1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?
Setiap kandungan buku teks itu haruslah diterapkan dengan nilai-nilai murni, contoh dan gambaran untuk memupuk hubungan etnik dalam masyarakat. Contohnya dengan memberi penekanan tentang pentingnya hubungan etnik dalam masyarakat bagi memastikan negara kita sentiasa dalam keadaan aman dan harmoni.
2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.
Industri hiburan boleh dijadikan sebagai mekanisme jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia jika tiada penglibatan isu-isu yang menyentuh sensitiviti sesuatu kaum. Selain itu, setiap tayangan hiburan haruslah bercorak keharmonian dalam masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.
3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.
Setiap kaum memiliki budaya yang tersendiri dan setiapnya berhak dalam memperkenalkan budaya masing-masing melalui karya seni contohnya seperti dalam seni lakon, seni suara dan lain-lain. Perkara yang paling penting sekali adalah saling menghormati setiap apresiasi seni antara setiap kaum dan tidak melebih-lebih dalam membandingkan karya seni antara yang lain sehingga boleh mencetuskan pergaduhan.
4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?
Dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia, rakyat Malaysia boleh meraikan sambutan hari perayaan bersama-sama, saling kunjung-mengunjungi antara satu sama lain, melaksanakan aktiviti gotong-royong dalam mewujudkan semangat kerjasama dalam setiap kaum. Selain itu, penglibatan masyarakat dalam sambutan hari kemerdekaan dapat mewujudkan semangat perpaduan tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama.
5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Orientasi parti politik kini adalah lebih cenderung ke arah memupuk perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini dapat dibuktikan dengan lahirnya konsep 1Malaysia oleh Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak. Konsep 1Malaysia adalah untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.
6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) kini lebih cenderung ke arah perpaduan kaum. Setiap aktiviti yang dianjurkan atau pertolongan yang diberikan oleh NGO adalah melibatkan semua masyarakat tanpa mengira kaum. Hal ini adalah dalam menjaga keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat di samping menjaga kesejahteraan negara.
7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.
Permainan traditional masyarakat Malaysia dapat memupuk persefahaman antara pelbagai etnik. Permainan traditional adalah simbol budaya antara pelbagai etnik yang dapat memupuk nilai perpaduan dalam masyarakat. Selain itu, permainan traditional ini mengajar masyarakat pentingnya kebersamaan dalam mencapai matlamat yang sama.