nurzaireen aqmal zaidi's 4.A1 : LATIHAN 1 - OpenLearning

Soalan 1

Setelah menonton video tentang LO 1, maka bincangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang)
enurut Zulhilmi Paidi dan Rohani Ab.Ghani (2003) mengatakan setelah Perang Dunia Kedua berakhir, pemerintah kolonial Inggeris mencuba sedaya upaya membina kembali Persekutuan Tanah Melayu daripada runtuhan peperangan tersebut, baik dari segi fizikal mahupun dari segi sosial, politik dan ekonomi. Dalam arena politik, mereka menemui kegagalan terutamanya dalam usaha untuk mendlrikan Malayan Union. Namun, dari segi ekonomi mereka telah berjaya, dengan mengambil ilham daripada rancangan lima tahun yang dilaksanakan di Soviet Union dan India, serta pengalaman Marshall Plan, yang telah berjaya membina kembali seluruh Eropah dengan biayaan Amerlka Syarlkat, dan dengan naungan PBB serta beberapa pertubuhan kecil yang menganggotainya, kolonial British telah memperkenalkan institusi "perancangan pembangunan " di Persekutuan Tanah Melayu ketika itu. Pihak penjajah British telah merangkakan dan melaksanakan Rancangan lima tahun pertama Persekutuan Tanah Melayu yang diberl nama Draff Development Plan of Malaya (1950 - 1955). Dengan terlaksananya rancangan tersebut, terasaslah suatu tradisl perancangan moden, suatu Institusl penting dan suatu alat politik berkesan yang menentukan masa depan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Sebagai suatu tradisi moden "perancangan pembangunan" dikekalkan sehingga kini. Sebagai suatu tradisi, institusi tersebut membentuk watak dan wajah negara bangsa Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia. Sebagai suatu alat politik, tradisi dan institusl ini memalnkan peranan penting dan .melaluinya perundingan dan kesepakatan antara kumpulan etnik dan kelas dlgubah. Secara keseluruhannya, "perancangan pembangunan" menjadi elemen terpenting dalam pembentukan negara Malaysia yang kita kenal harl ini. Kejayaan sebelum kelahiran negara bangsa Malaysia telah meyakinkan pihak kolonlal British untuk melanjutkannya. Rancangan Malaya Pertama (1956- 1960) adalah perlanjutan usaha tersebut. Ketika pelaksanaan rancangan ini, pimpinan tempatan telah diasuh dan diberikan tanggungjawab mengendalikan proses pembangunan masyarakatnya sendlri melalul pemerintahan sendiri yang terbatas selepas Pllihan Raya Umum tahun 1955 dan kemudiannya melalui pemberian kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Selepas Pilihan Raya Umum tahun 1959,Rancangan Malaya Kedua (1961 - 1965) diperkenalkan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh pimpinan tempatan. Walaupun dari segi falsafah, bentuk dan teknik corak perancangan pembangunan ketika itu merupakan lanjutan perancangan: pembangunan kolonlal British, namun dari segi tujuan, matlamat dan strategi khusus telah menunjukkan banyak perubahan dan penyesuaian. Perubahan dan penyesuaian dalam perancangan pembangunan lebih jelas apabila negara bangsa Malaysia dibentuk pada tahun 1963 dan setelah Pilihan Raya Umum tahun 1964 dilancarkan Rancangan Malaysia Pertama (1966 - 1970). Usaha untuk membangunkan masyarakat Malaysia pada masa itu lebih agresif sifatnya. Pelbagai dasar dalam bidang pendidikan, bahasa dan budaya diperkenalkan untuk melengkapi rancangan pembangunan tersebut yang rata-rata bercorak ekonomistik. Walaupun tumpuan utama diberikan kepada usaha membangunkan masyarakat desa yang miskin dan tertinggal namun usaha menggerakkan perindustrian gantian import, khasnya perusahaan pembuatan juga diperkenalkan. Kelancaran pelaksanaan Rancangan Malaysia Pertama terbantut seketika akibat Konfrontasi Indonesia-Malaysia yang berakhir pada tahun 1966, Namun begitu, pemerintah telah berjaya menunjukkan kemampuan yang dapat mereka laksanakan. Setidak-tidaknya dari segi kemudahan prasarana "pembangunan" telah dirasakan. Tentunya, segala usaha ini tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Hal ini dijelmakan melalui pencapaian pihak parti pembangkang dalam arena politik kepartian. Bibit-bibit pertentangan ini yang kian membahang, akhirnya mencetuskan suatu pertentangan terbuka lagi berdarah. Peristiwa 13 Mei 1969 terpahat dalam sejarah pembangunan Malaysia sebagai suatu tinta hitam yang menginsafkan rakyat Malaysia. Peristiwa ini berlaku sebaik sahaja selesai Pilihan Raya Umum tahun 1969. Rusuhan bermula di Kuala Lumpur dan kemudiannya telah merebak ke beberapa tempat lain tetapi dapat dikawal negera. Parlimen telah digantung, demokrasi terhenti dan kedukaan daripada peristiwa itu dijadikan sempadan Biduk lalu kiambang bertaut, bak kata bidalan. Begitulah keadaannya di Malaysia kelika itu. Lahir daripada peristiwa 13 Mei 1969 ialah Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975). Digarab ke.dalamnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan membetulkan ketidakseimbangan ekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan negara. Apa yang psnting ialah rancangan ini telah menganjurkan suatu usaha membangunkan masyarakat Malaysia untuk jangka masa panjang, iaitu mengambil tempoh selama 20 tahun (1971 - 1990). Hal ini bererti bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua (1971 - 75) dan untuk tiga rancangan lima tahun selanjutnya, iaitu Rancangan Malaysia Ketiga (1976 - 1980), Rancangan Malaysia Kempat (1981 - 1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986- 1990), segala usaha akan ditumpukan untuk mencapai matlamat DEB.Rancangan Malaysia Kedua (1971 - 1975) merupakan rancangan pembangunan yang menitikberatkan usaha untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai. Ketika itu terdapat peralihan daripada industri gantian-import kepada industri berorientasikan esksport. Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) merupakan rancangan pembangunan yang melanjutkan dasar industri yang dirangka pada Rancangan Malaysia Kedua. Rancangan Malaysia Keempat (1981 - 1985), Rancangan Malaysia Kelima (1986 - 1990) dan Rancangan Malaysia Kdenam (1991 - 1995) merupakan rancaragan pembangunan yang menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan. Rancangan Malaysia Ketujuh (1996- 2000) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001 - 2005) pula mula memberi perhatian kepada atas industri berteraskan k-ekonomi. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 - 2010), tumpuan tidak hanya diberikan kepada Industri berteraskan k-ekonoml tetapi turut memberi perhatian kepada isu pembangunan manusia atau disebut sebagai modal insan . Dalam konteks ini, Islam Hadhari dijadikan kerangka kerja untuk meningkat kualiti modal insan yang tidak hanya meliputi etnik Melayu atau masyarakat Islam tetapi juga semua rakyat Malaysia.

Soalan 2

Setelah memahami LO 2, terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Sila pertimbangkan impak jawapan anda ke atas keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa.
Galurkan tragedi 13 Mei 1969 dan bagaimana peristiwa itu menjadi iktibar kepada negara dalam meningkatkan taraf perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. 9. Perjelaskan secara terperinci mengenai “Kontrak Sosial” dalam pembentukkan Perlembagaan Malaysia. 10. Bincangkan perkembangan semangat nasionalisme penduduk tanah Melayu ke arah membebaskan tanah air dari belenggu penjajah. 11. Pembentukkan masyarakat majmuk di Malaysia berkait rapat dengan kewujudan kepelbagaian kumpulan etnik. Bincangkan.

Soalan 3

Video LO 2 juga ada membincangkan berkenaan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi negara. Huraikan dasar-dasar yang berkaitan dengan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan bagi memajukan ekonomi serta berusaha menghapuskan pengenalan ekonomi berasaskan kaum yang menjadi asas kepada penyusunan semula sosioekonomi negara. Tindakan kerajaan dalam memperbaiki kedudukan ekonomi selepas tragedi 13 Mei 1969 adalah berdasarkan strategi ke arah pembentukan perpaduan nasional. Memperbanyakkan pembasmian kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan bagi seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Sasaran ini dapat dicapai melalui program-program yang dirangka daripada seluruh peringkat produktiviti. Perkembangan peluang-peluang antara sektor dan aktiviti yang mempunyai produktiviti yang rendah ke peringkat yang lebih tinggi. Peruntukan yang lebih meluas terutamanya dalam perkhidmatan sosial dirangka untuk meningkatkan taraf hidup kumpulan-kumpulan yang berpendapatan rendah. Penggandaan proses penyusunan semula masyarakat Melayu untuk membetulkan ketakseimbangan ekonomi dengan harapan mengurang dan mengetepikan pengenalan etnik melalui fungsi ekonomi. Program- program termasuklah pemodenan kehidupan luar bandar, pembangunan aktiviti bandar yang pesat dan seimbang, penubuhan pusat pertumbuhan yang baru dan perwujudan masyarakat industri dan komersial Melayu di semua kategori dan bumiputera lain menjadi rakan kongsi sepenuhnya dalam semua aspek ekonomi negara (Ahmad 1988). Relevannya, DEB yang mempunyai agenda “serampang dua mata” bukan setakat bertujuan untuk menyatupadukan pelbagai etnik di negara ini tetapi yang penting menandakan satu titik permulaan baru kepada etnik Melayu untuk mula bergiat dalam bidang perdagangan, perindustrian mahupun perniagaan. Fokus utama DEB adalah kepada aspek pengagihan yang lebih saksama dalam pemilikan ekuiti korporat antara bumiputera dan Melayu dengan etnik Cina. Pelaksanaan DEB secara tidak langsung memberi konotasi yang terbatas kepada pola pasaran bebas dalam pengurusan ekonomi akibat campur tangan kerajaan dalam mewujudkan kelas menengah dan golongan kapitalis Melayu (Gomez 2004). DEB juga menyasarkan strategi ke arah mengurangkan paras kemiskinan daripada 50 peratus pada tahun 1970 kepada 16.7 peratus menjelang tahun 1990. Manakala kerajaan turut menyasarkan penguasaan ekuiti dalam sektor korporat oleh bumiputera daripada 2.4 peratus pada tahun 1970 kepada 30 peratus menjelang tahun 1990. Sementara itu, penguasaan ekuiti masyarakat lain terutamanya golongan etnik Cina dibenarkan berkembang daripada 35 peratus kepada 40 peratus manakala pegangan ekuiti oleh bangsa asing dikurangkan daripada 63 peratus pada 1970 kepada 30 peratus menjelang tahun 1990 (Drabble 2000). Kejuruteraan sosial dalam DEB adalah juga bertujuan mewujudkan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Penekanan tersebut diberikan bagi membentuk kelas Melayu komersial yang akhirnya membolehkan penyertaan Melayu dalam sektor korporat selaras untuk meningkatkan pegangan ekuiti bumiputera daripada 1.9 peratus pada tahun 1970 kepada 30 peratus pada akhir rancangan DEB pada tahun 1990. Strategi penyusunan semula masyarakat sebenarnya bertujuan mewujudkan penyertaan seimbang semua etnik dalam setiap kegiatan ekonomi. Antara matlamat utamanya adalah pertama, mengurangkan keadaan tidak seimbang struktur guna tenaga. Kedua, menambahkan hak milik rakyat Malaysia dalam pemilikan modal produktif negara termasuk pemilikan saham sektor syarikat. Tegasnya, matlamat ini bertujuan untuk memastikan bumiputera memiliki sekurang-kurangnya 30 peratus saham sektor syarikat, sementara 40 peratus oleh kaum bukan bumiputera dan 30 peratus rakyat asing. Ketiga, mewujudkan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan bumiputera untuk semua lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi moden (Nik Hashim 1989). Matlamat dalam DEB dirangka oleh kerajaan memandangkan ketakseimbangan ekonomi antara etnik amat ketara, terutamanya jika perbandingan dilakukan terhadap bumiputera dengan bukan bumiputera. Ketakseimbangan ekonomi yang wujud termasuk aspek corak dan struktur guna tenaga, agihan pendapatan serta pemilikan modal produktif. Kesemua punca ketakseimbangan yang wujud dan bersifat berterusan pasti tidak akan dapat menghasilkan kemantapan mahupun kestabilan ekonomi, sosial serta politik yang diperlukan bagi menjamin kadar pertumbuhan ekonomi yang seimbang untuk meningkatkan taraf hidup penduduk negara ini. Peningkatan ekonomi yang tidak seimbang antara kumpulan etnik jelas digambarkan dalam bidang pemilikan sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 3.3. Petunjuk dalam jadual tersebut memaparkan hanya 1.5 peratus modal daripada syarikat yang terdapat di Semenanjung Malaysia adalah dimiliki oleh etnik Melayu pada akhir tahun 1969, sedangkan 22.8 peratus dimiliki oleh etnik Cina dan 62.1 peratus oleh syarikat asing yang dikendalikan menerusi cawangan syarikat yang ditubuhkan di luar negara. JADUAl 3.3: Pemilikan Modal Saham oleh Syarikat Berhad di Semenanjung Malaysia (1969) SYARIKAT BERGABUNG DI SEMENANJUNG MAlAYSIA RM (‘000) PERATUS Melayu dan kepentingan Melayu 70633 1.5 Cina 1064795 22.8 India 40983 0.9 Persekutuan dan Kerajaan 21430 0.5 Pencalonan syarikat 98885 2.1 Individu lain dan mengendalikan syarikat tempatan 470969 10.1 Jumlah pemilikan asing 2909845 62.1 Jumlah 4677540 100 Sumber: Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975 Berdasarkan fakta dalam Jadual 3.3, jelas menunjukkan bahawa kekuatan dominasi dan kawalan utama ekonomi Malaysia adalah di tangan etnik bukan Melayu, iaitu pemilikan asing dan bukannya pada komuniti Cina. Oleh hal demikian, kerajaan memperkenalkan DEB dengan matlamat mengurangkan kedudukan pemilikan asing dalam negara. Akhirnya, penjelasan yang diterima pakai kepada punca berlakunya rusuhan etnik pada 13 Mei 1969 ialah ketakseimbangan ekonomi antara kumpulan etnik. Justeru, pertimbangan faktor etnik menjadi dasar yang dibentuk bagi menyelesaikan masalah agihan ekonomi dalam memastikan golongan bumiputera Melayu tidak keciciran dalam meningkatkan penguasaan ekonomi seiring dengan etnik lain di negara ini. Dalam pelaksanaan DEB, dasar campur tangan kerajaan adalah bertujuan untuk menaikkan pendapatan masyarakat bumiputera Melayu dengan tujuan untuk mengurangkan kemiskinan khususnya di kawasan luar bandar. Di samping itu, kerajaan menyasarkan pegangan ekuiti dalam sektor korporat ditingkatkan daripada 2.4 peratus kepada 30 peratus menjelang tahun 1990. Sementara itu, pegangan ekuiti oleh etnik Cina dibenarkan sehingga 40 peratus, tetapi pegangan ekuiti oleh golongan asing akan dikurangkan kepada 30 peratus. DEB diperkenalkan untuk membanteras aspek kemiskinan rakyat Malaysia dan menstrukturkan semula masyarakat sehingga dapat menangani pengenalan etnik melalui fungsi ekonomi (Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975). Rancangan Malaysia Kedua (RM Ke-2) turut memberi panduan yang jelas terhadap agenda memartabatkan peningkatan penyertaan etnik Melayu dalam arena perniagaan dan perdagangan. RM Ke-2 menggalurkan hasrat kerajaan mewujudkan satu MPPB dalam satu tempoh melalui pelbagai langkah yang meliputi bantuan kewangan dan latihan, mewujudkan tempat perniagaan yang sesuai di bandar-bandar, mengadakan usaha sama dengan bukan Melayu bagi memperoleh pengetahuan, pengalaman dan pasaran, menggalakkan penubuhan perusahaan-perusahaan kecil dan berusaha menukar sikap etnik Melayu agar cenderung ke arah membentuk budaya perniagaan dan perusahaan. Latar belakang pengwujudan MPPB adalah imbasan daripada pelaksanaan DEB yang dimulakan pada RM Ke-2 yang menekankan dua strategi utama. Antara yang terpenting adalah memperbetulkan ketakseimbangan ekonomi dan seterusnya menghapuskan pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi. Sungguhpun sistem nilai dan sikap bumiputera telah mengalami perubahan positif dalam tempoh dua puluh tahun kebelakangan ini, namun golongan usahawan bumiputera masih ketinggalan dari segi daya cipta, budaya niaga baik serta semangat bekerja yang gigih. Sepanjang pelaksanaan DEB menunjukkan galakan yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam usaha menaikkan status ekonomi dalam kalangan etnik Melayu. Pelbagai insentif diadakan demi membantu pencapaian ekonomi terutama dalam kalangan pengusaha Melayu. Tambahan pula, banyak agensi diwujudkan oleh kerajaan untuk memberi peluang kepada bumiputera mendapat pengalaman yang luas serta menjalankan perniagaan sendiri sebagai pengusaha apabila mengumpulkan modal yang secukupnya. Bagaimanapun, kemajuan yang ditunjukkan oleh etnik Melayu dalam menguasai bidang perniagaan dan perdagangan masih belum dapat menjadi ukuran kepada pencapaian matlamat kerajaan yang sebenarnya. Dalam aspek ekonomi politik, sememangnya kerajaan mengamalkan dasar campur tangan dengan melaksanakan DEB dengan harapan dapat memenuhi pencapaian ekonomi mampan antara bumiputera dengan bukan bumiputera seterusnya merapatkan jurang dan memenuhi hasrat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Justeru, terdapat pelbagai langkah untuk melahirkan MPPB dengan harapan dapat menambah penyertaan etnik Melayu dalam bidang perniagaan dan perindustrian. Di samping itu, matlamat DEB adalah ke arah mencapai perpaduan nasional melalui penglibatan aktif kerajaan dalam ekonomi untuk mengurangkan ketakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara etnik. Pendekatan yang digunakan adalah dengan memberi keutamaan kepada etnik Melayu dan juga bumiputera lain yang ketinggalan dalam arus perdana pembangunan ekonomi. Oleh itu, DEB dianggap sinonim dengan perpaduan nasional dalam membetulkan ketakseimbangan ekonomi antara etnik (Mauzy 1997). Melalui DEB kerajaan mengandaikan sekiranya jurang ketidakseimbangan ekonomi antara etnik dapat dikurangkan, maka ketegangan dan konflik antara etnik akan dapat dielakkan, dan seterusnya pendekatan ini akan membantu mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia. Terdapat dua objektif khusus DEB. Pertama, untuk mengurangkan kemiskinan melalui peningkatan pendapatan dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tanpa mengira etnik. Kedua, untuk menyusun semula masyarakat supaya pengenalan kumpulan etnik dengan fungsi ekonomi dapat dihapuskan (Malaysia 1991). langkah mengurangkan kemiskinan terkandung dalam tiga strategi utama (Shireen 1988). Pertama, meningkatkan kualiti hidup golongan miskin dengan menyediakan perkhidmatan sosial kepada mereka seperti perumahan, kesihatan, pendidikan dan utiliti. Kedua, meningkatkan pendapatan dan produktiviti golongan miskin dengan pemberian bantuan modal, teknologi, pemasaran dan latihan untuk meningkatkan kemahiran mereka. Ketiga, membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi membolehkan mobiliti golongan miskin untuk keluar daripada sektor produktiviti rendah kepada sektor produktiviti tinggi. Untuk tujuan ini, pendidikan, latihan dan kemahiran akan disediakan untuk membantu penyertaan golongan miskin dalam sektor ekonomi moden. Berkaitan dengan objektif kedua, iaitu menyusun semula masyarakat, matlamat ini akan dicapai melalui penyusunan semula corak guna tenaga, pemilikan modal saham dalam sektor korporat dan pembentukan MPPB. Pembentukan MPPB dianggap penting kerana kewujudan MPPB akan memastikan penyertaan bumiputera yang berkesan dalam sektor ekonomi moden. DEB menyasarkan penyusunan semula masyarakat kepada tiga peringkat. Pertama, meningkatkan bahagian bumiputera dalam guna tenaga di sektor ekonomi moden. Kedua, meningkatkan bahagian bumiputera dalam pemilikan saham korporat, dan ketiga, meningkatkan bilangan usahawan bumiputera dan penguasaan bumiputera dalam pengurusan korporat

Soalan 4

LO 3 menekan isu globalisasi dan ekonomi. Bincangkan peranan globalisasi dan impaknya kepada keadaan ekonomi multi-etnik di Malaysia. Juga fokus kepada kekuatan kepelbagaian etnik di Malaysia (yang tiada pada negara lain) dalam menyumbang kepada kelestarian ekonomi Malaysia.
Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4). Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India. Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.

Comments

Chat