mohd izwan UKM-DUALIMA's 1.A3 : Video - OpenLearning

 

 

Berdasarkan video yang saya tonton iaitu " 13 Mei 1969" , video ini menceritakan tentang peristiwa yang berlaku pada 13 mei 1969. Peristiwa 13 Mei 1969 ini berlaku   pada era konflik. Peristiwa pada 13 Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang berlaku sebagai kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi 13 Mei 1969 ini mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda.Peristiwa 13 Mei 1969 ini mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969 dan peristiwa ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Isu - isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya telah menaikkan semangat kaum - kaum di Malaysia.Perkara - perkara sensitif seperti hal - hal yang berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan iaitu bahasa melayu ,kedudukan istimewa orang melayu iaitu bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan melayu telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan telah hilang majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat. DAP dan PPP telah menang 25 buah kerusi dan PAS menang 12 kerusi yang dipertandingkan. Angka rasmi menunjukkan terdapat 196 kematian, 439 cedera , 39 hilang dan 9143 ditahan , dan 211 kenderaan musnah akibat daripada peristiwa 13 Mei 1969 ini. Tetapi spekulasi mengatakan terdapat 700 orang mati terbunuh.Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak.Parlimen dibubarkan.

Peristiwa 13 Mei menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan malaysia secara keseluruhannya.Berikutan itu, Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan pada tahun 1970.Akhirnya keadaan ini dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian iaitu menubuhkan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara , Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah dicipta.

Pada tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah dan barisan nasional dibentuk.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Sistem demokrasi dan agihan kek ekonomi iaitu hak - hak keistimewaan bumiputera mendapat tafsiran semula.

 

Kesimpulannya, peristiwa 13 Mei merupakan titik - titik hitam dalam sejarah Malaysia.Peristiwa ini merupakan era konflik yang berlaku antara kaum.

Comments

Chat