Nur Zulkhairee's 7.A1 : Perbincangan 1 - OpenLearning

Soalan 1

Bincangkan perbezaan antara agama dan penganutnya. Misalnya, antara Hindu dan Hinduisme, Muslim dan Islam, dan sebagainya.
Agama bermaksud kepercayaan kepada tuhan atau sesuatu kuasa ghaib dan sakti seperti dewa dan juga amalan serta institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Antara peranan agama adalah sebagai sumber nilai moral, penyatuan, pendorong dan pengesahan program pembangunan serta mengembangkan kesenian. Penganut pula ialah pengikut ataupun pemeluk sesuatu agama ataupun kepercayaan. Sebagai contoh, penganut agama Islam akan dipanggil Muslim. Seseorang Muslim akan mengamalkan garis panduan yang telah ditetapkan dalam agama Islam seperti berpakaian menutup aurat, berbuat baik dan menjaga pergaulan.

Soalan 2

Bincangkan bagaimana budaya setempat mempengaruhi amalan agama  masyarakat.
Budaya setempat dikatakan mempengaruhi amalan agama masyarakat kerana seperti yang kita dapat lihat bahawa individu akan menganut agama yang telah dianuti oleh keluarga mereka atau etnik yang diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang berikutnya. Sebagai contoh, rata-rata etnik Melayu menganut agama Islam kerana keluarga dan kaum kerabat mereka beragama Islam. Di samping itu, masyarakat juga telah mengenal agama sejak kecil lagi melalui pendidikan secara formal mahupun tidak formal. Pendidikan agama yang diajar menjadi amalan kepada masyarakat serta budaya setempat dalam kalangan pelajar. Di sekolah, nilai-nilai Islam yang diajar menjadi asas kepada pembentukan pelajar. Agama Islam menjadi panduan kepada masyarakat dalam pelbagai aspek tidak kira kepada individu, keluarga mahupun negara.

Comments

Chat