Soalan 1
Hubungan antara agama dan etnik di Malaysia.Agama Islam dan agama-agama lain diMalaysiaPendekatan Islam HadhariAsas-asas hubungan etnik dalam konteksagamaAplikasi hubungan etnik dalam kehidupanmasyarakat MalaysiaKepentingan hidup maju melalui perhubungandan kerjasama pelbagai etnikHubungan etnik dari perspektif Islam Hadhari:Pengalaman Malaysia 3. PENGENALAN• Prinsip Rukun Negara yang pertama‘Kepercayaan kepada Tuhan’• Agama merupakan penanda jati diri rakyatMalaysia.• Ini menegaskan agama merupakan perkara utamadalam kehidupan bermasyarakat rakyat Malaysiatanpa mengira latar belakang agama. 4. • Isu agama perlu ditangani denganpenuh hikmah agar ia bukan menjadisatu isu yang akan meruntuhkankeamanan dan kedamaian dinikmati.• Memandang isu agama inimerupakan isu yang ‘membara’ jikatidak ditetapkan sempadan yangjelas, Perlembagaan Malaysia telahmenetapkan mengenai perihalmengamalkan agama masing-masing 5. Perkara 3 Ceraian (1)“ Agama Islam merupakan Agama Persekutuan namunagama lain boleh diamalkan dengan aman dandamai di negara ini”.• Namun, agama lain berhak menubuhkan danmenyelenggara badan-badan keagamaannya untukmenyebarkan agamanya kepada ahli-ahlimasyarakatnya dengan syarat:[tidak disebarkan dalam kalangan orang Islam atauberlawanan dengan undang-undang am mengenaiketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlakahli-ahli masyarakat] 6. • Inilah sebabnya, kita dapati pertubuhanagama selain Islam berkembang subur diMalaysia.• Oleh itu, masyarakat yang menyanjung tinggidan agama ialah masyarakat yang mempunyainilai etika dan moral yang tinggi dan luhur. 7. AGAMA ISLAM & AGAMA-AGAMALAIN DI MSIAISLAM BUDDHAHINDU KRISTIAN 8. NILAI-NILAI UNIVERSAL• Nilai-nilai murni yang bersifat universalbermanfaat kepada masyarakat tanpa mengiralatar belakang agama.• Nilai-nilai inilah yang merupakan tali yangmenghubungkan rakyat Malaysia yangberbilang kaum agar dapat hidup dalamsuasana yang aman dan damai. 9. • Agama Islam sendiri menekankan keamanan danbaik dengan diri sendiri, umat sendiri mahupunseluruh umat manusia.• Agama Islam juga menerima pluralisme umatmanusia dengan positif dalam ayat yangbermaksud:“Wahai Manusia! Sesungguhnya kami telahmenciptakan kamu dari lelaki dan perempuandan kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsadan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan( beramah mesra)” 10. • Nabi Isa misalnya menekankan konsepcintakan keamanan dan setia kawan.“ Love thy neighbor as thyself”• Gautama Buddha juga mengutarakan temayang sama dengan menekankan belas kasihankepada semua makhluk dan kehidupan didunia, iaitu dalam Kitab Veda“ Semoga semua makhluk di dunia hidupbergembira dan bebas” 11. AGAMA ISLAM• Islam sudah lama bertapak di Alam Melayudan semenjak itu agama Islam menjadiagama anutan majoriti penduduk di AlamMelayu dan Malaysia kini.• Oleh itu, pada tahun 1957, PerlembagaanMalaysia meletakkan agama Islam merupakanagama rasmi di Malaysia. 12. Islam diturunkan olehAllah kepada NabiMuhammad.Ajaran dan arahan daripadaAllah adalah berbentukkontektual dan praktikalmengenai Islam.Kesemua ajaran inidikumpulkan dandibukukan dankemudiaannya dikenalisebagai Al-Quran.Isi kandungan Al-Quranadalah seratus peratusdaripada Allah dan tiadasatu pun ditokok tambaholeh Nabi Muhammad.Oleh itu, tiada istilah‘Muhammadnisme’atau ‘Muhammadan’ .Setiapperkataan, perlakuan,dan amalan NabiMuhamamad dipanggilHadis. 13. Rukun Islam1. Mengucap dua kalimah syahadat2. Sembahyang lima waktu3. Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan4. Menunaikan haji (bagi yang mampu)5. Menunaikan zakat 14. Rukun Iman• 1. Beriman dengan Allah s.w.t2. Beriman dengan para malaikat.3. Beriman dengan kitab-kitab suci.4. Beriman dengan para Rasul.5. Beriman dengan Hari Akhirat.6. Beriman dengan Qada dan Qadar 15. Sumber Agama IslamAl-QuranAl-HadisKesepakatanUlamaAl-qias 16. AGAMA BUDDHA• Sanskrit: Buddha ialah ‘yang bebas dari kejahilan’• Pengasas: Siddharta Gautama Buddha.• Ajaran agama Buddha menekankan EmpatKebenaran Mulia mengenai alam.1. Penderitaan2. Penyebab kepada penderitaan3. Penamatan Nafsu4. Jalan Mulia Berlapis Lapan(niat, pertuturan, tindakan, puncapencarian, usaha, tumpuan dan pertimbanganyang betuL) 17. AGAMA HINDU• Agama Hindu dikenali: SanathanaDharmayang bermaksud ‘agama abadi’.• Agama Hindu awal yang dirujuk sebagaibudaya Vedik dipercayai telah diamalkansejak tahun3500 Sebelum Masihi.• Ajaran Hindu dirujuk kepada kitab Vedayangempat iaitu, Rig, Sama, Yajur and Atharva. 18. • Tiga dewa utama: Brahma, Vishnu dan Siva.• Konsep utama:Dharma, Samsara, Karma, Mokhsa.• Matlamat utama penganut Hindu adalahuntuk mencapai “Moksha” ( kebebasandaripada putaran kelahiran dan kematian) 19. AGAMA KRISTIAN• Agama Kristian hadir ke Alam Melayu dengankedatangan Barat ke rantau ini.• Pengasas agama Kristian dikatakan Jesus Christ.• Kitab suci: Bible (old testament dan new testament).• Empat prinsip utama:• Terdapat satu tuhan yang mencipta seluruh alam.• Berpegang kepada konsep triniti.• Ajaran Jesus hendaklah diikuti.• Setiap orang akan diadili oleh Tuhanb berasaskantingkah lakunya di dunia. 20. SEKIAN,TERIMA KASIH
Soalan 2
Hubungan antara faktor politik dan agama di Malaysia.Agama dan politik adalah dua perkara penting dalam kehidupan manusia. Namun, agama dan politik juga sering mengundang perdebatan dan polemik. Justeru, ada dalam kalangan kita mahu mengelak daripada berbicara mengenai agama dan politik kerana ia boleh membawa perbalahan dan perbezaan pandangan yang akhirnya menjurus kepada konflik. Bagaimanapun, kita tidak dapat mengelak daripada menyentuh soal agama dan politik dalam kehidupan. Agama dan politik umpama darah daging yang meresapi tubuh badan manusia. Majoriti manusia mempunyai pegangan agama dan pendirian politik masing-masing. Mungkin hanya segelintir yang tidak memilih mana-mana agama dan menolak politik secara mentah-mentah. Pada era globalisasi dan dunia tanpa sempadan, identiti semakin kabur. Manusia adalah warga dunia yang sering terdedah dengan interaksi dan pengalaman global. Banyak pihak percaya globalisasi mengikis identiti agama kerana nilai umum dan sejagat semakin diterima. Globalisasi perkukuh identiti agama Namun, dari satu sudut lain, globalisasi juga memperkukuhkan identiti agama dalam kehidupan manusia khususnya Islam. Buktinya, apabila identiti agama semakin dikaburkan dengan nilai umum dan sejagat seperti demokrasi dan hak asasi manusia, manusia mencari semula dan menonjolkan agama sebagai ciri dan identiti mereka. Dalam erti kata lain, agama menjadi semakin penting oleh penganutnya sebagai satu cara dan kaedah membezakan dengan penganut yang lain. Apatah lagi, nilai umum dan sejagat yang dijaja atas nama demokrasi dan hak asasi manusia mengancam identiti dan jati diri asal mereka. Usaha memperjuang dan memperkukuh kedudukan agama sering menjadi faktor yang boleh mencetuskan polemik, lebih-lebih lagi ia mencabar kepercayaan agama lain yang secara kebetulan membawa faham dan pemikiran berbeza dan cenderung kepada perjuangan liberal. Malaysia adalah contoh terbaik bagaimana sensitiviti agama semakin kuat dalam konteks globalisasi. Menariknya, geseran antara agama ini berlaku bukan disebabkan perkara pokok, tetapi hal cabang. Mutakhir ini kita dikejutkan dengan bantahan masyarakat Islam di Taman Medan di Petaling Jaya yang menuntut agar tanda salib besar di premis itu diturunkan. Bantahan itu dibuat atas alasan tanda salib itu boleh mencabar akidah dan kepercayaan majoriti penduduk kawasan itu yang beragama Islam. Peristiwa ini jelas menggambarkan bagaimana rapuhnya hubungan antara agama di Malaysia jika ia tidak ditangani dengan bijaksana. Soal kecil dan boleh diselesaikan dengan kefahaman ilmu berpotensi menjadi barah dalam masyarakat jika usaha menangani perbezaan agama tidak giat dilaksanakan. Selain agama, politik juga sering menjadi bahan pengukuh yang membezakan manusia. Malangnya, politik lebih dinilai dari kaca mata parti politik dari melihatnya secara lebih terbuka. Polarisasi politik ini menjadi semakin serius apabila semua perkara dipolitikkan secara sempit sehingga mahu bercakap soal Islam dan Melayu pun dikaitkan dengan parti politik. Malah, kegiatan politik di negara ini tidak lagi berlandaskan ilmu politik, sebaliknya emosi dan amarah yang memperkukuhkan perbezaan fahaman politik dalam masyarakat. Terlalu banyak slogan cuba dicadangkan pemimpin politik seperti politik budiman dan sebagainya, namun politik tetap dinilai dari kaca mata parti politik yang sempit. Memelihara peranan agama dan politik amat penting dalam memastikan kehidupan manusia yang harmoni. Justeru, Islam memperakukan agama dan politik tidak boleh dipisahkan. Konsep din wa daulah atau agama dan politik ini disokong oleh beberapa ulama dan pemikir Islam, antaranya Imam Al-Ghazali yang menyifatkan hubungan antara agama dan politik umpama dua sisi dalam satu syiling. Urus kepelbagaian Selain Islam, kepercayaan lain pastinya turut mempunyai pendirian sama, iaitu mahu memastikan kehidupan manusia perlu dilandaskan dengan kebaikan agama dan kejelasan tadbir urus kehidupan. Wacana dan perbincangan secara ilmiah perlu dipergiatkan dalam menyokong usaha mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Bagi merancakkan kefahaman masyarakat Malaysia yang berbilang kaum mengenai perbezaan agama dan politik ini, seminar 'Government and Civilization 2 (SOGOC 2)' anjuran Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan diadakan pada 10 dan 11 Ogos 2015 ini. Ia diharapkan memberi ruang untuk pelbagai pihak mencari jalan bagaimana menguruskan kepelbagaian ini dengan lebih efektif. Kesefahaman melalui program ini dijangka dapat mengurangkan bibit prasangka dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Diharapkan idea baharu yang diketengahkan dalam seminar ini nanti akan dapat diambil perhatian oleh pihak berwajib dan berkepentingan sebagai dasar awam dan dasar memelihara keharmonian negara.