MOHAMAD ZADI BIN ZULMANAF
AD140011
DR SITI SARAWATI BINTI HJ JOHAR
SEKSYEN 5
a) Pada pendapat saya, wajah kepelbagaian yang dipaparkan di dalam lagu tersebut ialah wajah positif dan juga wajah ideal. Dapat kita lihat di awal video tersebut terdapat paparan klip sambutan Hari Kemerdekaan atau Hari Malaysia. Paparan klip ini menunjukkan wajah positif di mana kepelbagaian etnik dan kesepaduan rakyat Malaysia selama ini dirai dengan meriah dalam satu acara yang gilang-gemilang. Acara atau majlis ini sebenarnya menjadi suatu daya tarikan buat pelancong dalam dan luar negara. Hal ini selari dengan apa yang telah disampaikan Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin bahawa wajah positif merupakan kelebihan yang ada pada kepelbagaian etnik Malaysia yang dapat menjadi agen tambah nilai kepada negara iaitu dari segi aspek pelancongan. Selain itu, wajah ideal juga jelas kelihatan di dalam lagu tersebut. Rakyat yang pelbagai etnik secara keseluruhannya menginginkan perpaduan yang dapat mencipta satu bangsa Malaysia yang aman dan maju. Masing-masing menaruh harapan yang sangat besar bagi merealisasikan impian 1Malaysia ini. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh semua pihak secara langsung atau tidak langsung bagi mencapai kestabilan negara.