OpenLearning
1. Era Konflik ( Tahun 1945-1960)
Selepas Perang Dunia Kedua berlakunya konflik antara kaum. Konflik ini terjadi melibatkan kaum Melayu dan Cina yang telah dicetuskan oleh Bintang Tiga selepas penaklukan Jepun. Era ini juga mempamerkan satu masalah pada masa tersebut yang menyebabkan berlakunya Mogok Pekerja pada tahun 1947. Rentetan peristiwa itu, pemimpin kesatuan sekerja yang mengorganisasi mogok dan rusuhan itu telah ditangkap dan pertubuhan mereka diharamkan. Pada tahun 1949 penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum telah dibentuk bagi melakukan perundingan antara kaum di Tanah Melayu pada masa itu. Penglibatan Bintang Tiga dalam pembunuhan pengurus ladang berketurunan Eropah telah menjadikan masalah bertambah tegang dan akhirnya negara diishtiharkan darurat sehinggakan negara merdeka dalam keadaan darurat dan darurat tamat pada akhir tahun 1960.   Terdapat 3 peringkat yang dialami dalam sejarah Melayu di Malaysia.
 
2. Era Tegang Tapi Stabil (1961-1970)
Pada era ini banyak perkara telah dilakukan oleh pemimpin setiap kaum bagi mendapatkan kestabilan dan kesepaduan antara kaum. Walaunagaimanapun, pembunuhan dan ketegangan antara kaum masih lagi berlaku. Hal ini sangat meruncing pada 13 Mei 1969 iaitu 9 tahun selepas negara bebas daripada darurat. Pada tarikh ini hubungan antara kaum dilihat sangat tegang apabila berlaku pertumpahan darah secara besar-besaran antara kaum Melayu dan Cina. Setelah hal tersebut berlaku, pelbagai usaha telah dilakukan sama ada oleh pemimpin atau orang ramai bagi mencari jalan penyelesaian bagi mendapatkan kesepaduan antara kaum. Hal ini telah simpulkan oleh Majlis Keselamatan Negara yang menyatakan bahawa tragedi 13 Mei itu berpunca daripada masalah ekonomi orang Melayu yang masih lagi ketinggalan pada ketika itu kerana 63% ekonomi dikawal oleh orang asing, 21% oleh kaum Cina dan selebihnya oleh kaum Melayu dan India. Pada tahun 1970, Dasar Ekonomi Baru dibentuk.
 
3. Era Kesepaduan (1971 - 2011)

Dasar Ekonomi baru yang merupakan serampang 2 mata yang digunakan untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan telah berjaya menjadikan Malaysia mencapai kesepaduan antara kaum kerana tiada lagi rusuhan dan pertumpahan darah yang terlibat antara kaum. Sehinggalah pada 2001 berlaku satu peritiwa di Kampung Medan. Jika dilihat secara kasar selepas era pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Malaysia telah mencapai kemakmuran, kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kesepaduan kaum selama 40 tahun yang jauh lebih baik dari era yang sebelumnya

Comments

Loading
Error: Loading CSS chunk web_containers_LearnersConsentModal_connector_ts failed. (error: https://dev-assets.openlearning.com/chunks/chunks_live/web_containers_LearnersConsentModal_connector_ts.fdabdb72241075de.css)
Error: Loading CSS chunk web_components_AcceptCustomTnc_component_tsx-node_modules_shallowequal_index_js-node_modules_-ccf26b failed. (error: https://dev-assets.openlearning.com/chunks/chunks_live/web_components_AcceptCustomTnc_component_tsx-node_modules_shallowequal_index_js-node_modules_-ccf26b.169ec8446de2a217.css)

Chat