Soalan 1
Apakah impak globalisasi kepada negara kita Malaysia?Impak globalisasi kepada negara kita malaysia ialah # Untuk memperoleh faedah daripada aktiviti perdagangan antarabangsa yg dilakukan dengan negara yg lain # Kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yg banyak dalam menangani masalah migrasi yg datang secara haram untuk memperoleh pekerjaan # Kerajaan perlu menyediakan dana bagi menyelesaikan kes2 yg berkaitan dngan isu sosial yg mampu mengugat ketenteraman awam # wujud hubungan diplomatik antara negara lain bagi menyelesaikan masalah yg berkaitan dengan kawasan serantau PENDIDIKAN NEGATIF Tiada batasan. PENGARUH ideologi yang sesat. Penyebaran yang menyimpang/tersasar. PENGARUH barat sebagai ikutan. POSITIF -Dakwah Islam mudah tersebar. -Mudah diterima umum. -Satu platform perkembangan Islam. BUDAYA PENDIDIKAN AGAMA Apakah kesan yang dapat kita kenal pasti terhadap globalisasi dalam pendidikan? Adakah memberi kesan baik sahaja atau memberi kesan buruk semata atau memiliki pro dan kontranya iaitu kesan baik dan buruk melalui globalisasi dalam pendidikan. Pada abad ke 21, perkembangan mendadak teknologi maklumat telah menjadi pemangkin utama proses pengglobalisasian dunia. Globalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali. KEBAIKAN • budaya pembelajaran sepanjang hayat • kebolehan berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa • menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian • pendidikan Negara terbuka kepada dunia luar • perubahan peranan guru dalam bilik darjah • peluang pendidikan terbuka luas • persaingan sihat dalam meningkatkan mutu pendidikan dan inovasi • perkongsian sumbangan hasil penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran KEBURUKAN • kadar pengangguran semakin meningkat • pengaliran keluar sumber manusia yang berkepakaran ke luar negara • meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda • perdagangan pendidikan • penyebaran sumber-sumber yang tidak bersesuaian dengan intelek dan rohani • berlaku penindasan dalam merampas peluang dan sumber bagi kemajuan sistem pendidikan sesebuah negara • pemantauan mendalam dari aspek permasalahan antisosial TEKNOLOGI Aspek yang penting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara Penggunaan internet secara berleluasa maklumat berada di hujung jari sahaja dan ia boleh diakses dengan begitu cepat dan pantas keruntuhan dan kerosakan jati diri masyarakat rakyat. memberikan impak yang negatif terhadap kelakuan dan pemikiran golongan remaja Kesan Positif Kesan Negatif masyarakat akan memperolehi sesuatu berita dengan lebih pantas melalui penggunaan internet dan telefon bimbit membolehkan masyarakat keluar daripada kepompongnya. kebanjiran maklumat yang tidak berguna masalah jurang perbezaan peluang untuk mengakses maklumat Sudut Kekeluargaan: (Positif) Dapat kurangkan kadar penganguran dan kebergantungan terhadap tenaga mahir asing (Negatif) Masalah keluarga dan gejala sosial semakin menular. Kesan penderaan terhadap wanita dan kanak-kanak.
Soalan 2
Apakah impak globalisasi kepada tindakan pengukuhan (affirmative action) dan hubungan etnik di Malaysia?IMPAK GLOBALISASI KEPADA TINDAKAN PENGUKUHAN #PENGGODAMAN SISTEM PERTAHANAN-MENCARI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SISTEM PERTAHANAN SESEBUAH NEGARA #PENGINTIPAN UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT OLEH NEGARA2 MAJU TERHADAP MUSUH MEREKA #HUBUNGAN ERAT ANTARA BIDANG POLITIK ANTARA MALAYSIA DENGAN NEGARA2 LAIN AKAN MEMBERI KESAN YG BAIK DALAM BIDANG EKONOMI DAN SOSIAL
Soalan 3
Bagaimanakah pihak universiti menangani arus globalisasi dalam kalangan pelajar?Globalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali. Natijah daripada dunia tanpa sempadan, pendidikan di negara ini menjadi terbuka kepada dunia luar sama ada untuk belajar mahupun menubuhkan cawangan universiti asing di sini. Sudah tentu peluang yang sebegini akan diambil oleh universiti luar, terutamanya yang terkemuka dan berprestij. Mereka akan membuka cawangannya di negara ini. Walaupun cara ini merupakan suatu persaingan yang sihat, namun institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan masih belum bersedia untuk menghadapi situasi ini. Hal ini akan memberi kesan yang besar kepada IPT tempatan, terutamanya Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Para pelajar tentu akan memilih universiti luar yang terkemuka demi pasaran kerja mereka. Hal seperti ini telahpun berlaku apabila graduan IPT luar negara menjadi pilihan utama majikan berbanding graduan IPT tempatan. Dengan demikian juga, IPT tempatan akan mengalami masalah kekurangan pelajar dan akhirnya membawa kepada penutupan IPT berkenaan, khususnya IPTS yang bersaiz kecil. Kesan globalisasi ini juga akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini berlaku kerana para pelajar mudah mendapat maklumat melalui internet. Maklumat yang disebarkan melalui internet sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris. Selain itu, cawangan universiti luar akan terus menjadikan bahasa Inggeris sebagai wahana dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini juga, sudah banyak IPTS yang telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal sebegini akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu walaupun sudah terbukti bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dalam semua bidang. Jika hal ini berlaku, bahasa Melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan usaha ke arah pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan bahasa Melayu akan terbantut. Globalisasi akan memesatkan pengkomersilan pendidikan itu sendiri. Ahli korporat pendidikan akan mengaut keuntungan melalui bidang pendidikan. Amat dibimbangi jika hal ini berterusan dan tanpa kawalan, matlamat dan objektif asal pendidikan akan terkorban. Demi mencapai keuntungan semata-mata, kualiti pendidikan mungkin diabaikan. Masalah ini akan ketara apabila kelayakan masuk pelajar tidak diambil berat seperti dikenakan syarat yang longgar, pensyarah terdiri daripada mereka yang kurang terlatih dan kurang pengalaman, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang minimum, kualiti ilmu yang diajar meragui dan lain-lain lagi. Selain itu, pengkomersilan pendidikan seperti ini akan menafikan konsep pendemokrasian pendidikan. Hanya pelajar yang mampu dari segi kewangan sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran. Han ini hanya sekitar 20 peratus sahaja bilangan pelajar bumiputera di IPTS berbanding ratusan ribu pelajar IPTS keseluruhannya. Perkara ini jika tidak dibendung akan meluaskan jurang antara golongan bumiputera dengan golongan bukan bumiputera. Selain itu, hanya yang kaya sahaja akan dapat menikmati pendidikan tinggi, manakala yang miskin dinafikan peluang mereka. Ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat berilmu tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa. Kesan seterusnya yang akan timbul ialah penghayatan ilmu itu semakin terhakis. Hal ini demikian kerana para pelajar hanya belajar ilmu sahaja tanpa menghayati ilmu itu sendiri. Mereka belajar hanya untuk tujuan peperiksaan atau demi memenuhi tugasan yang diberikan sahaja. Ini akan melahirkan generasi yang cerdik pandai tanpa diimbangi dengan penghayatan ilmu itu sendiri. Akibatnya, kemahiran yang mereka miliki mungkin akan digunakan untuk tujuan negatif seperti melakukan pecah amanah, menipu dan sebagainya. Kesimpulannya, semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini dan bersedia dengan langkah yang komprehensif. Kita tidak boleh mengelak daripada menghadapi globalisasi kerana tanpanya kita akan terus ketinggalan. Oleh itu, kita perlu bersedia untuk mengatasi sebarang cabaran yang wujud daripada fenomena globalisasi ini.
Soalan 4
Adakah konsep kesaksamaan/kesamaratan dalam agihan dan pertumbuhan dari segi wilayah – Semenanjung Sabah dan Sarawak?Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), pelaksanaan pendekatan yang lebih tertumpu kepada sasaran khusus telah mengurangkan kemiskinan di kawasan luar bandar dan bandar. Tumpuan program pembasmian kemiskinan dan peningkatan kualiti hidup ditujukan kepada isi rumah 30 peratus terendah. Bilangan profesional dan pekerja mahir Bumiputera dalam pelbagai pekerjaan dan sektor telah meningkat manakala program pembangunan MPPB telah mempercepat pertumbuhan kelas menengah Bumiputera.