Soalan 1
Tuliskan refleksi tentang video yang anda tonton tadi. Huraikan video yang anda tonton mengikut kronologi termasuk : • Masa • Tempat • Individu yang terlibatMalaysia telah sampai ke saat penentuan dalam landasan pembangunannya. Wawasan 2020 tidak mungkin dapat dicapai tanpa transformasi ekonomi, sosial dan kerajaan. Untuk mengerakkan negara ke hadapan, kerajaan telah merumuskan satu rangka kerja yang mengandungi empat tonggak bagi mendorong perubahan iaitu 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (PTK), Program Transformasi Ekonomi (PTE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10). Konsep 1Malaysia, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” untuk menyatukan semua rakyat Malaysia bagi menghadapi cabaran yang mendatang dan Program Transformasi Kerajaan (PTK) untuk memantapkan perkhidmatan awam dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas, NKRA). Program Transformasi Ekonomi (PTE) merupakan tonggak utama yang akan melonjakkan Malaysia ke arah status negara maju sejajar dengan matlamat Wawasan 2020. Sementara itu, Rancangan Malaysia ke-10 pula akan menggembelengkan usaha untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi.
Soalan 2
Nyatakan perasaan positif dan negatif anda: • Gembira, ceria serta memperoleh sesuatu bermanfaat daripada video. • Kecewa, sedih dan menerima pengaruh buruk daripada video.Rancangan Malaysia Kesepuluh mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan. Pakej transformasi sosioekonomi RMKe-10 yang mengandungi 6 hala tuju strategik dirangka berteraskan Misi Nasional. Hala tuju strategik ini akan memastikan negara kembali kepada trajektori Wawasan 2020 dan menyediakan landasan yang kukuh lagi mampan bagi kesinambungan rancangan pembangunan seterusnya. Hala tuju strategik RMKe-10 adalah seperti berikut: i. Mempergiatkan sektor swasta yang berdaya saing sebagai peneraju pertumbuhan; ii. Meningkatkan produktiviti dan inovasi melalui peralihan pantas kepada ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi); iii. Menyediakan modal insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran abad ke-21; iv. Mengaplikasi pendekatan inklusif bagi menangani jurang pembangunan; v. Mempertingkatkan kualiti hidup setaraf dengan negara maju; dan vi. Meningkatkan peranan kerajaan sebagai pemudah cara yang efektif dan berintegriti. Perancangan dan pelaksanaan RMKe-10 akan diasaskan kepada pendekatan berasaskan Outcome sebagai kesinambungan usaha untuk merealisasikan Wawasan 2020 bersandarkan teras utama Misi Nasional dan konsep 1Malaysia.
Soalan 3
Apakah yang dapat anda pelajari daripada video tadi?Bagi mencapai objektif Dasar Agro Makanan, beberapa strategi dirangka seperti berikut: i. Meningkatkan pengeluaran dan produktiviti Pengeluaran dan produktiviti akan dipertingkatkan melalui peningkatan produktiviti tanah secara optimum dengan menggunakan teknologi yang bersesuaian, mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan pengurusan pengeluaran hasil secara pengurusan berpusat. Kawasan pengeluaran yang telah dikenalpasti akan dizonkan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan disamping menggalakkan sistem integrasi tanaman dengan tanaman ladang seperti kelapa sawit dan getah. ii. Meningkatkan Amalan Pertanian Baik Untuk meningkatkan kualiti hasil pertanian, Jabatan Pertanian akan terus melaksanakan beberapa Amalan Pertanian Baik seperti Skim Organik Malaysia dan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia. Antara kaedah yang digunakan adalah penggunaan mikroorganisma berfaedah, pengurusan perosak bersepadu dan kitar semula bahan-bahan buangan pertanian seperti jerami untuk dijadikan kompos. iii. Pengukuhan rantaian agro makanan Sistem rantaian bekalan makanan akan diperkukuhkan dengan penglibatan Kerajaan, pihak swasta serta pengusaha melalui pembangunan kluster bagi menghubungkan pengeluaran dan permintaan pemasaran, meningkatkan aktiviti tambah nilai serta penggredan dan pemasaran. Bagi melancarkan pelaksanaan sistem rantaian bekalan, sistem penjejakan agro makanan dari ladang ke pengguna (traceability) telah diwujudkan bagi memastikan aspek HALAL. iv. Meningkatkan produktiviti dan pengeluaran industri asas tani Produktiviti dan pengeluaran Industri Asas Tani akan dipertingkatkan melalui pengamalan amalan pengilangan baik seperti GMP dan HACCP, akreditasi halal, meningkatkan mutu pembungkusan, pelabelan, promosi, pemasaran dan penjenamaan serta memenuhi citarasa pengguna. Industri Asas Tani juga akan dibangunkan secara kluster seperti program satu daerah satu industri. v. Pembangunan sumber manusia Untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran pegawai, belia, usahawan dan pengusaha, Jabatan Pertanian telah merangka untuk melaksanakan beberapa projek iaitu Pembangunan Modal Insan (memberi latihan, kursus dan seminar kepada pegawai), Latihan Sijil Pertanian, Pusat Pengembangan Teknologi Pertanian dan Bimbingan Usahawan.