Jawapan Esei
(2) Sistem sekolah satu aliran penting untuk memupuk kesepaduan sosial dalam kalangan anak-anak muda masa kini Seperti yang kita tahu pendidikan merupakan asas penyatuan dalam proses pembinaan Negara bangsa.Matlamat utama penubuhan sekolah satu aliran adalah jelas iaitu untuk perpaduan nasional yang tulen, sejati dan harmoni selari dengan gagasan 1Malaysia. Bukan hanya bersemangat apabila bercakap tentang gagasan 1Malaysia dan terdiam apabila terpaksa berkorban untuk melaksanakan satu agenda yang jauh lebih besar dari itu. Sekolah satu aliran perlu diterima sebagai satu wahana untuk membentuk identiti dan jati diri rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Identiti dan jati diri setiap kaum di negara ini akan terus wujud sebagai komponen yang penting yang mewarnai dan mewujudkan perpaduan sejati di Malaysia. Melalui sekolah satu aliran, murid kaum lain masih berhak mempelajari bahasa ibunda masing-masing di samping membolehkan mereka memupuk dan mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional menerusi pendidikan.Sekolah merupakan tempat yang terbaik untuk memulakan hubungan integrasi pada peringkat awal. Oleh demikian, pihak kerajaan berusaha untuk melaksanakan sekolah satu aliran untuk memupuk perpaduan kaum. Pada masa yang sama, banyak pihak menentang pelaksanaan sekolah satu aliran tersebut kerana bimbang bahasa dan identiti kaum mereka terhakis. Justeru itu, nilai dan kepentingan tidak seharusnya menjadi perbalahan kerana pendidikan merupakan landasan terbaik dalam mewujudkan perpaduan di kalangan generasi muda.Faktor yang seterusnya ialah sekolah satu aliran akan menyediakan satu persekitaran di mana remaja berbilang kaum bukan sahaja boleh melalui proses pembelajaran dengan selesa tetapi juga menyediakan ruang yang secukupnya untuk mereka berinteraksi dan memahami di antara satu sama lain. Ini merupakan satu proses menuju ke arah sebuah negara maju dalam erti kata saling memahami perasaan dan sensitiviti di kalangan rakyat yang berbilang kaum serta menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Di Malaysia,terdapat empat jenis buah sekolah yang terdiri daripada sekolah Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. Keempat-empat buah sekolah ini menggunakan sukatan pelajaran yang berbeza. Hal ini menyebabkan ketidakseragaman bahasa, identiti dan fahaman. Keadaan ini,menimbulkan dampak dalam memupuk perpaduan rakyat Malaysia. Keseluruhan masyarakat Melayu di Malaysia menganuti agama Islam, masyarakat Cina pula menganuti agama Buddha, manakala masyarakat India menganuti agama Hindu. Bumiputra Sabah dan Sarawak tidak terkecuali kerana mereka mempunyai pelbagai kepercayaan. Perbezaan latar belakang rakyat sebegini menyukarkan perpaduan di bentuk, Namun masalah ini bukanlah terletak pada agama tetapi sikap manusia yang jahil menyebabkan perselisihan faham berlaku. Kesimpulan yang dapat kita lihat, walaupun sekolah satu aliran merupakan satu usaha yang sukar malah mendapat tentangan dari sesetengah pihak tetapi tidak mustahil untuk dilaksanakan jika terdapat sokongan moral daripada semua pihak yang terlibat sama dalam melaksanakannya. Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen penting bagi menyatupadukan rakyat. Generasi awal terutamanya para pelajar sekolah rendah perlu didedahkan betapa pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang besifat majmuk ini. Mahu atau tidak, perkara ini turut melibatkan sistem pendidikan negara kerana melalui pendidikan, generasi pelajar dapat membentuk dan mencorakkan masyarakat Malaysia pada masa hadapan. Matlamat ini selaras dengan pepatah Melayu iaitu “ melentur buluh biarlah dari rebungnya”.Sistem persekolahan yang seragam mampu mewujudkan perpaduan nasional selaras dengan gagasan satu Malaysia. "1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".