UKM-FHHS-LUQMAN RIDZUAN's 4.A3 : LATIHAN 3 - OpenLearning

Soalan 1

Apakah impak globalisasi kepada negara kita Malaysia?
1. Impak globalisasi kepada negara kita mempunyai empat faktor. Empat faktor tersebut adalah modal kerja, modal kewangan, modal sumber dan modal kuasa. Kesan terbesar globalisasi kepada negara ialah dasar ekonomi negara yang secara keseluruhan (makroekonomi) berbanding kumpulan masyarakat (mikroekonomi). Kerana setiap dasar kerajaan akan mencerminkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara. Melalui globalisasi, perdagangan negara akan meningkat dengan negara lain di dunia dan hubungan yang akrab akan memberikan Malaysia kelebihan di peringkat antarabangsa seperti hubungan Malaysia dan Indonesia yang akrab.

Soalan 2

Apakah impak globalisasi kepada tindakan pengukuhan (affirmative action) dan hubungan etnik di Malaysia?
2. Di Malaysia, impak globalisasi kepada tindakan pengukuhan (affirmative action) dan hubungan etnik akan memberikan kesan kepada cara hidup seperti orang barat dari segi ekonomi dan politik. Dari sudut positif, kita dapat bergerak maju melalui pendedahan menggunakan teknologi tinggi serta cara pentadbiran yang sistematik. Ia juga mewujudkan pelbagai unsur yang negatif dari segi budaya hedonisme. Dari segi ekonomi, dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. Sebagai contoh, kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan menebal semangat perkauman. Semua etnik akan berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri. Impak kepada agama, bahasa dan budaya pula ialah kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berbeza. Impak sosial pula, pemisahan fizikal dan sistem pendidikan yang berasingan serta polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial terjadi dalam aspek sosial dalam hubungan etnik di Malaysia. Pemisahan fizikal timbul akibat daripada kesan dasar "pecah dan perintah" yang diamalkan oleh British.

Soalan 3

Bagaimanakah pihak universiti menangani arus globalisasi dalam kalangan pelajar?
3. Pihak universiti perlu menggunakan penanda aras yang mengikut piawaian antarabangsa. Untuk menangani cabaran globalisasi, langkah yang harus dilakukan ialah dengan mewujudkan universiti yang bertaraf antarabangsa. Pihak universiti perlu menjalin kerjasama dengan institusi terkemuka di peringkat antarabangsa agar pertukaran idea dan ilmu berlaku dalam kalangan pelajar. Peningkatan taraf teknologi dalam konteks kemudahan asa harus sentiasa mengikuti pergerakan masa agar tidak ketinggalan dalam arus pemodenan. Contoh, penetapan waktu kelas yang fleksibel akan memberikan kelebihan kepada pelajar untuk membuat kelas pada waktu yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Kerana sewaktu jerebu, kelas boleh dibuat pada waktu malam tetapi insiatif yang dipilih ialah kelas dibatalkan secara keseluruhan. Ini akan menimbulkan masalah di kemudian hari.

Soalan 4

Adakah konsep kesaksamaan/kesamaratan dalam agihan dan pertumbuhan dari segi wilayah – Semenanjung Sabah dan Sarawak?
4. Di wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak belum lagi mencapai konsep kesaksamaan atau kesamarataan dalam agihan pertumbuhan dari segi wilayah di Malaysia. Ekonomi di Sabah dan Sarawak masih tidak setanding dengan ekonomi di Semenanjung. Pembangunan infrastruktur yang sangat tidak memberangsangkan menjadi faktor kepada masalah ini. Kemajuan belum dapat dirasai oleh semua masyarakat Sabah dan Sarawak, sebilangan masyarakat Sabah dan Sarawak masih lagi menjalani kehidupan yang daif kerana kurangnya kemudahan pendidikan, tempat tinggal terutamanya di kawasan pendalaman. Walaupun Sarawak dan Sabah dikatakan semakin maju, tetapi ia hanya maju di kawasan bandar seperti di Kucing dan Kota Kinabalu. Konsep kesamarataan harus dikaji dan dijalankan dengan betul pada masa akan datang, agar masyarakat dapat merasai kemajuan oleh semua rakyat Malaysia.

Comments

Chat