No. Tajuk Bidang Laporan/Catatan ringkas 1 Perubatan tradisional Kesihatan 800x600
Perubatan tradisional yang diamalkan oleh pelbagai kaum di Malaysia
· Ayur Veda
· Sita
· Accupuncture
· Urut Tradisional
· Jampi serapah
· Bomoh
· Bidan tradisional
Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 2 Sukan tradisional mengikut kaum Sukan dan rekreasi 800x600Permainan masyarakat Malaysia
· Congkak
· Batu Seremban
· Galah Panjang
· Gasing
· Wau
· Sepak Raga
· Mahjong
· Kabadi (Sadukudu)
· Achilot
· Teng-teng
· Konda-Kondi
Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 3 Amalan pantang larang selepas bersalin Adat resamAmalan tradisional orang Melayu selepas bersalin
Bahagian tubuh kita yang paling tertekan semasa mengandung ialah otot perut, otot lantai pelvik, bahagian belakang dan organ-organ reproduksi. Kesemua organ-organ ini perlu dipulihkan sepenuhnya selepas proses melahirkan. Otot lantai pelvik yang pulih sepenuhnya selepas bersalin akan membantu lubang faraj kembali kepada saiz yang asal.
Otot lantai pelvik yang mengembang akan menyebabkan lubang faraj mengembang , dan seterusnya menyebabkan kurang sensasi semasa seks. Lubang faraj yang mengembang kadang-kala boleh mengeluarkan bunyi yang memalukan, boleh menyebabkan air kencing menitis apabila batuk atau bersin, seks yang menyakitkan, sakit pinggang dan belakang, dan rasa tekanan di kawasan pelvis.
Kualiti dan kedudukan otot lantai pelvik dan ligamen yang menyokong otot tersebut menentukan kedudukan yang betul bagi organ-organ di abdomen. Oleh itu, kedudukan otot lantai pelvik adalah sangat penting untuk kesihatan dalaman wanita.
Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE
Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE Pantang cara kaum Cina
Salah satu prinsip utama amalan tradisional orang China selepas bersalin ialah menghalang badan dimasuki ‘angin’ yang dipercayai menjadi punca segala masalah sendi dan otot apabila umur meningkat tua. Satu amalan yang diketahui ramai dan diikuti ialah ibu-ibu yang bersalin tidak dibenarkan mandi atau mencuci rambut sepanjang waktu berpantang, iaitu sekurang- kurangnya 30 hari.
Orang Cina percaya bahawa tubuh seorang wanita paling lemah dan paling mudah terdedah kepada jangkitan penyakit waktu selepas bersalin. Dipercayai bahawa tempoh berpantang sekurang-kurangnya 30-40 hari boleh memastikan pemulihan sepenuhnya dan memastikan kesihatan jangka panjang. Semasa berpantang, selain tidak boleh mandi ibu-ibu yang baru melahirkan juga perlu mematuhi dan bertahan melalui bermacam pantang-larang terutama dalam penjagaan makanan.
Kebiasaannya, ibu-ibu yang dalam pantang akan mengupah seseorang yang berpengalaman, pertengahan umur dan berpengetahuan dalam penjagaan selepas bersalin untuk menjaga mereka sepanjang tempoh berpantang. Tujuan utama adalah untuk membantu ibu-ibu baru berehat dan pulih dari tekanan mengandung dan melahirkan anak dengan menyediakan makanan yang berkhasiat dan juga membantu menjaga bayi yang baru lahir.
Pantang larang dalam penjagaan makanan bertujuan untuk menyuburkan dan memanaskan badan, memperbaiki peredaran darah, ‘membuang’ toksin dan menggalakkan pengecutan rahim. Ibu-ibu digalakkan untuk makan hidangan yang kecil tetapi kerap untuk mengelakkan kelaparan supaya ‘angin’ tidak masuk ketubuh. Makan dengan kerap juga membantu memastikan bekalan susu ibu untuk bayi.
Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE
Amalan berpantang kaum India
Sama seperti orang Melayu dan Cina, orang India percaya bahawa amalan berpantang yang betul boleh membantu untuk mencegah masalah kesihatan apabila meningkat tua. Tempoh berpantang orang India juga adalah antara 30 hingga 40 hari.
Amalan berpantang orang India juga memastikan rahim mengecut kembali ke saiz asal dan ‘luka’ dalaman sembuh dengan sempurna.
Mandi herba diamalkan dengan menggunakan pelbagai jenis daun untuk meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan keletihan.
‘Omam’, yang merupakan sejenis rempah, disapu di seluruh badan untuk membersihkan dan melembutkan kulit, serta untuk melegakan sakit.
Diet berpantang orang India kebanyakkannya bertujuan meningkatkan pengeluaran susu ibu. Sayuran berdaun hijau, daging ikan yu, bawang putih, puding kacang dal hitam dan biji halba rebus (halba) adalah antara makanan yang dipercayai membantu menghasilkan banyak susu badan.
Orang India juga mempunyai cara urutan badan mereka sendiri yang dipercayai untuk membantu ibu-ibu yang baru melahirkan mendapat semula bentuk badan yang langsing.
4 Upacara kelahiran, perkahwinan dan kematian Agama; Budaya; adat resam & kepercayaan 800x600 Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 5 Makanan/Minuman tradisional Makanan; Budaya 800x600Makanan sebagai saluran penghubung kaum.
Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE
MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
Nasi Lemak
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.
Lemang
Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang hanya terdapat ketika Hari Raya.Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini.Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864.Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan.Nasi didalam buluh dibakar dengan daun pisang.Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.
Otak-otak
Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor.”Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai ‘spring roll’. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA
Kuih Bulan
Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam,semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai.Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.
Zong zi
Zongzi atau biasa disebut Ba Tzang adalah makanan tradisional Tiongkok yang terbuat dari beras ketan dan dibungkus dengan daun bambu. Zongzi biasa disajikan pada tradisi perayaan Duanwu atau Festival Perahu Naga yang jatuh pada bulan ke lima Imlek untuk memperingati wafatnya Qu Yuan, seorang penyair dari zaman kerajaan Chu. Menurut legenda, Qu Yuan gagal memperingati kaisar dan para pejabat istana untuk menghentikan perang saudara yang sedang terjadi kala itu. Qu Yuan lalu membuat puisi yang berisikan kesedihan dan kekhawatirannya terhadap peperangan di tanah air mereka. Setelah puisi itu selesai, ia melompat ke sungai Miluo. Orang-orang mencuba menyelamatkannya dengan melempari bungkusan-bungkusan nasi dengan maksud memberi makan para ikan agar mereka tidak memakan mayat Qu Yuan. Nah, bungkusan-bungkusan nasi itulah yang kemudian dikenal dengan nama Zongzi atau Ba Tzang.
Kuih Bakul
Kuih Bakul atau Nian Gao ialah makanan cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol.. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya “nian gao” di mana perkataan gāo berbunyi sama dengan perkataan yang bermaksud ‘tinggi’ melambangkan erti “semakin tahun semakin tinggi” atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan”.Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai, dan masakan Kontonis dari Guangdong.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA
Muruku
Muruku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepi nya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya. Murukku diperbuat dari Tepung Kacang Tosai/Urad dhal dan Tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang pedas mengunakan serbuk cili. Murukku yang biasanya berbentuk bulatan atau pun yang halus. Murukku di buat menggunakan acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah uli atau pun cara pemutaran.
Roti Canai
Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.
Tosai
Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.
Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 6 Perjuangan kemerdekaan PolitikSuara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni. Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Inggeris telah memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara
1. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
Ibarat kata pepatah Melayu ”Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Begitulah ungkapan yang paling bererti untuk mengenang jasa dan sumbangan negarawan ulung Tunku Abdul Rahman Putra. Sepanjang hayatnya, Tunku telah menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang berwibawa dalam pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Penglibatan menentang Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan dari Hidup Melayu kepada Merdeka, mengatur strategi pakatan antara kaum dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah membuktikan kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan. Liku, cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu merasa terhutang budi kepada Tunku – Bapa Kemerdekaan.
2. TUN SIR HENRY H.S LEE
Ketokohan, pengorbanan dan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee dalam mencapai perpaduan kaum dan kemerdekaan negara amat terserlah dan perlu dikenang selama-lamanya. Beliau memainkan peranan yang penting dalam penubuhan MCA, perancang utama penubuhan perikatan UMNO-MCA, penentang komunis di zaman darurat dan merupakan pejuang negara semasa menuntut Kemerdekaan Malaya. Apabila Malaya merdeka, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kewangan antara tahun 1957 hingga 1959. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan beliau telah menjadi salah satu kebanggaan negara.
3. TUN V.T. SAMBANTHAN
Tun V.T. Sambanthan merupakan seorang pejuang daripada masyarakat India yang dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan pedalaman di Sungai Siput, Perak. Kepimpinan beliau terserlah apabila dilantik menjadi Presiden Kongres India Malaya ketika berusia 36 tahun. Kemudian Tun V.T. Sambanthan dilantik menjadi menteri penuh dalam pelbagai kementerian. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Tun V.T. Sambanthan terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan dari segi kemudahan kepada rakyat serta semangat patriotisme pada masa itu.
4. RENTAP
Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak. Pada tahun 1853, beliau merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih Brooke. Rentap atau nama sebenarnya Libau menjadi ketua pahlawan Iban di Skrang dan Sariba. Gelaran Rentap yang bermaksud Ensumbar dalam bahasa Iban atau membuat dunia bergegar diberikan kepada Libau selepas beliau memenggal kepala musuh dalam perang pertamanya.
7 Pemodenan dan pembangunan negara Politik; Sosio-EkonomiMalaysia berhasrat untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan mewujudkan masyarakat industri dengan tumpuan kepada infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian import. Pada tahun 1960an, pembangunan ekonomi bertumpu kepada eksport. Di tahun 2000an, pembangunan ekonomi secara K-ekonomi (Knowledge-Economy). Ukuran pencapaiannya ialah melalui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), indeks kualiti hidup, kadar kemiskinan dan kadar inflasi.
Dalam usaha mewujudkan sebuah negara bangsa, Malaysia memerlukan persekitaran negara yang stabil dan berintegrasi. Untuk mencapai hasrat tersebut, kaedah yang digunakan ialah dasar-dasar negara seperti Rukun Negara, Dasar Pertanian, Dasar Perindustrian dan sebagainya. Ekonomi Malaysia cukup unik kerana faktor-faktor pengeluaran (modal, buruh, tanah dan sebagainya) dimanipulasi bukan sahaja untuk tujuan ekonomi tetapi juga pembangunan negara yang mempunyai kepelbagaian etnik. Infrastruktur ekonomi dibangunkan dengan tanaman getah dan kelapa sawit. Jaringan perhubungan jalan raya, pelabuhan dan keretapi dimajukan. Tenaga buruh dan modal disediakan mengikut etnik. Sungguh pun setiap etnik terpisah tetapi mereka saling memerlukan antara satu sama lain untuk melakukan kegiatan ekonomi. Etnik Melayu dari segi demografi sosial adalah majoriti jika dibandingkan dengan etnik Cina dan India, tetapi dari segi ekonomi etnik Cina adalah majoriti dan dominan. Inilah yang seterusnya menjadi isu dalam pembangunan ekonomi dan agihan ekonomi negara. Sesuatu harus dilakukan supaya keseimbangan dapat dilaksanakan dalam soal ekonomi.
Bagi merapatkan semula hubugan etnik pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa dasar dalam
Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE
sosio ekonomi ini dilakukan dengan mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan, memodenkan kehidupan luar bandar dan memperbaiki kualiti hidup. Rangka kerja yang dilakukan antara lain ialah mewujudkan lembaga kemajuan pembangunan wilayah seperti KESEDAR, KETENGAH, DARA, KEJORA dan MADA.
Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE