Video ini menceritakan mengenai seorang pemimpin negara iaitu Dato’ Onn Jaafar. Beliau dikenali sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Sejak dari kecil, beliau telah menunjukkansikap keteguhan serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi.Beliau juga dikenali sebagai seorang yang petah dalam mematahkan hujah daripada pihak lawan. Beliau merupakan seorang yang bersikap rendah diri serta tidak mengharapkan sebarang balasan atas sesuatu yang dilakukan. Namun begitu, beliau juga mempunyai sikap degil jika ingin melakukan sesuatu. Dato Onn merupakan seorang yang sangat tegas dan berdisiplin. Sikap tegas inilah yang menyebabkan beliau terus menentang Malayan Union. Pelbagai cara yang telah dilakukan untuk menghalang pihak British daripada menakluk tanah melayu. Beliau yang telah menyandang jawatan sebagai pengawai daerah Batu Pahat telah menubuhkan pergerakan melayu semenanjung Johor pada 3 januari 1946 yang bertujuan untuk menyatupadukan orang melayu agar tekad menentang dan menghapuskan rancangan Inggeris. Perjuangan beliau telah menyebabkan 300 perwakilan mewakili 41 pertubuhan melayu disatukan dalam gerakan menentang melayan union iaitu UMNO. UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 merupakan pertubuhan politik melayu yang dipimpin sendiri oleh Dato Onn. Seterusnya, Dato Onn telah mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada kaum-kaum lain bagi menyelesaikan isi perkauman dalam politik. Namun, cadangan beliau telah mendatangkan kemarahan dalam kalangan ahli-ahli UMNO dan akhirnya beliau telah meletak jawatan pada Ogos 1951. Beliau telah membuka parti kemerdekaan melayu pada September 1951 sebagai wadah politik tanpa kaum dan keturunan. Namun gagal mendapat sambutan orang melayu. Akhirnya, beliau juga telah membuka lembaga kemajuan industri desa atau majlis amanah rakyat mara khusus bagi membantu ekonomi, pelajaran dan kebajikan orang melayu.