AZWIDATUL ILMI BINTI AMAT's 3.A4 : Aktiviti 4 - OpenLearning

1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?


Buku teks merupakan mekanisma yang sangat membantu pelajar memhamai mengenai apa itu hubungan etnik. Kandungan yang terdapat di dalam buku teks mempunyai banyak maklumat penting. Konsep-konsep baru yang diterangkan di dalam buku teks mampu memupuk pelajar memhami dengan lebih terperinci mengenai hubungan etnik. Contohnya konsep-konsep seperti amalgamasi,akulturasi akomodasi dan lain-lain. Konsep ini jika tidak ada di dalam buku teks maka sukar para untuk para pelajar mengetahuinya.

2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.


Industri hiburan juga merupakan salah satu platform yang mampu memupuk semangat kekitaan dalam masyarakat. Sebagai contoh, media televisyen yang memaparkan pelbagai iklan, filem dan rancangan televisyen yang mengisahkan dan mengaitkan hubungan antara kaum dan pelbagai budaya. Oleh itu, masyarakat akan lebih mengenali dengan lebih dekat dan mendalam bahawa, hubungan yang baik dalam setiap kaum mampu mendatangkan pelbagai kebaikan.

3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.


Kepelbagaian seni adalah disebabkan oleh kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia dan merupakan identiti sesuatu kaum atau etnik tersebut. Ia merupakan kebanggan sesuatu etnik tetapi semakin dilupakan pada zaman kini. Era globalisasi yang semakin menular di Malaysia menyebabkan kesenian sesuatu etnik semakin dilupakan. Contohnya seperti wayng kulit atau seni reka rumah tradisional yang semakin jarang dapat dilihat.

4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?


Pada pendapat saya, kawalan-kawalan yang perlu dilakukan ialah menguatkuasakan undang-undang. Jika dilihat pada masa kini, terdapat pelbagai isu sensitif yang menular seperti isu sensitiviti agama. Sebagai contoh, Alvin Tan yang telah memburukkan imej agama Islam dengan memuatnaik status dan gambar-gmbar yang menghina Islam. Manakala isu tanda salib di Taman Medan juga telah menjadi sensasi di Malaysia. Jika hal seperti ini dibiarkan tanpa penguatkuasaan undang-undang, wujudlah perbalahan dan kacau bilau.

5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?


Orientasi parti politik pada masa sekarang lebih cenderung kearah polarisasi kaum kerana parti politik masa kini dilihat membela nasib kaum yang tertentu sahaja. Hal ini mungkin disebabkan kepercayaan daripada kaum sendiri lebih kuat. Namun begitu, parti politik yang lebih cenderung kepada popularisasi kaum ini boleh mendatangkan keburukan seperti menyentuh isu-isu sensitif kaum lain. Diharapkan agar parti politik pada masa kini melakukan sesuatu perkara dengan lebih berhati-hati agar tidak menggugat perpaduan di Malaysia.

6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?


Secara amnya,Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) juga adalah sama seperti parti politik.Dimana,mereka dilihat sebagai sebuah badan induk yang mempunyai kuasa membuat perubahan.Namun,hal ini kerana, perbezaan etnik menyebabkan mereka susah untuk menolong bangsa lain. Contohnya yang lebih jelas boleh kita lihat NGO-NGO yang majoritinya daripada berbangsa cina. Mereka ini hanya kan menolong bangsa mereka sahaja. Dalam pemberian dana sesuatu pgram atau bencana mereka ini sangat boleh dilihat apabila badan NGO ini mudah sangat untuk memberi dana tanpa memerlukan banyka urusan. Ini telah menunjukkan mereka hanya mementingkan kaum mereka sahaja tanpa mengambil berat kaum lain. Namun, tidak boleh dinafikan juga ada segelintir NGO yang sanggup menolong orang lain tanpa melihat kaum, agama dan bangsa.Namun,peratusannya adalah amat kecil.Jika kesemuanya memainkan peranan masing- masing dalam memupuk hubungan etnik nescaya perpaduan yang terbentuk di Malaysia amat utuh hingga ke akhirnya.

7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.


Permainan tradisional masyarakat Malaysia seperti congkak yang menjadi permainan tradisional masyarakat Melayu telah popular sejak dahulu lagi. Congkak bukan sahaja dimainkan oleh masyarakat Melayu tetapi turut dimainkan oleh masyarakat India dan Cina. Selain itu, permainan tradisional masyarakat Cina adalah go. Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Sesetengahnya kita mendapati bukan sahaja masyarakat Cina yang bermainan permainan ini malah masyarakat Melayu juga turut mmpamerkan kemahiran mereka dalam permainan ini. Bagi masyakat India pula, permainan tradisional yang popular di kalangan mereka ialah kho-kho. Kho-kho memerlukan 12 orang pemain. Ia adalah hasil pengubahsuaian daripada permainan ‘lari dan kejar’. Setiap permainan ini merupakan warisan dan boleh mengeratkan silaturahim dan perpaduan antara pelbagai etnik. Dalam setiap permainan ini, mereka bukan sahaja boleh bermainan sesama etnik tetapi mereka juga dapat mencampurkan individu dari pelbagai etnik. Permainan tradisional ini jelas dapat memupuk persefahaman antara pelbagai etnik kerana melalui permainanlah mereka saling berkongsi pendapat dan bekerjasama.

Comments

Chat