AHLI PARLIMEN P.183 BELURAN: DATUK RONALD KIANDEE.

Datuk Ronald Kiandee merupakan Ahli Parlimen P.183 Beluran dan beliau juga turut menjawat jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. Beliau merupakan ahli parti Barisan Nasional-UMNO.
Datuk Ronald Kiandee berasal dari Labuk Sugut, bapanya berasal dari Kg. Sungai-Sungai di kawasan Sugut manakala ibunya berasal dari Kg. Klagan di kawasan Labuk. Keluarganya menjadikan Pekan Beluran sebagai kampung halaman mereka ketika ayahnya Encik Yeo Kian Dee telah bekerja sebagai Kerani Daerah di zaman penjajah sehingga beliau bersara dalam tahun 90-an awal. Encik Kiandee, bapa kepada dua orang anaknya, telah menjadikan Kota Kinabalu dan bandar-bandar Beluran menjadi tempat kediaman mereka. Beliau dilahirkan pada bulan Januari tahun 1962 di Beluran.
Antara program yang diusahakan oleh beliau dan ahli Pejabat Daerah Beluran dan Pejabat Daerah kecil Paitan adalah Pesta Tagunggu pada tahun 2013. Pesta Tagunggu pernah diadakan pada 2006 namun ianya hanya oleh golongan tua-tua. Oleh itu, beliau beserta anggota-anggota kerajaan berusaha untuk membawa golongan kanak-kanak dan golongan belia untuk bersama-sama menyertai Pesta Tagunggu. Sambutan ini bukan sahaja memperkenalkan budaya Orang Sungai, namun mengeratkan silaturahim antara agama dan kaum yang berbeza.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/11/27/pesta-tagunggu-menonjolkan-adat-dan-budaya-suku-kaum-sungai/
Selain itu pada tahun 2012, beliau juga telah mencadangkan Program Kembara Merdeka: Janji Ditepati. Program ini adalah Anjuran Jabatan Perpaduan Negera dan Intregrasi Nasional Negeri Sabah dengan Kerjasama Pejabat Daerah Beluran. Dalam program ini, seluruh rakyat Malaysia yang berada di Beluran akan mengibarkan jalur gemilang bersama-sama dengan ahli-ahli Barisan Nasional Beluran, anggota-anggota kerajaan Beluran dalam Program ini juga melibatkan semua Pengerusi Rukun Tetangga yang mewakili setiap kawasan perkampungan/tempat yang ada di Beluran. Selain itu, gerakan kembara telah pergi dari perkampungan ke perkampungan untuk bersama mengibarkan jalur gemilang . Melalui program, ia akan melahirkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di Beluran, menyatupadukan rakyat yang pelbagai agama, bangsa, dan budaya.
http://ww2.sabah.gov.my/pd.blrn/Geleri%20Kembara%20Merdeka.html