UKM-RAL-NURAIN NAZIRI's 3.A4 : Aktiviti 4 - OpenLearning

1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?


Buku-buku teks merupakan bahan asas dalam sesuatu matapelajaran atau bidang yang mana telah disediakan kerajaan dengan dibantu oleh penulis-penulis yang mahir dalam sesuatu bidang tersebut. Tambahan pula buku teks merupakan perkara yang wajib ada pada setiap pelajar terutama bagi pelajar sekolah rendah dan menengah kerana mereka perlu diawasi atau diajar tentang sesuatu bidang itu. Sehubungan dengan itu memandangkan mereka pasti menggunakan buku teks pada masa akan datang maka ada terselit bab-bab yang mengandungi unsur-unsur hubungan etnik. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam membimbing para pelajarnya memahami mengenai perkara ini kerana ia melibatkan amalan dalam kehidupan seharian kita. Sambil-sambil guru memberi penerangan, boleh juga diberi contoh tentang cara bagaimana untuk meningkatkan kesepaduan antara kaum.

2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.


Saya sangat bersetuju industri hiburan memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia kerana ia mampu memberi impak yang sangat besar terhadap para penonton terutama di Malaysia. Sebagai contoh iklan-iklan yang ditayangkan di kaca televisyen yang mana menggabungkan kesemua etnik di Malaysia sebenarnya sangat berkesan dalam memupuk rasa cinta akan Negara sekaligus memupuk jalinan hubungan antara etnik. Selain itu lagu-lagu yang bertemakan rakyat juga membantu membangkitkan semangat cintakan Negara.

3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.


Dalam bidang ini, tidak kira kaum atau agama, jika adanya bakat yang terpendam dalam diri pasti akan di tonjolkan. Sebagai contoh dalam bidang seni suara, berdasarkan pengalaman saya ketika saya masih bersekolah rendah terdapat satu program realiti televisyen dikenali sebagai Malaysian Idol yang mana disertai oleh pelbagai etnik di Negara ini. Program ini sebenarnya memperlihatan bahawa rakyat tidak mengamalkan sifat perkauman atau racism kerana peserta yang memenangi gelaran juara pada ketika itu berasal daripada kaum India. Walaupun terdapat juga orang Melayu dan Cina yang menyertainya tapi rakyat masih celik akal dan membuat pilihan dengan tepat dengan mengundi penyanyi kegemaran mereka yang mempunyai bakat yang luar biasa. Ini menunjukkan bahawa kesefahaman antara mereka makin meningkat dan hubungan antara etnik lebih rapat.

4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?


Konsep pemasyarakatan perpaduan diperkenalkan pada tahun 1998 ialah satu strategi kerajaan ke arah menerapkan ciri identiti nasional bagi membangunkan bangsa Malaysia berasaskan semangat persaudaraan dan semangat kewarganegaraan yang tinggi melalui proses penerepan nilai-nilai murni mengenai perpaduan dalam kalangan smua lapisan masyarakat dengan menggunakan segala saluran dan prasarana yang sedia ada yang sesuai bagi maksud proses penerapan tersebut. Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam bidang politik oleh kerajaan dalam bidang politik untuk memajukan perpaduan negara berlandaskan peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan : – Sistem kerajaan Berpersekutuan – Demokrasi Berparlimen – Kedudukan raja-raja Melayu – Bahasa kebangsaan – Hak mengamalkan agama masing-masing – Hak asasi rakyat Malaysia – Kedudukan Istimewa Kaum Bumiputera dan pribumi – Pembahagian kuasa dan tanggungjawab antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri

5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?


Dalam konteks perpaduan kaum, Malaysia juga menghadapi banyak masalah kerana kepercayaan dan perbezaan agama tidak memungkinkan proses asimilasi berlaku. Asimilasi dalam konteks budaya juga tidak berjalan lancar kerana setiap kaum melihat bahawa budaya dan tamadun bangsa mereka masing-masing lebih dominan daripada yang lain. Orang-orang India melihat keagungan tamadun Indus yang bermula pada 2500 S.M. lebih agung daripada tamadun Melayu yang mereka lihat hanya bermula pada kira-kira lima ratus tahun dahulu (jika Kesultanan Melaka menjadi tanda aras). Kaum Cina pula melihat ketamadunan China yang bermula kira-kira 2000 S.M. di Peking jauh lebih hebat daripada tamadun Melayu. Banyaklah elemen-elemen ketamadunan ini yang boleh mereka rasionalkan untuk menyokong kelangsungan budaya mereka masing-masing. Dengan perkiraan sebegini kadangkala saya lihat bahawa kerajaan juga menjadi serba salah dalam hal menentukan halatuju kebudayaan nasional. Misalnya, pada tahun 1982, Tun Mahathir pernah menyatakan bahawa ‘Budaya Melayu harus menjadi ciri-ciri utama budaya nasional, supaya diterima dan diamalkan oleh semua kaum. Malah terdapat juga yang mahukan budaya Melayu dijadikan satu-satunya elemen budaya nasional’ (dipetik daripada Munro-Kua 1996). Walau bagaimanapun pada tahun 1995, Tun Mahathir dengan jelas menyatakan bahawa konsep perpaduan kaum tidak lagi bertunjangkan kepada konsep yang berasaskan budaya Melayu. Menurut Tun, ‘Bangsa Malaysia membawa maksud rakyat yang dikenali sebagai membawa identiti Malaysia, menuturkan bahasa Melayu dan meluhurkan Perlembagaan. Untuk merialisasikan bangsa Malaysia, rakyat harus mula menerima kewujudan masing-masing seada-adanya, tanpa mengira kaum dan agama’ (dipetik daripada Francis Loh Kok Wah dan Khoo Boo Teik 2002). Ertinya rakyat Malaysia harus dilihat sebagai Melayu, Cina dan India sebagimana terpancar melalui amalan budaya masing-masing. Konsep ini condong kepada konsep pluralisme Furnival. Namun pendirian kerajaan yang sedemikian terhadap perpaduan kaum seperti berdiri atas platform yang berbeza pula jika dilihat pada matlamat yang didokong oleh Wawasan 2020, kerana ia diangkat sebagai suatu ‘Bangsa Malaysia’ tanpa melihat perbedaan warna kulit dan amalan budaya. Secara idealnya tidak akan wujud lagi Melayu, Cina atau India jika Wawasan 2020 direalisasikan. Konsep ini condong pula kepada konsep asimilasi.

6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?


Pada pandangan saya orientasi organisasi bukan kerajaan yang ada sekarang ini tidak cenderung ke arah sama ada polarisi kaum atau perpaduan. Contohnya misi kemanusiaan yang dihantar ke tempat-tempat mangsa banjir sebelum ini yang berlaku di Kelantan ternyata mereka tidak menyebelah mana-mana pihak walaupun mangsa tersebut terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Ini kerana mereka lebih cenderung untuk membantu rakyat yang memerlukan berbanding mementingkan hal-hal politik. Namun begitu, walaubagaimanapun organisasi bukan kerajaan ini juga sangat penting dalam memupuk semangat kefahaman antara etnik. .

7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.


Permainan tradisional juga merupakan satu wadah atau gelanggang bagi memupuk persefahaman antara pelbagai etnik. Hal ini demikian kerana dalam permainan soal berlainan etnik atau agama perlu diketepikan. Apa yang penting adalah semangat bekerjasama dalam pasukan bagi memenangi setiap acara permainan. Contohnya dalam pertandingan sukaneka yang selalu diadakan saban tahun di kampung saya malah pada hari keluarga di bawah syarikat ayah saya, permainan tradisional yang sering menjadi pilihan adalah acara tarik upih, tarik tali, berjalan di atas tempurung kelapa, dan pelbagai lagi sebenarnya memerlukan semangat kesukanan yang tinggi. Mereka tidak memandang latar belakang ahli pasukan mereka era apa yang penting adalah semangat kerjasama dalam kumpulan. Jadi apa yang dapat saya rumuskan, permainan tradisional memberi sumbangan yang sangat baik dalam memupuk persefahaman antara pelbagai etnik.

Comments

Chat