| No. | Tajuk | Bidang | Laporan/Catatan ringkas |
|---|---|---|---|
| 1 | Perubatan tradisional | Kesihatan | terdapat berbagai sistem perubatan yang terdapat di Malaysia seperti perubatan Acupuncture, Ayurveda, perubatan herba, perubatan Islam dan sebagainya, Setiap sistem perubatan berkenaan mempunyai ciri tertentu tetapi wujudnya persamaan dari segi konsep dan cara perubatan. |
| 2 | Sukan tradisional mengikut kaum | Sukan dan rekreasi |
Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Permainan tradisional bagi kaum Melayu antaranya ialah sepak raga, congkak, dan batu seremban. Bagi masyarakat Cina pula, permainan tradisional mereka ialah mahjong, xiang qi dan yoyo cina. Permainan tradisional daripada kaum India ialah kabadi, kho-kho dan chaturanga. |
| 3 | Amalan pantang larang selepas bersalin | Adat resam |
Setiap kaum mempercayai bahawa amalan berpantang yang betul boleh membantu untuk mencegah masalah kesihatan apabila meningkat tua. Bagi orang melayu, ibu-ibu yang baru bersalin mengikuti 44 hari tempoh berpantang dengan menggunakan herba-herba, rempah dan minyak untuk membolehkan mereka sembuh dan segar sepenuhnya. Bagi orang cina, ibu-ibu yang baru melahirkan anak tidak dibenarkan untuk mandi dan mencuci rambut semasa tempoh berpantang 30 hingga 40 hari. Kepercayaan orang cina air adalah sejuk dan boleh menyebabkan angin masuk ke dalam badan dan akan menyebabkan sakit badan, otot dan sendi yang teruk apabila umur meningkat. Bagi orang India, tempoh berpantang mereka adalah antara 30 hingga 40 hari. Diet berpantang orang India kebanyakannya bertujuan meningkatkan pengeluaran susu ibu. |
| 4 | Upacara kelahiran, perkahwinan dan kematian | Agama; Budaya; adat resam & kepercayaan |
Masyarakat Melayu: Semasa mengandung masyarakat Melayu mengamalkan adat melenggang perut bertujuan menjauhi kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil dan membetulkan kedudukan bayi. Selepas kelahiran, adat mencukur jambul dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Adat perkahwinan bagi orang melayu pula perlu melalui peringkat penting seperti merisik, meminang, bertunang, akad nikah, berinai dan majlis perkahwinan. Adat kematian dalam masyarakat melayu yang rata-ratanya Islam, kewajiban menguruskan mayat saudara sesama Islam adalah fardhu kifayah. Masyarakat Cina: Semasa mengandung, ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Antara pantang larang semasa mengandung ialah tidak mengeluarkan kata kesat dan dilarang memukul binatang, tidak boleh kerap gosok perut, dan sebagainya. Anak dilahirkan akan diberi nama. Nama orang cina terdiri daripada 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua mewakili nama generasi dalam kalangan adik beradik. Nama ketiga merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Adat perkahwinan orang cina terdiri daripada merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan. Adat kematian orang cina adalah mayat akan dibersihkan sebagai tanda penghormatan terakhir. Pakaian si mati adalah pakaian semasa hari perkahwinan si mati. Keluarga dan saudara-mara dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati. Masyarakat India: Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Selesai upacara valaikaappu dijalankan, wanita hamil tersebut akan tinggal di rumah ibu bapanya selama sebulan selepas bersalin. Perkahwinan dalam masyarakat India dikenali sebagai Thirumanan. upacara dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin bahagia hingga hari tua. Adat kematian pula ialah kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dinyalakan. untuk menunjukkan kesedihan, gambar tergantung diterbalikkan dan barang perhiasan dikeluarkan dari ruang tamu. Lagu-lagu suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan seumpamanya dinyanyikan sehingga ke tanah perkuburan. |
| 5 | Makanan/Minuman tradisional | Makanan; Budaya | Makanan tradisional kaum Melayu antaranya Nasi Lemak, Lemang, Tapai, Belacan, Rendang, Putu Piring dan sebagainya. Makanan tradisional bagi kaum cina pula ialah Bak Kut Teh, Lok-Lok, Char Kueh Teow, Kuih Bakul, Jiaozi dan lain-lain. Makanan tradisi India seperti Roti Canai, Maruku, Putu Mayam, Nei Urundai dan macam-macam lagi. |
| 6 | Perjuangan kemerdekaan | Politik |
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Untuk menentang penubuhan Kesatuan Malaya dan menyatupadukan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Malayan Indian Congress (MIC) Untuk menjaga kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum di Tanah Melayu. Menjadi saluran utama bekerjasama dengan kaum lain untuk memperjuangkan kemajuan politik. Malayan Chinese Association (MCA) Melindungi hak dan kepentingan ekonomi, politik dan sosial kaum Cina di Tanah Melayu, melindungi masyarakat Cina daripada ancaman pengganas komunis, membuktikan kepada kerjaan Inggeris akan kesetiaan kaum Cina terhadap Tanah Melayu dan bekerjasama dengan kaum yang lain di Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan. |
| 7 | Pemodenan dan pembangunan negara | Politik; Sosio-Ekonomi | Setiap kaum memainkan peranan yang penting dalam bidang masing-masing. Dalam bidang politik, ahli parlimen cuba sedaya upaya untuk memodenkan dan membentuk negara dengan lebih sistematik. Meskipun keadaan ekonomi Malaysia masih belum stabil tetapi setiap masyarakat Malaysia memainkan peranan dalam memajukan ekonomi Malaysia dan menjadikan ianya lebih stabil. |