NORADILAH BT SHAHNOLHADI's 7.A3 : Perbincangan 3 - OpenLearning

Soalan 1

Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.
Isu Murtad Di Malaysia - Oleh: Mohd Faizal Bin Mat Zain Allah menjelaskan bahawa antara sebab yang menjadikan seseorang itu menjadi murtad adalah akibat dari kelemahannya untuk bertindak balas ke atas serangan musuh-musuh Islam yang melancarkan serangan dari pelbagai sudut dan bentuk yang tidak mampu ditangkis oleh umat Islam kerana lemah daya pemikiran lantaran jahil terhadap agamanya sendiri. Firman Allah SWT berhubung dengan gejala riddah (murtad) berdasarkan ayat 217 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (Islam), lalu dia mati sedang ia dalam keadaan kafir (ingkar) penguatkuasaan undang-undang yang terlalu lemah mengakibatkan gejala murtad menjadi buruk tanpa dapat dibendung. Al-Ismaili mengeluarkan hadith dari riwayat Al-Au’zaie daripada Umair Ibn Hani daripada Ali ra bahawa beliau mendengar nabi salallahualaihiwasalam bersabda : “ Akan berlaku selepas peninggalanku kemunculan banyak fitnah apabila orang yang beriman tidak mampu lagi mengubah kejahatan dengan tangan dan lisannya” lalu aku bertanya kepada baginda : Wahai rasulullah bagaimana keadaan tersebut berlaku ? lalu dijawab ; “ Mereka menentang dengan hatinya DEFINISI RIDDAH Murtad ialah satu istilah yang diberikan oleh Islam kepada perbuatan seorang muslim yang melakukan sesuatu perkara yang boleh mengeluarkan dia daripada syariat Islam baik berupa perbuatan ataupun kepercayaan serta keyakinan yang mencukupi syarat untuk mengeluarkan dia daripada agama Islam. Riddah: Menurut bahasa: Kembali dari sesuatu kepada sesuatu. Menurut syara'/istilah: Kembali dari agama Islam kepada agama kafir, samada dengan niat atau perbuatan atau perkataan. Dan orang yang melakukan perbuatan riddah itu dinamakan murtad. Perbuatan ini adalah sekeji-keji kufur kerana orang yang murtad berlainan hukumnya daripada orang-orang kafir lainnya pada beberapa perkara tertentu. Dan orang yang murtad, ia juga diertikan sebagai orang telah melakukan jenayah yang menghina Islam, itu adalah contoh yang buruk bagi orang lain yang mungkin terpengaruh dengan da'yahnya, hal ini tentunya akan menimbulkan fitnah kepada Islam. SEBAB BERLAKU RIDDAH DI KALANGAN UMAT ISLAM Sebab-sebab berlaku riddah di kalangan orang Islam Seseorang atau sesuatu kumpulan boleh menjadi murtad dengan melalui salah satu dari beberapa sebab berikut ini, antaranya ialah Mempersekutukan Allah sama ada melalui I'tikad, ucapan ataupun perbuatan seperti sujud kepada berhala atau berjalan ke gereja dengan gaya serupa macam orang Nasrani. Disamping itu juga kerana mengingkari agama Islam atau satu rukun daripadanya, atau mengingkari satu hukum Islam yang dapat diketahui secara jelas dan sahih. Antaranya juga ialah Orang yang meng'itikadkan bahawa tidak wajib berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah. Malahan itu juga Orang yang meninggalkan solat kerana mengingkari kewajibannya, dan demikian pula jika ia mengingkari kewajiban solat walaupun tidak meninggalkannya dan Orang yang meninggalkan solat kerana kesombongan atau kedengkian. Orang yang meninggalkan solat kerana meremehkan dan memandang hina terhadap solat juga adalah sebab berlaku riddah, Orang yang meninggalkan solat, dan berterusan meninggalkannya hingga dibunuh dan Orang yang meninggalkan solat kerana berpaling daripadanya, ia tidak mengakui kewajiban solat dan tidak pula mengingkarinya. Antara sebab berlaku riddah paling ketara ialah mencela agama Islam, menghina al-Quran serta hukum-hukumnya dan sunnah nabi muhammad SAW, Mendakwa bahawa wahyu turun kepadanya, Menghalalkan apa yang diharamkan Allah atau sebaliknya, Mencampak al-Quran atau kitab hadith Nabi dengan niat penghinaan, Sujud kepada makhluk seperti berhala, matahari, bulan dan sebagainyadanTidak mengamalkan hukum-hukum Islam juga selain itu juga bernmahupun wanita dan perbuatan demikian dilakukan dengan inisiatif sendiri maka perbuatan itu menjadikannya murtad. Syarat sah seseorang itu boleh jadi murtad, seseorang muslim itu boleh menjadi murtad dengan melakukan perkara-perkara kufur dengan beberapa syarat. SYARAT SAH SESEORANG ITU BOLEH JADI MURTAD –SYARAT PRRTAMA BERAKAL: hadith ini juga memiliki riwayat yang lain daripada Ibn Mas’ud). Oleh itu orang gila dan kanak-kanak tidak boleh jadi murtad dengan melakukan perkara-perkara berkenaan. Kerana berakal juga adalah syarat layak untuk berakidah. Namun sekumpulan ulamak seperti Abu Hanifah, Muhammad, Malikiah dan Hanabilah mengatakan bahawa sah berlaku murtad ke atas seorang kanak-kanak. Mereka berpendapat baligh bukan menjadi syarat untuk berlakunya murtad. Para ulama menetapkan bahawa hukum murtad pada seseorang itu berlaku apabila dia terbukti memenuhi syarat-syaratnya iaitu yang pertama ialah hendaklah seseorang itu telah pun baligh dan berakal ini berdasarkan hadith rasulullah salallahualaihiwasallam yang baginda bersabda. Syarat Kedua Dengan ikhtiar dan kerelaan – Berlaku murtad itu dalam keadaan tidak dipaksa sebaliknya murtad dengan pilihan sendiri adapun sekiranya seseorang itu dipaksa untuk murtad maka tidaklah jatuh murtad ini berdasarkan firman Allah swt : “Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah beriman kecuali orang yang dipaksa sedang hatinya tetap beriman tetapi barangsiapa yang terang dadanya (hatinya) kepada kekufuran maka bagi mereka kemurkaan Allah dan disediakan kepada mereka azab yang besar” (Surah An-Nahl ayat : 106). Maksud ayat مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا ialah mempunyai kehendak untuk murtad dari Islam dalam erti kata lain ialah mempunyai niat yang terang dan jelas kepada kekufuran dan melakukannya dengan pilihan sendiri tanpa ada paksaan atau gangguan akal atau kegilaan sebaliknya dengan penuh kesedaran dan keterangan. Akhirnya hendaklah seseorang itu mengetahui hal dan hukum murtad serta perkara yang membuatkan dirinya menjadi murtad sehingga apabila terkumpul syarat-syarat ini pada dirinya maka tiadalah lagi perselisihan ulama bahawa telah pun menjadi murtad dari Islam. AKIBAT BURUK APABILA MURTAD Peristiwa murtad seorang gadis melayu pada tahun 1950 yang bernama Natrah akibat kelemahan undang-undang Islam kepada undang-undang sivil ciptaan manusia seterusnya berlanjutan di Negara kita sehinggalah pelbagai kes murtad berlaku selepas itu seperti kes murtad Hartina Jamaluddin pada tahun 1988, peristiwa murtad Aisyah Bukhari pada tahun 1997 dan seterusnya pelbagai lagi sehinggalah kepada isu yang hangat baru-baru ini dengan kemunculan kes Azlina Jelani yang telah murtad dan mahu menukarkan nama dan perkataan agama Islam di kad pengenalannya kepada nama dan agama Kristian. Perbuatan seperti ini boleh mengakibatkan seseorang itu terputus hubungan sebagai suami isteri. Hal ini disebabkan perbezaan agama antara suami dan isteri. Selain itu, seseorang itu juga diharam menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam. Ini kerana harta pusaka daripada pewaris hanya berhak dibahagikan kepada mereka yang beragama Islam sahaja. Orang yang murtad juga akan diharamkan untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam. Dan mereka akan menjadi penghuni neraka buat selamanya. Permasalahan murtad ini sebenarnya telah lama berlaku di dalam sejarah Islam dan ianya bermula sejak di zaman rasulullah lagi apabila wujud umat Islam yang munafiq dan beriman kepada baginda disebabkan takut dan masuk Islam hanya untuk kepentingan dunia seterusnya kufur dan lari daripada Islam apabila mereka merasakan wujud peluang untuk berbuat demikian seperti Abdullah ibn Jahsy dan Abdullah ibn Khathai juga seperti kisah yang terdapat di dalam hadith Muadz Ibn Jabal ra yang mengarahkan dibunuh yahudi yang murtad setelah memeluk Islam yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. PERANAN IBUBAPA DALAM MENANGANI ISU MURTAD Perintah untuk mendidik anak telah disyaratkan kepada para bapa dan bagi ibunya pula diminta bertindak memberi pertolongan dan dorongan kepada pemimpin keluarga di dalam hal-hal yang berkaitan dalam cara didikan anak mengikut lunas Islam. Di dalam ayat Al-Quran jelas dinyatakan bahwa bapa dipertanggungjawabkan mengambil peranan sebagai pemimpin dan penentu dalam mendidik anak, sedangkan ibu berperanan dalam mendidik anak mengikut jalur-jalur kebijaksanaan yang telah ditetapkan berlandaskan ajaran Islam. Terdapat 2 objektif yang perlu dititik-beratkan oleh ibu-bapa dalam mendidik anak-anaknya. • Pertama, jangan membangkitkan perasaan marah di dalam hati anak-anak. • Kedua, harus mendidik secara berfikiran positif dan terbuka kepada mereka agar sesuai dengan ajaran, keperluan berhadapan dunia luar dari kelompok keluarga dan nasihat dalam Islam. Pada umumnya, anak-anak mudah menyimpan perasaan marah pada ibu bapa mereka, khususnya terhadap bapanya. Ini terjadi apabila bapa lebih menerapkan sifat kepemimpinan bersifat Ortodoksi pada masa anak-anak itu masih kecil dan menerap sifat kepemimpinan Partisipatori ketika anak-anak meningkat remaja. Akibat kekurangan iman, seorang bapa tidak menerapkan sifat kepemimpinan Ortodoksi hinggalah anak-anaknya telah meningkat remaja atau dewasa. Tindakan seperti ini akhirnya menimbulkan kemarahan pada anak-anak apabila cara tersebut diperbetulkan supaya berubah mengikut aliran yang benar. Selanjutnya, kemarahan akan timbul pada diri anak-anak, apabila seorang bapa tidak menunjuk teladan yang baik kepada anaknya. Bapa yang tegas dan suka mengarahkan anaknya agar rajin belajar, berdoa dan membaca Al-Quran, padahal ia tidak pernah menjadi teladan atau menyelam perasaan tekanan dan hati si anak dalam bidang-bidang ini, sangat menimbulkan kekecewaan dan kemarahan pada si-anak. Bapa yang bertindak tegas dalam mengajar anak-anak pada peringkat awal akan menyebabkan anak-anak tersebut apabila dewasa bertindak di luar batasan. Seseorang bapa adalah mendidik keluhuran pada Islam, Al-Quran dan Allah kepada anak-anaknya. Sesungguhnya, anak-anak adalah kurniaan Allah kepada kedua ibu-bapanya. MENANAM RASA SIFAT CINTA KEPADA ALLAH SWT Setiap keluarga muslim haruslah berusaha menerapkan rasa cinta anak-anak mereka kepada Allah swt dan kepada rasulullah dan bukannya mengajarkan anak-anak mereka merasa takut kepada Allah swt dengan mengugut mereka dengan kemurkaan Allah swt sehingga terhasil satu persepsi negatif terhadap rahmat tuhan dan Islam ini menjadi agama yang mengazab manusia dan bukannya pemberi rahmat dan juga bukan melatih mereka menjadi benci kepada sunnah rasulullah.. " Katakanlah; jika kamu benar-benar cintakan Allah maka ikutlah aku (rasul) maka Allah akan mencintai kamu dan mengampuni dosa kamu dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih " Para ibubapa hendaklah mengalakkan anak-anak mencintai Allah swt dengan mengajarkan anak-anak akan sikap penyayang dan pengasih Allah swt, mengisahkan kepada mereka perkara-perkara yang memberi harapan dan kebaikan serta disamping menjelaskan kepada mereka larangan dan kemurkaan Allah yang mengandungi matlamat untuk kebaikan dan mencapai kebahagiaan. Jangan memberitahu anak-anak bahawa hendaklah bersolat dengan segera sekiranya kamu tidak mahu masuk ke neraka sebaliknya beritahulah anak-anak bahawa hendaklah segera bersolat untuk mendapat rahmat dan pahala kebaikan yang banyak. Biasakan anak-anak dengan ganjaran kebaikan dan rasa tenteram dengan agama sewaktu kecil sehinggalah mereka boleh berfikir sendiri dan pujuklah mereka dalam melakukan amalan kebaikan bukan dengan mengugut mereka sehingga akan nantinya dijadikan modal oleh sdengan mengambarkan kasih srasululah kepada umat sehingga lahir perasaan syukur dan sayang. Hiburkan anak-anak dengan kisah-kisah rasulullah dmenjadikan kisah-kisah rasul sebagai idola dan sebagai sumber motivasi dalam kehidupan dan memandu mereka dalam membuat keputusan. “Allah mengehendaki kemudahan bagi kamu dan sesungguhnya diciptakan manusia itu dalam keadaan yang dhaif (lemah) ” (Surah An-Nisa : 27). Latihlah mereka dengan sunnah rasulullah yang mudah dan menjadi perkara yang diperlukan oleh mereka dan bukannya dengan sunnah yang susah dan tidak diperlukan oleh mereka sebaliknya akan menjadi satu kesusahan kepada mereka. Sabda baginda : “ Sesungguhnya kamu diutuskan untuk memudahkan manusia dan bukan untuk mempersusahkan”. (hadith sahih, Riwayat jamaah kecuali Muslim). Latihlah mereka dengan bersiwak dengan mengunakan berus gigi dengan mengatakan sunnah ialah menjaga kebersihan mulut dan gigi disebalik memberikannya kayu sugi yang akan menyusahkan anak-anak mengunakannya dan membuatkan mereka hilang perasaan ibadah apabila nantinya menggunakan berus gigi dan membuatkan perasaan menunaikan sunnah hilang dari mereka lantaran disempitkan pemikiran mereka sunnah hanya pada kayu sugi. RENUNGAN KELUARGA DALAM MEMBESARKAN ANAK "Didiklah anak menurut jalan yang patut baginya, maka pada masa tuanya pula dia tidak akan menyimpang dari pada jalan itu" Al-Quran mengajar kita supaya mendidik anak- menurut ajaran Islam dan segala bentuk pendidikan yang dapat menerapkan pendidikan dan pengalaman Islam yang patut baginya. Seorang anak yang dididik dengan benar dan berfikiran positif dan terbuka dalam segala bentuk pendidikan mengikut lunas-lunas Islam, akan kekal menjadi umat Islam hinggalah keakhir hayatnya. Anak ini tidak akan menyimpang, ia tidak akan murtad, ia tidak akan meninggalkan agamanya dan ia akan setia dalam agamanya hinggalah keakhirnya. Betapa indah janji Allah ini bahawa akhirnya sudah pasti anak-anaknya tidak akan menyimpang dari jalanNya. Tetapi sering kita lihat dari pengalaman dan bacaan, bagaimana seorang anak yang rajin pergi ke sekolah, penuh didikan mengikut acuan Islam, ketika kecil hingga menjadi remaja tiba-tiba bertukar perwatakan imannya dan akhirnya hilang Islamnya entah mengapa?, atau seorang anak yang alim pada masa mudanya tetapi selepas dewasa berubah pegangan agamanya, hilang tanpa tujuan, misi dan visi yang terus kabur. Mengapa demikian ? Al-Quran menjelaskan penyebabnya, Ini terjadi kerana dididikan agama yang diberikan padanya tidak mencukupi serta iman dalam dada masih lagi bergoncang tanpa pendirian dan ketetapan yang luhur menurut ajaran Islam. Ajaran Islam dan pedoman yang diterapkan dalam keluarga masih tidak mencukup kerana adakalanya sebagai ibu bapa kita merasakan bahawa sebarang tindakan dan pengajaran yang diterapkan dalam diri anak-anak ini telah mencukupi, tetapi sebaliknya kita sering alpa bahawa anak-anak ini jika tidak diberikan pendidikan secara fikiran terbuka dan positif gBagiditerimanya dari keluarganya sendiri kerana ibu-bamenghadapi dunia luar yang penuh mencabar. PERANAN AHLI AGAMA DALAM MENANGANI ISU MURTAD DIKLANGAN UMMAT ISLAM KINI Ahli agama yang wujud sejak dahulu di tanahair kita seringkali mengajarkan aqidah agama Islam ini dalam kaedah yang salah ataupun lebih buruk mereka mengajarkan perkara yang salah sebagai aqidah Islam sehingga menyukarkan proses pemahaman akidah yang sahih oleh masyarakat melayu. “Dan jika kamu hanya mengikut orang ramai di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 116). Manusia mempunyai fitrah yang sangat jelas dalam masalah tuhan iaitu mahukan perlindungan daripada tuhan-Nya dan mempunyai keinginan dan perasaan untuk mengenal tuhannya. Masalah ini jika melibatkan agama lain seperti Kristian, Budha dan Hindu akan mendapat jawapan yang mudah sehingga menyenangkan pengikutnya tetapi apabila menemui umat Islam melayu maka akan menjadi sukar diselesaikan. Bagi Hindu misalnya, apabila ditanya di manakah tuhannya maka mereka akan menjawab bahawa patung-patung dan simbol itu ialah tuhan mereka sehingga keyakinan mereka pada sesuatu benda itu menghidupkan semangat diri mereka. Juga ditanya bagaimanakah mereka akan mendapat perlindungan dari tuhan ? Maka dijawab ialah dengan menyembah para dewa dan tuhan patung mereka itu tanpa berbelah bagi. "Sesungguhnya Tuhan kamu itu Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia istiwaa (bersemayam) di atas 'Arsy". (Al-A'raf :54). PERANAN ILMU IMAN DALAM MEMBENDUNG GEJALA MURTAD YANG BERLAKU DEWASA KINI Gejala murtad berlaku disebabkan kejahilan merupakan satu hujah yang benar dan kenyataan yang perlu diterima sekalipun di dalam kes Aisyah Bukhari dikatakan gadis ini merupakan pelajar lulusan sijil tinggi agama namun hendaklah difahami sejauh manakah kebenarannya kaedah mengukur ilmu seseorang itu ialah dengan sijil dan peperiksaan yang diambilnya ? "Sesungguhnya yang takut pada Allah dari kalangan hamba-Nya ialah para Ulama” (Surah Al-Fathir : 28). Kejahilan yang berlaku kepada umat Islam ialah kejahilan terhadap ajaran Islam yang sahih serta mereka dijahilkan daripada mengetahui cara pengamalan Islam yang sebenar sehingga mereka tidak mengetahui keberkesanan agam Islam sebagai panduan hidup yang dapat membimbing manusia menuju kebahagiaan hidup. “Sesungguhnya hari ini telah aku sempurnakan pada kamu akan agama kamu dan aku sempurnakan nikmat-Ku pada kamu dan aku meredhai Islam sebagai agama kamu. " (Surah Al-Mai'dah : 3). Ilmu iman ialah pengetahuan yang menambahkan keimanan dan mengkaji serta meneliti perkara yang menguatkan keimanan manusia terhadap agama Islam melalui hujah naqli iaitu berdasarkan kitab dan sunnah serta hujah aqli iaitu berdasarkan akal dan kajian manusia melalui kebijaksanaan mereka dalam mencungkil kebenaran agama Islam sehingga dapat membuktikan kebenaran Islam dan menyingkap kebathilan dan kesalahan agama-agama lain yang menyalahi Islam. PANDANGAN ISLAM TERHADAP GOLONGAN MURTAD "Sesiapa yang menukar agamanya (Islam), maka kamu bunuhlah dia". Hadis riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasa~ie. Orang murtad tidak harus dibiarkan dalam keadaan 'riddahnya' melainkan pihak yang berkuasa hendaklah menyuruhnya kembali bertaubat dan memeluk Islam, jika ia enggan, hendaklah dikenakan hukuman bunuh. Hukuman tersebut sekali-kali tidak bertentangan dengan 'dasar kebebasan beragama' atau dasar 'tidak ada paksaan dalam agama' Dalam hal ini, baginda Rasulullah SAW. telah memberi satu garis panduan berhubung dengan golongan murtad berdasarkan sebuah hadis yang tegas daripada baginda yang bermaksud: sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran kerana ia tidak tidak ada kaitan langsung dengan persoalan murtad. Sedangkan maksud 'tidak ada paksaan dalam agama' itu ertinya ialah bahawa orang-orang Islam tidak boleh sama sekali memaksa orang-orang kafir memeluk Islam kerana hakikat iman serta kesudahannya yang baik dan hakikat kufur serta akibatnya yang buruk terserah kepada manusia memilihnya setelah disebarkan dakwah islamiyah kepada mereka. Sabda baginda yang bermaksud: "Tidak halal darah seseorang muslim itu kecuali dengan salah satu dari tiga perkara: Orang yang telah berkahwin melakukan zina, nyawa dibalas dengan nyawa (membunuh dengan sengaja) dan meninggalkan agama yang berpisah dengan jamaah muslimin. " (Riwayat Bukhari & Muslim)

Soalan 2

Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.
Pandangan Pertama: Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan para fuqaha Islam daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah[1]. Maka berdasarkan kes yang berlaku, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya. Hujah pandangan pertama ini adalah hadith Rasulullah yang berbunyi: عَنْ عَائِذِ بْنِ عَمْرٍو الْمُزَنِيِّ عَنِ النَّبِيِّ  قَالَ : (( الإسْلاَمُ يَعْلُوْ وَلاَ يُعْلَى )) . رواه البيهقي والدارقطني والروياني . Daripada A'idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Islam tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya. " Pandangan Kedua: Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam Malik. Hujah yang dipegang oleh al-Imam Malik adalah seseorang anak adalah dinasabkan kepada si ayah dan bukannya dinasabkan kepada si ibu. Maka kerana itulah keislaman si ayah sahaja yang akan menyebabkan si anak turut beragama Islam sebagai mengikut agama si ayah[2]. Maka berdasarkan kes di atas, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah tetap diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya

Soalan 3

Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.
Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini kira-kira 50 penduduk Taman Medan di Petaling Jaya telah mengadakan satu perhimpunan secara aman di hadapan satu bangunan lot kedai, yang mana terletaknya lokasi satu gereja baru di Taman Medan, Petaling Jaya. Perhimpunan tersebut dibuat adalah bertujuan untuk menuntut agar tanda salib yang terpampang di premis itu diturunkan. Atas desakan yang dibuat oleh penduduk Taman Medan, pihak gereja akhirnya akur dan bersetuju untuk menurunkan lambang salib tersebut. Isu ini juga sudah menjadi viral di laman sosial seperti facebook malah banyak respon yang diberikan berhubung dengan perkara ini. Ada yang menyokong malah ada juga yang mengutuk sekeras-kerasnya perkara ini. Antara respon yang diterima adalah seperti personaliti tv Wardina, yang menyuarakan pendapatnya di laman sosial facebook miliknya menyatakan bahawa tanda salib tersebut tidak perlu untuk diturunkan dan menganggap perbuatan tersebut seperti membuli penganut agama Kristian. pa yang menarik perhatian saya tentang isu ini ialah, alasan yang diberikan oleh penduduk Taman Medan mengenai tanda salib tersebut. Berdasarkan artikel The Malaysian Insider, Penduduk mengatakan bahawa, pemandangan atau pandangan pertama mereka apabila membuka tingkap ialah tanda salib yang terpampang di premis tersebut dan mereka berasa cemas melihat tanda salib tersebut. Mereka berasa tidak selesa dan sensitif terhadap tanda tersebut. Mereka juga memberi alasan bahawa tanda salib tersebut mencabar akidah dan kepercayaan penduduk kawasan itu yang majoritinya beragama Islam. Terdapat beberapa persoalan yang timbul dan bermain di fikiran saya mengenai isu ini iaitu: 1. Mengapa tanda salib baru sekarang menjadi isu atau dijadikan isu sedangkan tanda salib telah lama digunakan sejak dari dulu lagi namun tidak pernah menimbulkan sebarang masalah. 2. Adakah rasa hormat dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum sudah semakin terhakis sehinggakan berlakunya isu ini? 3. Adakah dengan hanya terlihat atau melihat tanda /alib tersebut, akidah dan kepercayaan seseorang akan terus goyah atau berubah?

Soalan 4

Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.
Penggunaan Kalimah ALLAH Menurut Islam Kalimah ALLAH adalah satu nama khas bagi merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa, Maha Agung lagi Maha Sempurna. Kalimah ALLAH dalam Islam merujuk kepada zat Tuhan yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan keesaan serta berlepas dari sebarang sifat kekurangan. Dalam Islam, kalimah “ALLAH” bukan sekadar suatu kata nama, tetapi merangkumi konsep ketuhanan yang bersifat dengan kesempurnaan dan keesaan. Maka, apabila kita berkata bahawasanya, Tuhan yang kami sembah adalah Allah, bererti, Allah s.w.t. yang disembah tersebut bersifat dengan sifat-sifat yang telah disebutkan terutamanya aspek kesempurnaan dan keesaan-Nya. Kalau seseorang berkata: “Saya menyembah Allah” tetapi yang dimaksudkan adalah tuhan yang terdiri daripada tiga oknum atau salah satu daripada oknum tuhan trinity, maka ianya suatu yang menyalahi “dasar dan prinsip” Islam sebenar. Allah s.w.t. sendiri sudah menjelaskan bahawa kalimah “Allah” adalah suatu nama bagi merujuk kepada satu-satunya Tuhan yang Maha Benar dengan sifat-sifat yang disebutkan. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: "Dia-lah Allah, yang Maha Esa. (1) Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. (2) Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, (3) Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia." (Surah Al-Ikhlas: 1- 4) Ayat ini merupakan pendirian Islam yang jelas menunjukkan Islam menolak sebarang kepercayaan ketuhanan selain daripada konsep ketuhanan Allah s.w.t.. Konsep ketuhanan yang sebenar yang merujuk kepada Tuhan yang sebenar yang bernama Allah mempunyai sifat-sifat berikut: - MAHA ESA (Al-Ahad) - AS-SHOMAD (Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu) - Tidak beranak dan tidak diperanakkan. - Tidak ada yang serupa denganNya. Daripada penjelasan surah Al-Ikhlas ini menunjukkan secara jelas bahawa, tiada agama lain selain Islam yang boleh menamakan tuhan mereka sebagai “ALLAH” menurut agama Islam, termasuklah agama Kristian, kerana hanya agama Islam yang menjelaskan konsep ketuhanan dengan intipati tauhid yang murni ini. Adakah “Allah” yang ingin dimaksudkan oleh orang-orang Kristian bersifat dengan keseluruhan sifat-sifat yang telah disebutkan dalam surah Al-Ikhlas tersebut? Kalau tidak, maka Islam secara jelas menolak konsep ketuhanan mereka yang mereka rujuk sebagai “Allah” tersebut. Adakah prinsip ajaran Islam yang menolak kepercayaan triniti orang-orang Kristian dalam konsep ketuhanan, dalam masa yang sama tidak menolak penggunaan nama Allah (nama Tuhan yang Maha Benar) kepada tuhan yang mempunyai konsep ketuhanan yang salah? Orang-orang Kristian samada memilih untuk mengesakan Allah s.w.t. dalam penyembahan dan menafikan Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan, maka bolehlah memanggil tuhan tersebut dengan nama Allah ataupun tidak dibenarkan menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada tuhan triniti mereka. Kekhususan Nama Allah s.w.t.. Imam As-Syirbini dalam Tafsir As-Siraj Al-Munir menafsirkan kalimah ALLAH dalam surah Al-Ikhlas tersebut dengan berkata: “ALLAH ialah Tuhan yang bersifat dengan ketuhanan dan keesaanNya.” Imam Al-Khazin pula berkata yang bermaksud: “((ALLAH)) ialah kata nama khusus bagi Allah yang hanya khusus untukNya s.w.t.. Ia (nama) itu bukan terbit dari mana-mana kata terbitan dan tidak ada sesiapa berkongsi nama tersebut denganNya. Inilah pegangan yang sahih dan terpilih. Dalilnya adalah firman Allah: “Apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah)?” iaitu: tidak dikatakan kepada selainNya dengan nama ALLAH...” [Tafsir Al-Khazin pada tafsir Surah Al-Fatihah] Sheikh Muhammad Ali As-Shobuni juga ketika menjelaskan tentang kalimah ALLAH dalam Shofwah At-Tafasir pada surah Al-Fatihah berkata: “((ALLAH)) Suatu nama khusus bagi Zat Maha Agung yang mana tidak ada yang berkongsi nama tersebut denganNya…” [1/18] Sheikh Sa’id Hawa dalam kitab Tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah pada menjelaskan zikir dengan Ism Mufrad berkata yang bermaksud: “(Allah) adalah satu-satunya nama yang merujuk kepada segenap zat, sifat, nama-nama dan perbuatan-perbuatan Allah s.w.t.. Adapun nama-nama yang lain merujuk kepada sifat-sifaNya. Kemudian, nama ALLAH tersebut tidak dinamakan kepada selain ALLAH (Tuhan yang disembah oleh umat Islam).” Kalau kita rujuk kepada tulisan-tulisan para ulama’ Islam, hampir kesemuanya tidak membenarkan lafaz ALLAH digunakan bagi merujuk kepada tuhan-tuhan lain selain Allah atau kepada konsep ketuhanan yang bercanggah dengan tauhid. Ini kerana, ALLAH bermaksud TUHAN yang MAHA ESA dan ia sangat berkaitan dengan konsep keesaan Tuhan itu sendiri. Inilah secara prinsip dalam Islam di mana tidak boleh menamakan kepada tuhan-tuhan selain Allah dengan nama Allah s.w.t.. Secara dasarnya, berdasarkan penerangan para kebanyakan ulama’ sendiri, kata nama “Allah” khusus untuk Allah s.w.t. yang disembah oleh orang-orang Islam dengan konsep ketuhanan yang murni (keesaan dan kesucian). Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Maka (Zat yang demikian) itulah Allah, Tuhan kamu yang sebenarnya; Maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan (dari kebenaran)?” (Surah Yunus: 32) Nama Tuhan, Agama Kristianiti dan Kalimah ALLAH Sememangnya Allah s.w.t. ada menyebutkan kalimah ALLAH bagi menceritakan tentang aqidah agama Kristian namun dalam bentuk penafian terhadap aqidah mereka yang sesat, bukan dalam bentuk mengakui penggunaan kalimah ALLAH bagi merujuk kepada tuhan mereka. Ini kembali kepada penggunaan mereka (orang-orang kafir termasuk ahlul-kitab) yang hidup dalam masyarakat Arab yang juga menggunakan kalimah “Allah” bagi merujuk kepada tuhan yang menciptakan alam ini. Oleh kerana Ahlul-Kitab yang hidup dalam masyarakat Arab yang menggunakan kalimah “Allah” bagi merujuk kepada Tuhan Maha Pencipta, maka mereka juga menggunakan kalimah “Allah” bagi merujuk kepada Tuhan Maha Pencipta. Namun, itu bukanlah tradisi asal orang-orang Kristian sebagaimana dijelaskan oleh orang-orang Krisitan sendiri. Menurut kebanyakan cendikiawan Kristian sendiri, mereka menyebut tuhan mereka sebagai El, Elohim atau Yahwah (Yhwh). Asalnya, nama tuhan dalam bahasa Ibrani atau Hebrew (bahasa asal Old Testement) adalah seperti berikut jika diterjemah ke dalam bahasa Inggeris: YHVH atau YHWH tanpa ada huruf vokal. Maka, sebahagian cendikiawan Kristian yang awal menetapkan sebutannya sebagai Yahweh. Nama lain bagi tuhan sembahan mereka adalah Elohim dalam bahasa Hebrew. Ada juga yang menyebut tuhan mereka sebagai Jehovah. Ada juga menyebut Tuhan sebagai HaShem. Kemudian, bagi orang-orang Kristian, mereka merujuk kepada New Testament yang dikatakan berbahasa Yunani (Greek) lalu menyebut tuhan mereka dalam bahasa Greek iaitu “Ho Theos”. Walaupun ada ahli ilmu cuba mengaitkan kalimah “Allah” dalam bahasa Arab hampir dengan kalimah “Eloah” dalam bahasa Hebrew, yang merujuk kepada Tuhan yang sama, namun dari sudut aqidah orang-orang Islam dengan orang-orang Kristian, maka sudah jelas tuhan mereka (Kristian) berbeza dengan Tuhan yang disembah oleh orang-orang Islam. Ini kerana, orang-orang Kristian tidak menyembah tuhan Nabi Isa dan Nabi Musa a.s. yang sememangnya adalah ALLAH s.w.t., tetapi menyembah tuhan triniti. Pendirian Islam terhadap Konsep Ketuhanan Kristian Orang-orang Kristian menyembah tuhan dalam bentuk triniti, di mana tuhan itu bukan Maha Esa seperti kepercayaan orang-orang Islam dan bukan juga berbilang-bilang sebagaimana kepercayaan orang-orang kafir. Mereka bertuhankan tuhan yang satu dalam tiga dan tiga dalam satu. Bahkan, hampir tiada orang-orang Kristian yang mampu memahami konsep triniti dengan kefahaman yang tepat kerana setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza tentang konsep trinity mereka. Kesimpulannya, orang-orang Kristian percaya bahawasanya tuhan adalah: - TUHAN AYAH (Yahweh) - TUHAN ANAK (Jesus/Nabi Isa) - TUHAN ROH QUDS (Holy Spirit) Ketiga-tiga tersebut bukanlah tiga individu yang berbeza tetapi satu tuhan yang berbeza personalitinya. Ketiga-tiga (oknum) itu bukan tiga tuhan tetapi satu tuhan. Kalimah ALLAH yang cuba digunakan oleh orang-orang Krisitian merujuk kepada yang mana satu? Andaian Pertama: Tuhan Ayah + Tuhan Anak + Tuhan Roh Quds = TUHAN TRINITI = Inilah ALLAH) Andaian Kedua: Tuhan Ayah = Inilah ALLAH + Tuhan Anak + Tuhan Roh Quds = TUHAN TRINITI Allah pada bentuk (andaian) pertama iaitu TUHAN TRINITI (gabungan Tuhan Ayah, Tuhan Anak dan Tuhan Roh Qudus) tertolak dalam Islam. Allah s.w.t. berfirman secara jelas dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Wahai ahli kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga (trinity)", berhentilah (dari ucapan itu). (itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. cukuplah Allah menjadi Pemelihara. (Surah An-Nisa’: 171) Ayat ini secara jelas menunjukkan pendirian agama Islam yang menolak kepercayaan triniti dalam konsep ketuhanan, apa lagi menamakan tuhan triniti ini sebagai ALLAH. Isyarat pertama daripada ayat ini di mana Allah s.w.t. menegaskan:“…janganlah kamu berkata terhadap Allah melainkan yang benar…”. Daripada ayat ini dapat difahami bahawa, Allah s.w.t. tidak membenarkan seseorang berkata tentang “Allah” s.w.t. secara batil, apatah lagi menamakan “Allah” kepada tuhan yang batil sebagaimana difahami oleh orang-orang Kristian. Imam At-Tabari ketika menafsirkan perkataan intahu “berhentilah…” dalam ayat tersebut dengan berkata yang bermaksud: “Bahawasanya berhenti (orang-orang Kristian) daripada yang demikian (berkata Allah itu salah satu daripada triniti atau triniti secara keseluruhan) lebih baik daripada berkata sedemikian, kerana bagi kamu (orang-orang Kristian) dari Allah (terhadap ucapan tersebut), siksa yang akan datang terhadap apa yang telah dikatakan tersebut (iaitu Allah itu tuhan triniti).” [rujuk Tafsir At-Tabari pada ayat tersebut] Imam At-Tabrani pula ketika menafsirkan perkataan firman Allah s.w.t. menjelaskan lagi: “((Jangan kata tiga)) iaitu jangan kamu katakan tuhan-tuhan kami tiga (atau triniti) yang merangkumi: tuhan bapa, tuhan anak dan roh quds. ((Berhentilah)) dari kekufuran dan dari perkataan tersebut (Tuhan itu trinity).” Imam Al-Alusi juga menyebut dalam kitab Ruh Al-Ma’ani pada ayat tersebut pada perkataan Intahu: “Berhentilah daripada mengatakan Triniti…” [Ruh Al-Ma’ani] Jika penggunaan kalimah ALLAH merujuk kepada bentuk (andaian) kedua iaitu: Allah ialah Tuhan Ayah di samping Tuhan Anak dan Tuhan Roh Quds yang mana ketiga-tiganya adalah satu TUHAN TRINITI. Jika kalimah ALLAH yang cuba digunakan oleh orang-orang Kristian bagi merujuk kepada TUHAN AYAH (God The Father) dalam konsep trinity, maka ianya juga turut disebut di dalam Al-Qur’an tetapi sekadar merujuk kepada “penggunaan mereka” terhadap istilah tersebut, bukan kerana Islam meraikan istilah tersebut atau menerima konsep tersebut. Kebanyakan orang-orang Kristian memahaminya begitu, iaitu Allah bagi mereka merujuk kepada Tuhan Bapa atau Tuhan Ayah yang merupakan salah satu daripada tiga oknum tuhan triniti. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang mengatakan: "Bahwasanya Allah salah satu (oknum) daripada yang tiga (oknum triniti)", padahal sekali-kali tidak ada tuhan selain dari Tuhan yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih. (Surah Al-Ma’idah: 73) Ayat ini secara jelas mempunyai ketegasan dalam bentuk membantah orang-orang kafir menjadikan Allah sebagai salah satu daripada tiga oknum tuhan triniti. Ayat yang berbentuk ancaman sebegini jelas menunjukkan ketegasan al-Qur’an bagi menolak konsep ini. Ini suatu peringatan yang jelas dalam Islam agar orang-orang kafir khususnya dari kalangan orang-orang Kristian agar tidak mengatakan bahawa ALLAH adalah salah satu oknum daripada tuhan triniti. Ini secara tidak langsung menunjukkan larangan terhadap menggunakan kalimah ALLAH bagi merujuk kepada salah satu daripada oknum tuhan triniti tersebut. Al-Qur’an secara jelas mengatakan bahawa, mereka yang menamakan Allah sebagai salah satu daripada tiga oknum tuhan triniti adalah suatu kekufuran, adakah Islam meredhai kekufuran dengan membenarkan lafaz Allah digunakan pada salah satu daripada oknum tuhan triniti? Imam Al-Qurtubi menafsirkan seruan Al-Qur’an yang bermaksud: “…Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih…” dengan berkata: “((jika mereka tidak berhenti…)) tidak berhenti daripada berkata tentang triniti tersebut, mereka akan disiksa di dunia dan di akhirat”. [rujuk Tafsir Al-Qurtubi] Asas-asas ajaran Islam berkenaan kalimah ALLAH ini harus diutamakan dalam berinteraksi dengan orang-orang kafir dari kalangan musyrikin dan ahlul-kitab, apatah lagi demi menjaga maslahat umat Islam yang awam daripada tipu daya musuh-musuh Islam yang cuba menyebarkan kesesatan aqidah mereka kepada umat Islam. Penjelasan Bagi Surah al-Taubah Memang benar, ada ayat yang menceritakan bahawa Ahlul-Kitab sudah tersesat dalam menisbahkan anak kepada ALLAH, namun ianya bukan dalam bentuk pengiktirafan terhadap konsep anak bagi Allah s.w.t. dan menerima konsep tuhan beranak. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Orang-orang Yahudi berkata: "Uzair itu anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih itu anak Allah". Demikianlah itu ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allah mereka , bagaimana mereka sampai berpaling? (30) Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al-Masih anak kepada Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (31) Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan- ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai. (32) Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai. (33) [Surah At-Taubah: 30-33] Ayat ini secara jelas menceritakan betapa Allah s.w.t. melaknat perbuatan mereka dengan menisbahkan anak kepada diri-Nya yang Maha Esa, bahkan menjelaskan bahawa Maha Suci Allah s.w.t. daripada apa yang mereka sekutukan. Jadi, ayat ini juga secara jelas menolak sebarang konsep yang bercanggah dengan tauhid untuk dinisbahkan kepada Allah s.w.t.. Maka, tidak ada sebab seseorang perlu membenarkan orang-orang Kristian khususnya yang masih mempercayai Nabi Isa a.s. sebagai anak Allah menamakan tuhan versi triniti mereka sebagai Allah sedangkan Allah s.w.t. menyucikan zatNya daripada penyekutuan tersebut. Bukan semua ayat yang menceritakan perihal sesuatu golongan dianggap pengiktirafan daripada Allah s.w.t. kerana ada juga kisah-kisah yang disebut sebagai pengingkaran terutamanya dengan penolakan yang jelas dalam ayat-ayat berikutnya. Jadi, masyarakat Islam mempunyai asas untuk melarang orang-orang Kristian daripada menggunakan kalimah “Allah” bagi merujuk kepada tuhan-tuhan mereka, berdasarkan seruan asas Al-Qur’an sendiri yang menyuruh mereka (orang-orang Kristian) yang sudah menisbahkan anak atau triniti kepada Tuhan yang Sebenar iaitu Allah, agar berhenti daripada memperkatakan sedemikian. Bahkan, ia juga sebagai sandaran bagi larangan ke atas orang-orang kafir khususnya orang-orang Kristian yang baru ingin menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan mereka dalam masyarakat awam Melayu yang tidak memahami perbezaan penggunaan Allah dari sudut bahasa dan istilah syarak sebagaimana difahami oleh masyarakat awam Islam Arab.

Soalan 5

Soalan 6

Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.
DUN Lulus Usul Tindakan Roboh Rumah Ibadat Perlu Kelulusan Exco SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri Selangor pada Rabu meluluskan usul supaya sebarang tindakan untuk meroboh atau memindahkan rumah ibadat Islam dan bukan Islam perlu mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terlebih dahulu. Untuk itu, kerajaan negeri diminta mengeluarkan surat pekeliling kepada pihak-pihak berkuasa tempatan agar mematuhi arahan tersebut. Usul yang dibawa oleh M.Manoharan (DAP-Kota Alam Shah) pada sidang dewan itu juga menggesa Kerajaan Negeri untuk menentukan semua masjid, surau, kuil Hindu, tokong Cina, gereja dan semua rumah ibadat lain kekal di tempat asal masing-masing. Usul itu disokong oleh Lau Weng San (DAP-Kg Tunku), Gan Pei Nei (PKR-Rawang)dan Lee Kim Sin (DAP-Kajang). Manoharan juga berkata, sudah sampai masanya garis panduan pembinaan rumah ibadat Islam dan bukan Islam di taman-taman perumahan dipanjangkan kepada syarikat-syarikat pemaju milik kerajaan negeri dan bukan hanya pemaju swasta. Lee semasa membahaskan usul berkenaan berkata, Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam telah pun mengeluarkan pekeliling bahawa rumah ibadat bukan Islam yang di bina sebelum 2008 tidak boleh dirobohkan tanpa persetujuan Exco negeri. Persidangan dewan kemudian ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan. -BERNAMA

Comments

Chat