CHAN MEI THENG's 9.A3 : AKTIVITI 3 - OpenLearning

Jawapan Esei


CHAN MEI THENG 184039 UPM KUMPULAN 20 Secara umumnya,kita mengetahui bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi , bahasa pentadbiran, bahsa perdagangan, bahasa ilmu, bahasa perhubungan dan bahasa harian negara ini sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke-15 lagi. Taraf bahasa Melayu ini diakui bukan sahaja oleh sumber-sumber sejarah Melayu tetapi juga Portugis, Belanda dan Inggeris. Oleh itu, tidak hairan sekiranya bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Bahasa Melayu juga sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan serta sebagai alat untuk mencapai perpaduan kebangsaan dan pembentukkan satu bangsa. Dasar bahasa pendidikan Malaysia amat jelas, iaitu peranan bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama bagi semua sistem pendidikan formal peringkat sekolah rendah kebangsaan, menengah, dan pengajian tinggi. Pengiktirafan ini telah diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961. Selain itu, peranan dan status bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan terutamanya di institusi-institusi pendidikan tinggi swasta mengalami perubahan atau penambahbaikan apabila pihak Parlimen Malaysia meluluskan Akta Pendidikan 1996. Berpaksikan Seksyen 2 dalam Akta 1996, dapat ditafsirkan bahawa bahasa kebangsaan hendaklah dijadikan bahasa pengantar di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Bahasa Melayu tidak dinafikan dapat menjadi satu alat penyatuan kaum, yang menjadi jambatan yang dapat menghubungkan pelbagai etnik. Walaupun wujudnya bahasa kebangsaan namun, tiada seseorang pun yang dilarang daripada menggunakan, belajar, atau mengajar apa-apa bahasa lain. Oleh itu, hal ini tidak menghalang kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil) di Malaysia. Bahkan bahasa Inggeris juga diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah. Peruntukan ini tidak terdapat di mana-mana negara lain. Selain itu, sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi lingua franca atau bahasa perantaraan di daerah Kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa lingua franca di kepulauan Melayu pada ketika itu kerana bahasa ini mudah dipelajari. Oleh itu, Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa pengantar yang berkesan di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi. Tambahan pula, ianya bersifat sederhana dan tidak terikat kepada susun lapis masyarakat dan bahasa Melayu mempunyai sistem yang lebih mudah jika dibandingkan dengan Bahasa lain. Tuntasnya, kita harus berfikiran positif dan yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang berkesan di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi . Bahasa Melayu sebenarnya mampu membicarakan pelbagai bidang ilmu termasuklah bidang sains dan teknologi. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan mantap dan kukuh. Bahasa Jiwa Bangsa. Maju Bahasa Maju Negara.

Comments

Chat