Soalan 1
Setelah menonton video tentang LO 1, maka bincangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang)Ilmu ekonomi sudah ada dalam masyarakat sejak 2500 tahun dahulu. – matlamat kewujudan ilmu ini belum lagi tercapai walaupun arus kemajuan telah melonjak begitu hebat sejak berlakunya revolusi industri kira-kira 200 tahun lalu.• Perkembangan yang berlaku dalam ekonomi sering kali dikaitkan dengan tahap perkembangan fikiran manusia. – Komponen, matlamat, metode dan ukuran pencapaian ekonomi juga seringkali berubah dan berbeza mengikut ideologi yang didokong. 6. • Komponen ekonomi boleh bersandarkan kepada aspek pengeluaran, pertukaran, pengagihan harta kekayaan, peralatan yang digunakan dan sebagainya. – Jika matlamat ekonomi itu adalah untuk meningkatkan pendapatan negara, maka kaedah yang boleh menambahkan pendapatan rakyat akan digunakan.• Pembangunan ekonomi hanya akan menjadi lebih bermakna jika matlamat atau tujuan ditetapkan dan mengambil nilai-nilai yang ada dalam masyarakat. – Benjamin Ward (1972), menyatakan bahawa pertimbangan nilai adalah sesuatu yang sangat penting untuk membolehkan kita mengklasifikasikan tentang apa yang bernilai dan apa yang tidak bernilai dalam masyarakat. Pertimbangan nilai juga digunakan sebagai asas kepada konsep keluaran negara kasar (KDNK) untuk mengukur output dan sekaligus menjadi pengukur kepada prestasi ekonomi dan kebajikan. 7. 4.3 KOMPONEN POLITIK: MATLAMAT, METOD, UKURAN PENCAPAIAN• Politik boleh; – menjadi faktor penentu kepada pembangunan dan modenisasi. – berperanan dalam menentukan dasar dan arah tuju sesebuah kerajaan yang memerintah – membangunkan sosio-ekonomi – membina negara (state-building) – membinanegara-bangsa (nation-state).• Secara umumnya, membina dan membangunkan negara dan negara-bangsa merupakan masalah utama yang dihadapi oleh sesebuah negara selepas mencapai kemerdekaan. 8. 4.4 PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA• Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia harus dilihat dari pelbagai sudut khususnya dari perspektif sejarah perkembangan dan pembangunan negara ini sendiri. – Untuk mengetahui asas, matlamat dan nilai sebenar pembangunan ekonomi ini dilaksanakan dan hubungannya dengan penggubalan dasar-dasar negara. – Fakta sejarah ini perlu difahami oleh semua lapisan kelompok etnik yang ada untuk mewujudkan satu aliran mobiliti sosial yang tenang dan tenteram dalam negara ini. 9. 4.4.1 Zaman Sebelum Kemerdekaan (1400 – 1956)• Sistem dan pembangunan ekonomi sebelum kemerdekaan boleh dibahagikan kepada dua peringkat yang utama – sebelum kedatangan British (1400 – 1786) • sistem dan matlamat dalam pembangunan ekonomi sebelum kedatangan British. – semasa penjajahan British. • struktur ekonomi semasa penjajahan British, pemikiran dan tujuan disebalik pembangunannya serta kesan- kesan yang timbul daripadanya. 10. 4.4.2 Sistem dan Pembangunan Ekonomi Serta Matlamatnya Sebelum Kedatangan British (1400-1786)• Sistem dan pembangunan ekonomi masyarakat Melayu adalah berkisar kepada sektor pertanian dan juga perikanan. – Tiada masalah untuk mencari nafkah - tanah-tanah yang subur dan lautnya dipenuhi dengan ikan. – Sumber-sumber dari hutan yang mudah diperolehi. – Kebanyakan mereka bekerja sebagai petani, pemungut hasil hutan bahkan ada juga yang melibatkan diri dalam mengeluarkan hasil-hasil bumi.• Menjalankan urusan pertukaran barangan (barter) keperluan dengan pihak-pihak lain. – Beberapa abad lamanya Tanah Melayu telah menjadi pembekal utama hasil-hasil tersebut kepada saudagar-saudagar Arab, India, China dan seterusnya kepada pedagang-pedagang Eropah seperti Belanda dan Portugis. 11. • Ini menunjukkan bahawa ekonomi masyarakat Melayu ketika itu bukanlah bersifat tertutup tetapi juga sudah mencapai ke tahap perdagangan antarabangsa.• Keadaan ini semakin ketara apabila Melaka telah menjadi pusat perdagangan dan pelabuhan entrepot yang terkenal di rantau Asia ini.• Pihak pemerintah telah melaksanakan peraturan-peraturan perdagangan selain daripada memberi perkhidmatan untuk menjamin keselamatan dan keamanan rakyat. – Organisasi politik, ekonomi dan masyarakat Melayu yang kurang kompleks ini secara keseluruhannya telah membawa kestabilan dari segi pemerintahan. 12. 4.4.3 Sistem dan Pembangunan Ekonomi Serta Matlamatnya Semasa Penjajahan British• Bermula dari tahun 1870an hingga 1950an merupakan era baru kepada perkembangan dan pembangunan ekonomi, politik dan sosial di Tanah Melayu. – Mereka telah memperkenalkan dasar-dasar awam mengenai pembangunan – Penglibatan kerajaan dalam dasar-dasar yang diperkenalkan adalah di tahap yang paling minimum. – Sistem dan pembangunan ekonomi lebih tertumpu kepada industri getah dan bijih timah. 13. • Untuk memajukan industri ini, mereka telah membawa masuk tenaga kerja dari Tanah Besar China dan Benua Kecil India. – Orang-orang Cina di tempatkan dalam industri bijih timah yang terletak berhampiran bandar- bandar – Orang-orang India pula, tenaga mereka digunakan di ladang-ladang getah. – Orang Melayu masih kekal dengan pekerjaan tradisi mereka dalam bidang pertanian dan perikanan. 14. • Melalui polisi pemerintahan pecah dan perintah (devide and rule) Inggeris – Merubah struktur kekuasaan politik di Semenanjung Tanah Melayu secara keseluruhannya. – Dasar yang diperkenalkan ini menjadi batu penghalang kepada kewujudan satu masyarakat yang bersatupadu. – Pembahagian kawasan-kawasan penempatan dan sektor pekerjaan telah menyebabkan ketidakseimbangan kedudukan ekonomi antara kaum dan perbezaan kemajuan di antara wilayah. 15. • Matlamat pemerintahan penjajah Inggeris adalah semata-mata untuk memperolehi seberapa banyak hasil daripada negara ini untuk dibawa pulang ke negara mereka. – Inggeris telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan dan perkhidmatan untuk meningkatkan hasil ekonomi dari semasa ke semasa. – Inggeris telah menyediakan infrastruktur seperti jalanraya dan keretapi serta memperkenalkan dasar-dasar penghijrahan atau buruh, cukai dan tanah yang longgar sebagai galakan untuk menambahkan pengeluaran. 16. • Penglibatan orang-orang Melayu dalam industri bijih timah dan getah tidak digalakkan oleh penjajah. – Kekal di dalam kegiatan pertanian untuk menampung keperluan makanan kepada sektor-sektor ekonomi yang lain.• Pekebun-pekebun kecil getah dari kalangan orang Melayu dikenakan pelbagai sekatan dan hak-hak mereka dinafikan - untuk menjaga kepentingan pelabur-pelabur asing dalam industri tersebut. – Pengisytiharan sekatan pengeluaran getah di bawah Rancangan Sekatan Getah Stevenson dan kemudiannya Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa. 17. • Implikasi sekatan; – orang-orang Melayu secara puratanya masih kekal sebagai petani-petani tradisional di luar bandar. – Jurang kemiskinan semakin meluas di kalangan masyarakat yang kemudiannya menimbulkan masalah ekonomi yang tidak seimbang antara kaum dalam fasa-fasa pembinaan negara seterusnya. 18. 4.4.4 Rancangan Pembangunan Negara Fasa Pertama• Pembangunan ekonomi sebelum merdeka lebih banyak membawa keuntungan dan menjaga kepentingan Inggeris. – Sistem dual economy yang lebih tertumpu di kawasan-kawasan yang memiliki sumber ekonomi yang banyak khususnya di bahagian barat Semenanjung. – Pantai timur masih kekal dengan kegiatan-kegiatan ekonomi tradisional yang masih mundur. – Mengembangkan masyarakat plural yang mempunyai perbezaan agama, keturunan, kebudayaan, pelajaran dan pekerjaan, serta perbezaan jurang ekonomi antara mereka.• Inilah masalah-masalah sosioekonomi dan politik yang diberi perhatian dalam rancangan pembangunan negara. 19. • Rancangan pembangunan negara sebenarnya telah pun bermula sekitar tahun 1950an. – Pada tahun 1954, kerajaan telah mendapat perakuan daripada Bank Dunia mengenai pembangunan negara.• Rancangan Malaya Pertama (1956 - 1960). – Peruntukan RM1,100 juta. – Mewujudkan satu perancangan pelaburan sektor awam yang berpadu. – Projek-projek yang perlu dilaksanakan mengikut keutamaan. – Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh ekonomi negara. 20. • Rancangan Malaya Kedua (1961 – 1965). – Peruntukan sebanyak RM2,150.00 juta. – Tumpu kepada pembangunan luar bandar dan penyertaan rakyat jelata. – Fokusnya ialah menyediakan infrastruktur yang diperlukan dalam pembangunan ekonomi.• Rancangan Malaysia Pertama (1966 – 1970) – Pelan pembangunan penggunaan sumber tenaga dan program-program ekonomi yang lebih teliti. – Menentukan hala tuju pembangunan dan matlamat yang perlu dicapai dalam tempoh lima tahun yang akan datang. – Matlamat - agar semua golongan miskin dan tidak bernasib baik dapat merasai nikmat pembangunan dari pertumbuhan ekonomi yang dirangka. 21. – Berjaya dari sudut pertumbuhan ekonomi • tidak seimbang dari sudut pengagihan pendapatan antara kaum. • penggunaan tenaga dan penglibatan dalam sektor ekonomi masih mengikut kaum.– Melahirkan rasa tidak puas hati seterusnya menjadi penghalang kepada usaha-usaha perpaduan. • Berlaku peristiwa 13 Mei 1969 22. 4.4.5 Rancangan Pembangunan Negara Fasa Kedua• Menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang wujud.• Dasar Ekonomi Baru (DEB) – Memperbetulkan ketidakselesaan antara kaum dan ketidakseimbangan di antara wilayah-wilayah. – Agenda utama ialah untuk mewujudkan perpaduan negara. – Dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971 – 1975) dengan kos RM7,250 juta. – Diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga (1976 – 1980), Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990). 23. – Kerajaan berperanan secara langsung dalam melaksanakan rancangan-rancangan yang ditetapkan. • Perbadanan-perbadanan awam ditubuhkan untuk mengimbangi peranan pihak swasta yang selama ini mendominasi pembangunan ekonomi negara. • Kegagalan pihak swasta untuk membawa pertumbuhan ekonomi yang adil dalam sistem bebas (free enterprise).– Syarikat swasta masih diberi insentif untuk sama- sama melibatkan diri dalam pembangunan ekonomi negara. 24. – Strategi serampang dua mata • Basmi kemiskinan tanpa mengira kaum – Rancangan-rancangan yang boleh menambahkan daya pengeluaran dan meningkatkan lagi pendapatan. • Menyusunan semula masyarakat. – Strategi-strategi yang berkaitan dengan menaikkan taraf kehidupan luar bandar, meningkatkan aktiviti-aktiviti yang seimbang di bandar-bandar, meneroka bidang-bidang baru dalam sektor perdagangan dan perindustrian untuk diceburi oleh kaum bumiputera setanding dengan kaum-kaum lain yang sudah lama melibatkan diri dalam bidang tersebut.– Mengambil kira kaum-kaum lain serta menjaga kepentingan pelabur-pelabur asing. 25. – Malaysia telah mencapai perkembangan dan pertumbuhan ekonomi yang agak pesat. • Pertengahan tahun 1980an memperlihatkan kemelesetan ekonomi yang teruk dihadapi negara. Ini memberi kesan besar kepada usaha untuk mencapai matlamat melalui DEB (INTAN, 1992). • Mengkaji semula peranan sebagai penggerak dalam pembangunan ekonomi negara serta dasar-dasar yang dilaksanakan. 26. 4.5 RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA FASA KETIGA• Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) - (1991 – 2000) atau DPN (Dasar Pembangunan Nasional) . – Dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Keenam (1991 – 1995) dan berakhir dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 – 2000). – Matlamat DEB untuk mewujudkan perpaduan negara masih diteruskan. – Fokus DPN meliputi etnik-etnik yang ada, golongan kaya dan miskin dan antara wilayah. 27. – Antara pendekatan dalam DPN: • (i) Memberi tumpuan yang lebih terhadap usaha pembasmian kemiskinan di kalangan golongan miskin tegar di samping mengurangkan kemiskinan relatif. • (ii) Memberi perhatian kepada pembinaan sebuah masyarakat bumiputera yang berorientasikan perdagangan dan perindustrian. • (iii) Melibatkan penyertaan sektor swasta dengan lebih aktif dalam proses penyusunan semula masyarakat. • (iv) Memberi lebih penekanan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika agar matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama dapat dicapai (INTAN 1992). 28. • Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRPJ3) - (2001 – 2010) atau DWN (Dasar Wawasan Negara) - (2001 – 2020) – Dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001 – 2005) dan akan berakhir dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 – 2010). – Wujud Dasar Wawasan Negara (DWN) iaitu gabungan DEB dan DPN - menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 dalam semua bidang mengikut coraknya yang tersendiri. – Matlamat utama untuk mencapai perpaduan nasional diteruskan dengan tumpuan terhadap usaha membasmikan kemiskinan yang meliputi semua kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang antara kaum dan wilayah. 29. – Dasar Wawasan Negara ; • Fasa pertama - tumpuan kepada pembangunan yang bercorak fizikal - kemudahan infrastruktur yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial. • Fasa kedua (2006 – 2020), tumpuan akan diberikan pula kepada aspek pembangunan insan. • Enam cabaran yang digariskan dalam Rancangan Malaysia kesembilan: – (i)Meningkatkan prestasi dan kemampuan Malaysia ke peringkat yang lebih cemerlang bagi menghadapi cabaran semasa dan persekitaran yang sentiasa berubah serta tidak menentu. – (ii)Memperkuatkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara serta meningkatkan kegiatan inovasi. 30. – (iii) Meningkatkan daya pengeluaran dan tahap pengetahuan dalam ekonomi.– (iv) Membangunkan sumber manusia yang mempunyai kemahiran dan berpengetahuan untuk memenuhi permintaan semasa pasaran buruh.– (v) Memperhebatkan lagi langkah pembasmian kemiskinan.– (vi) Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk memenuhi permintaan rakyat yang semakin bertambah. 31. • Projek yang mendapat keutamaan untuk dibangunkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan – (i) Projek yang dapat mengukuhkan daya saing sektor pertanian, pembangunan yang seimbang antara bandar dengan luar bandar serta Industri Kecil dan Sederhana (IKS). – (ii) Projek yang memenuhi keperluan ekonomi dan sosial rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat, terutama golongan yang tidak berkeupayaan. – (iii) Projek yang memberi kesan pengganda, limpahan yang tinggi, meningkatkan daya pengeluaran dan kecekapan. – (iv) Projek yang menyebabkan kebocoran dalam ekonomi seperti komposisi import yang tinggi dan faedah yang kecil perlu diminimumkan. – (v) Projek yang mempunyai reka bentuk dan struktur yang lebih bersifat fungsian, dan tidak hanya bertumpu kepada saiz yang besar, cantik dan mewah sahaja bagi mengelakkan kos penyelenggaraan yang tinggi (Zaid Ahmad et al., 2006) 32. 4.6 SEKTOR PERINDUSTRIAN SEBAGAI ASAS PEMBENTUKAN NEGARA MAJU• Sektor perindustrian di negara ini telah bermula sejak penjajahan British lagi. – Hanya membabitkan industri getah dan bijih timah.• Pergantungan kepada dua industri ini telah mendatangkan keadaan tidak stabil kepada ekonomi negara apabila berlakunya kejatuhan harga komiditi tersebut. – Pengeluaran yang berlebihan telah mengatasi penawaran di pasaran dunia. – Di akhir abad ke-18 industri bijih timah mula merosot jika dibandingkan dengan abad-abad sebelumnya. – Industri getah mengalami turun naik harga sehingga memaksa beberapa rancangan sekatan dibuat untuk mengawal harganya daripada terus jatuh. 33. • Selepas merdeka kerajaan cuba mempelbagaikan kegiatan ekonomi dengan memberi tumpuan kepada kewujudan industri baru. – Peringkat awal (1957-1967), dasar pembangunan perindustrian lebih tertumpu kepada industri-industri gantian import dan keluaran dalam negara. – Pertumbuhan perindustrian yang lebih pesat telah dimulakan pada tahun 70an bagi memenuhi keperluan pekerjaan dan DEB yang diperkenalkan. – Di tahap kedua (1968-1980), tumpuan diberikan kepada pengeluaran dan peluasan barangan eksport negara disamping memberi galakan kepada pertumbuhan industri ringan, kecil dan sederhana. – Selain DEB, beberapa akta telah diperkenalkan seperti Akta Galakan Pelaburan 1968, Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 dan mewujudkan kawasan perindustrian Zon Perdagangan Bebas 1971. 34. • Walau bagaimanapun sektor perindustrian masih mempunyai kelemahannya. – Eksport masih terlalu rendah – Bergantung kepada industri-industri tertentu sahaja seperti elektrik, elektronik dan tekstil. – Kualiti barangan rendah dan tak mampu bersaing dalam pasaran terbuka. – Penggunaan teknologi yang masih rendah dan rakyat tempatan tidak menguasai teknologi baru.• Kelemahan-kelemahan lain yang perlu diperbaiki supaya dapat memberikan sumbangan yang berkesan kepada pertumbuhan ekonomi negara. 35. • Pembangunan Perindustrian Malaysia masuk fasa ketiga selapas tahun 80-an – Memberi tumpuan kepada sektor perindustrian berat dan industri berasaskan sumber dan teknologi tinggi. – Melibatkan modal yang besar - kerajaan sendiri memainkan peranannya secara langsung. – Beberapa program telah dilaksanakan; • Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM) (1983), • Pelan Induk Perindustrian Pertama (PIP1) (1985-1995), • Plan Induk Perindustrian Kedua (PIP2) (1996-2005) • Akta Galakan Pelaburan 1986. 36. • KDPM merupakan satu kajian; – untuk menyemak dan mengubahsuai dasar-dasar perindustrian negara yang sedia ada – mengkaji semula rancangan penggalakan pelaburan dan dasar-dasar peningkatan eksport.• PIP adalah; – untuk menggubal objektif pembangunan perindustrian secara am – membantu sektor-sektor kecil yang berpotensi untuk terus berkembang. 37. – 12 sektor industri telah dikenalpasti untuk diberi perhatian. • Tujuh adalah industri yang berasaskan sumber tempatan seperti getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan, logam bukan ferus dan galian bukan logam. • Lima adalah sektor yang bukan berasaskan sumber tempatan seperti elektrik dan elektronik, peralatan pengangkutan, mesin dan kejuruteraan, logam-logam ferus serta tekstil dan pakaian. 38. • Kerajaan telah memperkenalkan satu lagi dasar iaitu Dasar Industri Berat Negara. – Mengurangkan pergantungan negara kepada negara luar dalam mendapatkan bekalan peralatan jentera bagi keperluan dan kegunaan tempatan. – Membuka jalan dan peluang kepada pertumbuhan industri-industri kecil dan sederhana• Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM)dipertanggungjawabkan untuk mencapai matlamat ini. – Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) merupakan salah satu projek utama yang dilaksanakan oleh HICOM disamping projek-projek yang lain. 39. 4.7 KESIMPULAN• Kerajaan meletakkan matlamat perpaduan negara sebagai agenda utama dalam melaksanakan dasar- dasar pembangunan negara.• Matlamat ini hanya boleh dicapai melalui pembangunan sosioekonomi yang melibatkan pertumbuhan ekonomi, pengagihan pendapatan, kestabilan dan kesejahteraan umum.• Usaha ini perlu dijalankan secara berterusan kerana untuk mencapainya bukanlah mudah dan cepat.• Dasar-dasar pembangunan juga akan sentiasa berubah-ubah mengikut nilai-nilai semasa masyarakat dan kerajaan yang memerintah.
Soalan 2
Setelah memahami LO 2, terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Sila pertimbangkan impak jawapan anda ke atas keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa.makin berkembang kerana terdapat pelbagai idea yang dilatarkan
Soalan 3
Video LO 2 juga ada membincangkan berkenaan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi negara. Huraikan dasar-dasar yang berkaitan dengan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.pada awal kemerdekaan negara, isu kemiskinan dan agihan kekayaan negara merupakan isu yang penting. Namun, isu ini sebenarnya tidak ada kaitan dengan etnik seseorang. Seseorang itu miskin bukanlah disebabkan etniknya, tetapi disebabkan faktor-faktor lain yang mungkin menyumbang kepada keadaan tersebut. Sebagai contoh, seseorang itu boleh jadi akan hidup dalam kemiskinan apabila dia tidak mempunyai pendidikan dan kemahiran, tidak memiliki modal atau tanah, ataupun dia merupakan orang kurang upaya. Sesiapa sahaja, tanpa mengira etnik, jika memiliki ciri-ciri tersebut berkemungkinan akan hidup dalam kemiskinan. ekonomi Menjadi isu etnik Isu kemiskinan menjadi persoalan utama pada tahun 1970-an terutamanya dalam kalangan etnik Melayu dan wujud ketakseimbangan ekonomi antara kumpulan etnik, khususnya antara orang Melayu dengan etnik Cina. Namun perspektif etnik kepada masalah tersebut merupakan perspektif yang simplistik dan sempit. Persoalan kemiskinan dan ketaksamarataan merupakan masalah yang rencam yang tidak dapat dijelaskan sepenuhnya daripada perspektif etnik semata-mata. Hal ini boleh dilihat dengan jelas apabila persoalan ketaksamarataan pendapatan diteliti. Antara tahun 1957 dengan tahun 1970, purata pendapatan benar isi rumah didapati telah meningkat daripada RM207 kepada RM261. Namun, ketaksamarataan pendapatan dalam masyarakat didapati semakin melebar. Perkara ini ditunjukkan oleh peningkatan koefisyen Gini daripada 0.412 kepada 0.513. Maknanya, jurang pendapatan antara yang kaya dengan yang miskin bertambah luas. Dapat diperhatikan, dalam tempoh 1957-1970, bahagian golongan 20 peratus terkaya dalam pendapatan negara telah meningkat daripada 48.6 peratus kepada 55.9 peratus, manakala bahagian golongan 40 peratus termiskin telah merosot daripada 15.9 peratus kepada 11.6 peratus. Di samping itu, jurang pendapatan antara penduduk bandar dengan penduduk luar bandar juga semakin melebar. Nisbah dispariti pendapatan penduduk bandar dengan luar bandar meningkat daripada 1.84 pada tahun 1957 kepada 2.14 pada tahun 1970. Namun, bukan sahaja ketaksamarataan pendapatan semakin melebar antara penduduk bandar dengan luar bandar, tetapi jurang pendapatan juga didapati 70 Hubungan Etnik semakin melebar dalam kalangan penduduk bandar dan luar bandar itu sendiri. Malah, dapat diperhatikan bahawa antara tahun 1957 dengan tahun 1970, ketaksamarataan pendapatan dalam kalangan penduduk luar bandar melebar dengan drastik. Maknanya, ketaksamarataan pendapatan dalam kalangan penduduk luar bandar meningkat lebih cepat daripada ketaksamarataan pendapatan dalam kalangan isi rumah bandar. Hal ini bermakna, agihan pendapatan dalam kalangan kumpulan etnik, sama ada di bandar atau di luar bandar, semakin melebar, dan didapati lebih menonjol dalam kalangan etnik Melayu sama ada mereka di bandar atau di luar bandar. Apabila indeks yang mengukur agihan pendapatan dipisahkan kepada sumbangan ketaksamarataan antara kumpulan dengan sumbangan ketaksamarataan dalam kumpulan, didapati ketaksamarataan antara kumpulan etnik, menyumbang peratus yang kecil kepada keseluruhan ketaksamarataan pendapatan. Perkara ini bermakna sebahagian besar daripada ketaksamarataan pendapatan dalam penduduk Malaysia adalah berpunca daripada ketaksamarataan dalam kalangan etnik itu sendiri. Oleh itu, ketaksamarataan pendapatan di Malaysia pada awal kemerdekaan negara adalah rencam dan tidak mampu dijelaskan sepenuhnya daripada perspektif etnik semata-mata.
Soalan 4
LO 3 menekan isu globalisasi dan ekonomi. Bincangkan peranan globalisasi dan impaknya kepada keadaan ekonomi multi-etnik di Malaysia. Juga fokus kepada kekuatan kepelbagaian etnik di Malaysia (yang tiada pada negara lain) dalam menyumbang kepada kelestarian ekonomi Malaysia.Proses globalisasi bukan hanya mempunyai matlamat untuk menghomogenkan dunia dengan hanya satu sistem ekonomi iaitu sistem kapitalis tetapi juga proses penghomogenan itu melibatkan usaha mewujudkan satu budaya tunggal di dunia. (Omar Jah, 2001). Cadangan yang dilontarkan ialah masyarakat baru, dengan budaya baru, yang menolak budaya tradisi termasuklah adat resam dan agama ditukar kepada budaya baru berasaskan kepada kehidupan kebendaan sekular moden. Dalam masyarakat yang baru, budaya masyarakat tradisional akan dikesampingkan dan diganti dengan nilai-nilai sekular barat seperti konsumerisme, materialisme dan individualisme. Bahaya nilai baru ini ialah wujudnya suatu pandangan hidup yangmengenepikan peranan agama dan realiti metafizik dalam pembinaan budaya, sekaligus mencipta manusia yang tidak kenal tuhannya; sebaliknya mempunyai matlamat utama dalam penghasilan dan penggunaan material yang melampau (Omar Jah, 2001). Bahaya globalisasi ke atas budaya terletak dalam fakta bahawa globalisasi ialah salah satu bentuk penjajahan yang memasuki ciri teras dalam kehidupan seseorang iaitu pemikiran dan kesedaran manusia. Globalisasi memiliki tarikan kuat ke atas nafsu, emosi serta keseronokan kebendaan yang memberi kesan ke atas setiap individu dalam masyarakat. Globalisasi juga memiliki alat-alat teknologi komunikasi yang begitu berkuasa dan canggih yang mampu menyampaikan berita-berita dan menyebarkan idea-idea melintasi sempadan negara dan batasan fizikal, yang dengan mudahnya memasuki minda manusia. Apa yang menambah lagi tarikan manusia moden ialah pendekatannya yang liberal terhadap kehidupan yang menolak sebarang sekatan ke atas apa yang manusia boleh lakukan (liberalisme), kebebasan bercakap, kepenggunaan dan pemilikan. Budaya baru ini memperjuangkan individualisme dan liberalisme tanpa jaminan bahawa kebebasan manusia memilih apa yang baik dan betul untuk dirinya sendiri. Globalisasi budaya ialah kebebasan dan liberalisme dalam aktiviti manusia. Kebangkitan kesedaran tentang hak individu dan wanita yang disemarakkan oleh arus globalisasi telah menyemarakkan kemunculan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan di negara ini. Mereka berjuang bagi mendapatkan apa yang mereka panggil hak asasi manusia, hak untuk wanita dan kanak-kanak, program-program bagi golongan warga emas dan minoriti, hak-hak pengguna, pemuliharaan alam sekitar dan sebagainya. Kemunculan organisasi sosial ini bersama dengan parti-parti politik demokrasi dan golongan intelektual telah menyumbang ke arah keterbukaan yang lebih luas dalam suasana demokrasi, dan perkembangan kepada wujudnya masyarakat matang yang meningkatkan satu perpaduan baru melintasi garis-garis etnik dan agama (Abdul Rahman, 2001). Pihak kerajaan sendiri menyedari perkara ini dengan menyokong beberapa NGO yang cenderung kepada mereka.Proses globalisasi telah meninggalkan kesan yang sangat besar ke atas para pemimpin negara ini apabila fahaman liberalisme kelihatannya menguasai mereka. Jika selama ini kerajaan yang dipimpin oleh UMNO menjunjung pendaulatan bahasa Melayu/Malaysia dalam sistem pendidikan dan pentadbiran, namun, menjelang tahun 2000 perjuangan itu semakin berubah dengan pendekatan yang lebih liberal ke atas bahasa Melayu dengan alasan bagi memastikan impian menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 menjadi realiti. Pelaksanaan pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi subjek Sains dan Matematik dalam sistem pendidikan negara dan dasar pendemokrasian ilmu yang telah melahirkan beratus-ratus institusi pengajian tinggi swasta yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama, telah menjadi bukti perubahan paradigma tadi. Globalisasi menjadi alasan yang paling kukuh untuk menurunkan taraf bahasa Melayu. Mereka menyokong penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam bidang Sains dan Matematik ialah supaya masyarakat Malaysia mampu terus maju dan berdaya saing kerana bahasa Inggeris telah menjadi bahasa utama di dunia pada masa ini.