Soalan 1
Tuliskan refleksi tentang video yang anda tonton tadi. Huraikan video yang anda tonton mengikut kronologi termasuk : • Masa • Tempat • Individu yang terlibatEkonomi negara Malaysia telah berkembang dengan pesatnya semenjak negara mencapai kemerdekaan. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) benar Malaysia telah berkembang secara purata 6.5% dalam tempoh 1957 hingga 2005. Pertumbuhan ekonomi yang mapan ini disumbangkan oleh perubahan struktur ekonomi negara daripada sektor pertanian tradisional kepada sektor ekonomi moden iaitu perindustrian, perkhidmatan dan yang terkini ekonomi berasaskan pengetahuan (K-Ekonomi).
Soalan 2
Nyatakan perasaan positif dan negatif anda: • Gembira, ceria serta memperoleh sesuatu bermanfaat daripada video. • Kecewa, sedih dan menerima pengaruh buruk daripada video.Perbezaan atau jurang ekonomi ini telah memberi impak yang negatif di mana berlakunya ketidakpuasan hati antara kaum yang terbabit. Jurang ekonomi dilihat agak ketara kerana kaum melayu lebih tertumpu dalam sektor pertanian dan perikanan, kaum india lebih tertumpu dalam sektor menoreh getah dan menjual kain, kaum cina menguasai sektor perniagaan dan perlombongan bijih timah manakala kaum peribumi tertumpu dalam sektor mencari hasil hutan dan anyaman.
Soalan 3
Apakah yang dapat anda pelajari daripada video tadi?Integrasi ekonomi antara kaum khususnya masyarakat bumiputera Melayu dan masyarakat Cina dapat dipupuk menerusi perkongsian kemakmuran yang dijana oleh pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Perkongsian ekonomi yang dicetuskan melalui pembukaan pasaran dapat mengikat keserasian dan tolak ansur ekonomi yang akhirnya membawa kepada usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga dapat mengendurkan jurang di antara golongan kaya dan miskin.