Soalan 1
Bincangkan perbezaan antara agama dan penganutnya. Misalnya, antara Hindu dan Hinduisme, Muslim dan Islam, dan sebagainya.Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan dan juga amalan yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Maksud penganut pula ialah pengikut sesuatu ajaran atau fahaman. Misalnya, agama Islam telah menggariskan panduan mengenai kehidupan daripada pelbagai aspek. Tetapi, jika seseorang Muslim tidak mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan hadis, dia dianggap sebagai seorang yang tidak taat kepada agamanya.
Soalan 2
Bincangkan bagaimana budaya setempat mempengaruhi amalan agama masyarakat.Budaya setempat dikatakan mempengaruhi amalan agama masyarakat. kita dapat lihat bahawa individu akan menganut agama yang telah dianuti oleh keluarga mereka atau etnik yang diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang berikutnya. Sebagai contoh, rata-rata etnik Melayu menganut agama Islam kerana keluarga dan kaum kerabat mereka beragama Islam ataupun kerana mereka telah dilahirkan sebagai orang berdarah islam. Di samping itu, masyarakat juga telah mengenal agama sejak kecil lagi melalui pendidikan secara formal mahupun tidak formal. Pendidikan agama yang diajar menjadi amalan kepada masyarakat serta budaya setempat dalam kalangan pelajar. Di sekolah, nilai-nilai Islam yang diajar menjadi asas kepada pembentukan pelajar. Agama Islam menjadi panduan kepada masyarakat yang beragama islam dalam pelbagai aspek tidak kira kepada individu, keluarga mahupun negara.