Zuwariah Binti Muhamad's 3.A4 : Aktiviti 4 - OpenLearning

1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?


Panduan Penggunaan Buku Teks buku teks sebagai contohnya, Sejarah Tingkatan 2 muka surat ix hingga xi yang ditulis oleh Masariah, (2006) tidak menyatakan elemen perpaduan yang hendak yang diterapkan dalam buku tersebut. Pendapat ini juga selari dengan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah SMR (PPK, 2002) dimana didalam bahagian pendahuluan buku Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah SMR muka surat 1 dan 2 tidak ada dinyatakan bahawa mata pelajaran Sejarah ini untuk mencapai perpaduan negara seperti yang terkandung di dalam mukadimah Akta pendidikan 1996. Tetapi elemen-elemen ideologi negara seperti penerapan unsur patriotisme, pendidikan bertaraf antarabangsa, penyuburan daya tahan dan pendidikan sepanjang hayat ada dinyatakan dengan jelas dalam bahagian pendahuluan tersebut.

2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.


Masyarakat yang berbilang kaum atau majmuk adalah msyarakat yang setiap kaumnya berpegang teguh kepada kepercayaan, agama, bahasa, budaya dan amalan adat masing-masing. Sebagai kumpulan masyarakat, mereka hanya bertemu di kedai, semasa berjual beli tetapi apabila mereka pulang ke rumah, mereka akan mengamalkan adat masing-masing. industri hiburan sebagai mekanisma perpaduan di Malaysia, seharusnya bertunjangkan kepada struktur masyarakat Malaysia yang pelbagai ini. Hal ini kerana, komposisi masyarakat Malaysia yang pebagai ini boleh menjadi kunci kepada kita dalam memahami dan mendapat gambaran yang lebih luas mengenai perkembangan industri hiburan seperti sejarah perlaksanaan sesuatu media massa dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, menyatakan bahawa hiburan ialah sesuatu perbuatan, benda dan lain-lain. Ia bertujuan untuk menghiburkan (menyenangkan, mententeramkan) hati. Manakala menurut Ahmad Fuad Afadhal (2003) pula, industri hiburan merupakan industri yang sedang bergerak dalam media dan penyiaran kini dilihat semakin meluas. Perkembangan industri hiburan turut mempengaruhi pembangunan sesebuah negara. Pembangunan yang dimaksudkan ini ialah pembangunan yang tidak hanya dari aspek ekonomi, tetapi sosial dan politik negara. Industri hiburan atau dikenali sebagai dunia seni, meliputi pelbagai bidang iaitu bidang muzik, lakonan, nyayian, drama, teater, filem, media massa dan sebagainya merupakan elemen-elemen berunsur subjektif yang mampu dihayati oleh seluruh lapisan masyarakat.

3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.


Mengapresiasi suatu karya seni rupa, perlu di perhatikan unsur-unsur sebagai berikut meliputi tema, gaya ,tekhnik dan komposisi. Mengapresiasi seni tidaklah dengan menilai suatu karya seni saja, mengapresiasi dapat diterapkan dalam kehidupan sehari-hari. Misalnya saja ketika kita ingin membeli sebuah sepatu, dan terdapat banyak pilihan-pilihan sepatu yang tersedia, kemudian kita memilih salah satu sepatu dari berbagai ragam yang tersedia, di mana sepatu tersebut yang cocok atau sesuai dengan pribadi kita, dan orang-orang di sekitar kita merasa nyaman dengan hal itu dan menilai bahwa kita terlihat lebih gagah, tampan atau cantik. Itupun juga termasuk sebagai tindakan apresiasi. Dalam mengapresiasi suatu karya seni, adapaun sikap atau kegiatan yang digolongkan sebagai berikut. Pertama adalah Apresiasi empatik, yaitu sikap apresiasi yang menilai suatu karya seni sebatas tangkapan indrawi. Kedua adalah Apresiasi estetis, yaitu apresiasi menilai karya seni dengan melibatkan pengamatan dan penghayatan yang mendalam. Terakhir adalah Apresiasi kritik, yaitu apresiasi karya seni dengan mengklasifikasi, mendeskripsi, menjelaskan, menganalisis, menafsirkan dan mengevaluasi serta menyimpulkan hasil pengamatannya. Sikap apresiasi ini dapat dilakukan secara langsung dengan mengamati suatu benda.

4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?


Beberapa kawalan proaktif boleh diambil bagi mengekalkan dan mengukuhkan lagi semangat perpaduan yang telah wujud dalam kalangan masyarakat. Antaranya, rakyat Malaysia sering meraikan sambutan hari perayaan bersama-sama. Sebagai contoh, semua kaum bersama-sama meraikan Hari Raya Aidilftri dengan cara berkunjung ke majlis rumah terbuka yang diadakan. Selain itu,masyarakat yang berbilang bangsa perlu semasa perayaan yang disambut oleh kaum yang lain. Mereka juga akan lebih memahami serta menghormati adat dan budaya suatu kaum. Keadaan ini membolehkan masyarakat hidup dalam suasana yang lebih harmoni. Selain itu, aktiviti bergotong- royong akan mewujudkan semangat kerjasama antara kaum. Sebagai contoh, masyarakat bergotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal. Hasilnya, kualiti hidup masyarakat dapat ditingkatkan melalui persekitaran yang bersih. Selain itu, bantuan dan sokongan yang dihulurkan dapat meringankan bebanan yang dipikul oleh setiap anggota masyarakat, bak peribahasa ’berat sama dipikul,ringan sama dijinjing’. Terbukti bahawa aktiviti bergotong-royong dapat memupuk semangat muhibah dan kemesraan antara kaum. Pepatah ada mengatakan bahawa,’muafakat membawa berkat’,disamping menangani masalah secara bersama. Semangat kesukanan juga mampu memupuk perpaduan antara kaum. Misalnya,penglibatan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam suatu aktiviti sukan dapat mewujudkan kemesraan antara satu sama lain. Semangat berpasukan juga dapat dipupuk dalam jiwa peserta tanpa mengambil kira perbezaan kaum kerana ’bersatu kita teguh,bercerai kita roboh’. Jelaslah bahawa aktiviti sukan dapat mewujudkan semangat kerjasama dan mengelakkan sikap mementingkan diri. Negara juga dapat melahirkan ahli sukan yang berkualiti dan memiliki semangat cinta akan negara. Kawalan seterusnya adalah, pelbagai aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah turut menanam semangat perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang kaum. Sebagai contoh,murid-murid dapat merancang dan membuat keputusan bersama bagi memajukan persatuan dan kelab masing-masing. Mereka juga sentiasa berkongsi idea dan maklumat dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Murid-murid juga dilatih agar menghormati keputusan dan idea orang lain. Usaha untuk menarik penglibatan masyarakat dalam sambutan hari kemerdekaan juga amat berkesan demi mewujudkan semangat perpaduan tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa. Melalui usaha ini semangat cinta akan negara akan berkembang dalam diri setiap anggota masyarakat, seterusnya mendorong mereka sama-sama menepis sebarang anasir yang boleh mengacau kemerdekaan negara. Kesimpulannya, semua pihak tidak sewajarnya memandang enteng akan kepentingan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa. Justeru, perpaduan yang terbentuk perlu dikekalkan demi kesejahteraan masyarakat dan pembangunan negara.

5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?


Parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum. Sentimen perkauman turut memainkan peranan menyemarakkan politik bagi menggagalkan parti yang memerintah. Ahli politik Malaysia terkenal dengan menggunakan kad beracun perkauman apabila segala usaha secara budiman berhadapan dengan kegagalan. Isu polarisasi kaum sentiasa didendangkan sehingga wujudnya persekitaran permusuhan dan ugutan. Parti-parti politik terdedah kepada pelabelan-pelabelan perkauman sehingga prejudis menguasai keadaan. Permainan perkauman ini membawa kepada ‘zero-sum game’ kerana penguasaan yang lebih akan mengurangkan pesaing masing-masing kadangkali di atas risiko menggagalkan kerajaan yang berkuasa. Bahayanya kad perkauman ialah rakyat diheret kepada perbahasan yang tidak produktif kerana cuba mempertahankan diri daripada dilabel perkauman daripada berusaha untuk membanteras perkauman yang menjadi barah dalam politik negara hari ini. Ia lebih malang apabila karat perkauman masih ada dalam budaya berkolusi.

6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?


Satu ancaman kepada hak-hak dan memberi keuntungan kepadaorang bukan Melayu (Comber 2007; Ongkili 1985; Ruslan Zainuddin 2005) dan sebagai suatu bentuk rampasan kuasa dan penaklukan ke atas Tanah Melayu (Ja’afar 2007). Maka di sinilahtitik tolak perjuangan orang Melayu dalam menentang gagasan. Malayan Union yang tersebut apabila Dato’ Onn Jaafar telah diberi mandat berupa sokongan dan bantuan oleh segenaporang Melayu di Johor dan kemudiannya merebak ke seluruh Tanah Melayu. Ia bermula dengan penubuhan Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor (PMSJ) pada 3 Januari 1946 hinggalah penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. Akhirnya rancangan Malayan Union telah dapat digagalkan pada bulan Jun 1946. Reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union (Ongkili 1985) memang telah dirasai dan diduga oleh orang Cina sebagai kaum yang mendatang. Orang Cina pada ketika itu memang tahu bahawa orang Orang Melayu tidak begitu mudah menerima orang Cina sebagai rakyat Tanah Melayu. Dengan sebab itu, sejak awal-awal lagi orang Cina telah bersiap sedia untuk menghadapi keadaan seperti ini. Mereka mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ bagi melindungi kepentingan mereka. Orang Cina menyuarakan pandangan mereka terhadap Malayan Union melalui pelbagai cara seperti pertubuhan, kesatuan dan akhbar-akhbar Cina. Jelas di sini bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media massa Cina memainkan peranan penting dalam sosialisasi politik Cina. Semua fakta di atas menunjukkan bahawa politik Malaysia sejak dari awal lagi, melalui penjajahan demi penjajahan dan kemasukan imigran, adalah bersifat perkauman (komunalisme). Abdullah Dahana (2002) menyifatkan politik komunalisme begitu kaku sehinggakan kehidupan politik dibentuk mengikut garisan etnik. Selain daripada dasar ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan oleh British, sikap lunak orang Melayu terhadap orang lain dan kepandaian orang lain mengekspoitasikan orang Melayu turut menyumbang kepada masalah kaum sehingga ke hari ini. Dengan kebijaksanaan penjajah dan imigran ini juga, negara ini diberikan kemerdekaan dengan bersyarat iaitu mereka mesti sanggup berkongsi kuasa dan ekonomi.

7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.


Permainan tradisional boleh dilihat sebagai simbol budaya, kepelbagaian masyarakat dan ianya juga merupakan saluran yang cekap untuk menyampaikan nilai-nilai perpaduan, kepelbagaian, inklusif dan kesedaran budaya. Menurut Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma berkata, melihat kepada perspektif budaya, permainan tradisional antara lain mencerminkan ungkapan budaya yang berbeza dan mewujudkan jambatan penghubung antara budaya bagi kefahaman bersama yang lebih baik. Permainan tradisional, tambahnya, telah menjadi suatu ungkapan kecerdasan manusia iaitu permainan yang mengandungi cara kehidupan tradisional yang merangkumi cita-cita murni dan sikap di mana di dalamnya terdapat unsur-unsur antara aktiviti, kerjasama, amanah, daya tahan dan cabaran. Permainan tradisional juga mengajar masyarakat pentingnya kebersamaan dalam mencapai matlamat yang sama. Sebagai misal, beberapa, permainan tradisional seperti tarik kalat adalah mengenai kekuatan, kefahaman dan bergerak secara serentak dan juga membentuk sinergi dan strategi. Di sisi lain, permainan congkak dikenali di Brunei, Malaysia dan Singapura, dan di Indonesia dikenali sebagai Dakon, adalah mengenai kejujuran, kecerdasan dan ketelitian.

Comments

Chat