UKM-NNA-Nurul Hidayatul Akmal's 7.A3 : Perbincangan 3 - OpenLearning

Soalan 1

Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.
Mengikut rekod mahkamah syariah, sebanyak 863 kes dirujuk bagi tujuan menukar status agama Islam. Daripada bilangan ini, 168 kes telah diluluskan. Hal ini sebenarnya patut dirisaukan. Hal ini kerana, pada hakikat sebenar, Penganut aga Islam sebenarnya memang diharamkan untuk berpaling daripada Islam. Jika mengikut Hukum Hudud, sesiapa yang berpaling dari Islam, mereka perlu dipancung. Memang di negara kita dikatakan bebas untuk memilih agama yang dianuti. Tetapi itu di atas dunia sahaja. Tidak bermakna kita perlu mengikut undang undang dunia sahaja. Akhirat itu lebih penting. Terdapat beberapa faktor yang mungkin menjadi punca utama berlakunya kes murtad ini. Antaranya ialah, berkahwin dengan pasangan bukan Islam, lemah didikan agama, pengaruh agama lain dan sebagainya.

Soalan 2

Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.
Sebagai seorang Islam, sudah tentu saya mempunyai pendapat yang menyebelahi agama saya. Ulama dalam 4 mazhab telah membincangkan perkara tersebut. Para ulama bermazhab Imam syafie dan Hambali r.a meletakkan bahawa hak penjagaan mestilah kepada seorang islam. Orang kafir tidak layak untuk mendapat hak penjagaan anak tersebut. Manakala para ulama bermazhab Hanafi dan sebahagian ulama Maliki r.a tidak meletakkan islam sebagai syarat untuk penjagaan. Ini bermakna jika penjaga tersebut, salah seorang daripada mereka masih di dalam agama asal maka mereka masih boleh mempunyai hak untuk menjaga.

Soalan 3

Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.
Berdasarkan artikel The Malaysian Insider, penduduk mengatakan bahawa pemandangan atau pandangan pertama mereka apabila membuka tingkap ialah tanda salib yang terpampang di premis tersebut dan mereka berasa cemas melihat tanda salib tersebut.Masalah ini berpunca daripada pihak gereja itu sendiri, yang tidak mengikut undang-undang yang menetapkan oleh PBT. Gereja tersebut merupakan unit rumah kedai yang tidak mempunyai permit untuk beroperasi sebagai rumah ibadat dan sudah pasti perkra ini salah. Penduduk memang ada hak untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa tempatan atau perkara ini boleh diselesaikan dengan lagi baik dengan bertemu sendiri Pastor yang mengendalikan tempat tersebut dan meminta supaya dia menurunkan salib.

Soalan 4

Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.
Bagi saya, pendekatan Kerajaan Malaysia yang mengharamkan penggunaan kalimah suci ini kepada bukan Islam adalah baik dan bertujuan untuk mengelakkan berlakunya penyalahgunaan nama Allah melainkan hanya kepada Yang Maha Pencipta. Ia kerana terdapat agama-agama lain yang juga menggunakan kalimah Allah bagi agama mereka sedangkan mereka adalah penyembah berhala. Oleh itu nama Allah tidak sepatutnya digunakan bagi menggambarkan tuhan-tuhan yang selain-Nya.

Soalan 5

Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.
Bagi saya, pendekatan Kerajaan Malaysia yang mengharamkan penggunaan kalimah suci ini kepada bukan Islam adalah baik dan bertujuan untuk mengelakkan berlakunya penyalahgunaan nama Allah melainkan hanya kepada Yang Maha Pencipta. Ia kerana terdapat agama-agama lain yang juga menggunakan kalimah Allah bagi agama mereka sedangkan mereka adalah penyembah berhala. Oleh itu nama Allah tidak sepatutnya digunakan bagi menggambarkan tuhan-tuhan yang selain-Nya.

Soalan 6

Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.
sebenarnya, kuil baru itu sebenarnya adalah kuil Hindu dari Seksyen 19 yang akan dipindahkan ke Seksyen 23. Lokasi baru ini berhampiran dengan taman permainan dan 300 meter dari rumah penduduk.Satu perarakan yang dilakukan oleh seramai lebih 200 orang bersama NGO dan penduduk setempat dengan membawa kepala lembu kerana simbol sebagai bantahan ke atas pembinaan kuil di kawasan penginapan orang melayu di Shah Alam melambangkan perkara tidak elok. Hal ini kerana mereka seolah olah mempermainkan dan mengejek agama lain. Memang benar kaum melayu yang ramai terlibat dalam perarakan tersebut. Tetapi kita perlu ingat bahawa agama Islam tidak mengajar kita untuk menghina agama lain. Malah kita dituntut untuk menghormati agama dan kepercayaan orang lain. Lembu adalah haiwan mulia mengikut fahaman hindu dan simbol keagamaan mereka. Sudah tentu ia menjadi sensitiviti kepada kaum hindu bila ada orang mengambil kesempatan mempergunakan binatang itu sebagai simbol dan tujuan simbolik tertentu. Akan tetapi, pihak kerajaan perlu berfikir dengan lebih mendalam dan terperinci. Mengaoa mereka mendirikan kuil di kawasan orang melayu? Bukankah lebih elok jika mereka mendirikannya di kawasan perumahan orang India? Tambahan pula cadangan ini meudahkan pergerakan kaum india untuk ke kuil mereka jika kuil ini terletak di kawasan berhampiran dengan perumahan mereka.

Comments

Chat