa hak penjagaan mestilah kepada seorang islam. Orang kafir tidak layak untuk mendapat hak penjagaan anak tersebut. Manakala para ulama bermazhab Hanafi dan sebahagian ulama Maliki r.a tidak meletakkan islam sebagai syarat untuk penjagaan. Ini bermakna jika penjaga tersebut , salah seorang daripada mereka masih di dalam agama asal maka mereka masih boleh mempunyai hak untuk menjaga. .

Soalan 3

Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.
Berdasarkan artikel The Malaysian Insider, penduduk mengatakan bahawa pemandangan atau pandangan pertama mereka apabila membuka tingkap ialah tanda salib yang terpampang di premis tersebut dan mereka berasa cemas melihat tanda salib tersebut. Perkara ini boleh diselesaikan dengan cara lebih baik iaitu dengan bertemu sendiri Pastor yang mengendalikan tempat tersebut dan meminta supaya dia menurunkan salib ataupun penduduk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT). Masalah akar kepada insiden berkenaan ialah kewujudan gereja itu sendiri, yang tidak mengikut undang-undang yang menetapkan oleh PBT. Gereha tersebut merupakan unit rumah kedai yang tidak mempunyai permit untuk beroperasi sebagai rumah ibadat.

Soalan 4

Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.

Soalan 5

Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.
Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagau Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalan bahasa Greek. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait denfan akidah. Umat islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat islam.

Soalan 6

Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.
Perarakan seramai lebih 200 orang bersama NGO dan penduduk setempat dengan membawa kepala lembu kerana simbol sebagai bantahan keatas pembinaan kuil dikawasan penginapan orang melayu di Shah Alam. Lembu adalah haiwan mulia mengikut fahaman hindu dan simbol keagamaan mereka. Sudah tentu ia menjadi sensitiviti kepada kaum hindu bila ada orang mengambil kesempatan mempergunakan binatang itu sebagai simbol dan tujuan simbolik tertentu. Kalau sebelum ini islam/melayu di negara dikejutkan dengan penghinaan DAP terhadap islam dan orang-orang melayu, saat itu pula penganut agama hindu terguris hati dengan penggunaan kepala lembu diperarakan tersebut. Samy Vellu bersama MIC menggesa masyarakat Malaysia supaya membantu kerajaan ke arah memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian kaum selain memperdalamkan pemahaman berhubung sensitiviti semua kaum di negara ini.

Comments

Chat