UKM-FI-Mohd Amri Abdul Aziz's 7.A3 : Perbincangan 3 - OpenLearning

Soalan 1

Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.
Isu murtad sememangnya isu besar yang sensitif kepada umat Islam di Malaysia. Antara kes murtad yang terkenal di Malaysia ialah kes Lina Joy atau nama sebenarnya Azlina Jailani. Beliau merupakan wanita etnik melayu yang mengaku keluar daripada agama Islam dan memeluk agama Kristian Katolik. Lantaran itu, beliau cuba menggugurkan perkataan Islam daripada kad pengenalan Mykadnya. Rayuan dan pemohonannya dibuat dengan mengenepikan kuasa mahkamah syariah, tetapi secara langsung melalui proses undang-undang sivil.Kes-kes murtad yang lain ialah seperti Hartina Haji Kamaruddin, Siti Fatimah Abdul Karim, Aisyah Bokhari dan Nyonya Tahir.

Soalan 2

Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 - 25 Jun 2009 telah memutuskan bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak dibawah umur juga adalah Islam dan penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam. Oleh yang demikian apabila salah seorang pasangan (ibu atau bapa) memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan adalah secara langsung beragama Islam. Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan juga telah memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa penjaganya tidak perlu dipinda. Berdasarkan kenyataan tersebut, adalah tidak adil untuk menentukan hak penjagaan anak semata-mata berdasarkan agama ibu bapa kerana keseluruhan kebajikan dan kepentingan kanak-kanak perlu diutamakan termasulah seperti keperluan fizikal, moral, dan emosi mereka. Selain itu, mahkamah perlu mengadili pasangan yang lebih sesuai dengan mengkaji latar belakang dan corak kehidupan mereka selain mengambil kira pilihan kanak-kanak.

Soalan 3

Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.
Seperti yang kita sedia maklum, kira-kira 50 penduduk Taman Medan di Petaling Jaya telah mengadakan satu perhimpunan secara aman di hadapan satu bangunan lot kedai, yang mana terletaknya lokasi satu gereja baru di Taman Medan, Petaling Jaya. Perhimpunan tersebut dibuat adalah bertujuan untuk menuntut agar tanda salib yang terpampang di premis itu diturunkan. Atas desakan yang dibuat oleh penduduk Taman Medan, pihak gereja akhirnya akur dan bersetuju untuk menurunkan lambang salib tersebut. Isu ini juga sudah menjadi viral di laman sosial seperti facebook malah banyak respon yang diberikan berhubung dengan perkara ini. Ada yang menyokong malah ada juga yang mengutuk sekeras-kerasnya perkara ini. Berhubung isu ini, tanda salib tidak perlu diturunkan kerana perkara ini diibaratkan seperti membuli penganut agama Kristian. Hal ini tidak perlu diperbesarkan kerana agama lain perlu menghormati agama Kristian dan alasan tanda salib tersebut mencabar akidah dan kepercayaan penduduk kawasan yang majoritinya beragama Islam adalah tidak munahasabah.

Soalan 4

Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.
Berdasarkan isu ini, kalimah Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Soalan 5

Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.
Pada prinsip ajaran Islam, Islam tidak mengakui konsep Triniti yang dipegang oleh orang-orang Kristian dan menafikannya daripada sifat kesempurnaan ALLAH s.w.t.Ini menunjukkan betapa Islam menitik beratkan tentang kemurnian aqidah Islam daripada kesesatan triniti tersebut. Ini secara tidak langsung juga menunjukkan betapa Islam melarang sebarang bentuk pencemaran terhadap konsep ketuhanan ALLAH dalam aqidah murni umat Islam termasuklah mencemarkan konsep tauhid dalam bab ketuhanan dengan idea triniti. Kalimah “ALLAH” perlu merujuk kepada Tuhan yang sama sebagaimana yang diimani oleh orang-orang Islam sedangkan penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan orang-orang Kristian merujuk kepada tuhan lain yang bersifat triniti, bukan keesaan. Sedangkan kalimah Allah S.W.T mempunyai sifat-sifat seperti Maha Esa, As Shomad (Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu, tidak beranak dan tidak diperankkan dan tidak ada yang serupa denganNya.Oleh itu, masyarakat kristian tidak dibenarkan untuk menggunakan kalimah Allah bagi agama mereka.

Soalan 6

Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.
Tanggal 31 Ogos merupakan ulangtahun hari kemerdekaan Malaysia. Namun begitu, sambutan menyambut tarikh kemerdekaan pada tahun ini agak terjejas ekoran berlakunya peristiwa ‘demonstrasi kepala lembu berdarah’ oleh penduduk seksyen 23, Shah Alam, Selangor. Peristiwa tersebut berlaku pada 28 Ogos 2009, 3 hari sebelum sambutan hari merdeka.Perarakan seramai lebih 200 orang bersama NGO dan penduduk setempat dengan membawa kepala lembu kerana simbol sebagai bantahan ke atas pembinaan kuil di kawasan penginapan orang Melayu di Shah Alam. Lembu adalah haiwan mulia mengikut fahaman Hindu. Lembu juga merupakan simbol keagamaan mereka. Perkara ini telah menyentuh sensitiviti kaum Hindu apabila binatang itu digunakan sebagai alatan untuk memprotes. Isu Kepala Lembu di Kuil jika isu ini tidak menimbulkan kacau bilau atau menyebabkan keadaan masyarakat tidak tenteram maka amalan kepercayaan penganut Hindu boleh diteruskan tetapi jika isu menyebabkan keadaan masyarakat tidak tenteram atau sebaliknya. Pada masa yang sama, masyarakat lain yang bukan menganuti agama Hindu perlu menghormati amalan kesucian agama lain.

Comments

Chat