Nur Amalina Othman's 7.A3 : Perbincangan 3 - OpenLearning

Soalan 1

Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.
Murtad membawa maksud ialah sekiranya seseorang yang menganut agama Islam itu keluar atau berpaling daripada agama Islam.

Soalan 2

Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.
Secara umumnya, dalam Islam, perkahwinan hendaklah terdiri dari pasangan beragama Islam kecuali bagi wanita kitabiyyah (Seksyen 10, Enakmen Undang- undang Keluarga Islam Selangor 2003). Apakah kedudukannya sekiranya salah dari pihak pasangan bukan Islam yang mendaftarkan perkahwinannya di bawah Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Percerian) 1976 (Akta 1976) memeluk agama Islam? Menurut Seksyen 46(1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 dan enakmen di negeri lain memperuntukkan: “Pemelukan Islam oleh salah seorang pasangan bukan Islam, secara tersendirinya, tidak menyebabkan perkahiwnan itu terbubar kecuali ia disahkan oleh Mahkamah Sivil”. Peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai kuasa prerogatif dalam membuat pengesahan perceraian ke atas sesuatu pasangan. Masalah yang timbul dalam kes yang melibatkan pemelukan oleh salah satu pihak yang perkahwinannya didaftarkan di bawah Akta 1976, pengesahan perceraian oleh Mahkamah Syariah tidak diiktiraf oleh Mahkamah Sivil dan ini tidak mempunyai apa-apa kesan terhadap perkahwinan tersebut memandangkan bahawa pihak yang satu lagi bukan beragama Islam. Akta 1976 memperuntukkan pemelukan Islam sebagai sebab untuk pembubaran perkahwinan. Seksyen 51 Akta 1976 memperuntukan: “Apabila salah seorang kepada perkahwinan itu memeluk agama Islam, pihak yang satu lagi yang tidak memeluk agama Islam boleh memohon petisyen perceraian. Kesan Ke Atas Pemelukan Islam Oleh Salah Seorang Dari Perkahwinan Sivil (1976) 4 Dengan syarat bahawa tiada petisyen boleh dibuat di bawah Seksyen ini sebelum tempoh tiga bulan tamat dari tarikh pemelukan tersebut”. Peruntukan dalam Akta 1976 ini mengundang kepada beberapa masalah. Ini kerana, peruntukan di atas tidak terpakai ke atas pihak yang beragama Islam. Justeru, Seksyen 51 hanya memberi hak kepada pihak yang bukan beragama Islam sahaja untuk memfail petisyen perceraian di Mahkamah. 3 Oleh yang demikian, pihak yang beragama Islam tidak boleh memfailkan petisyen perceraian di bawah Seksyen 52 Akta 1976 (perceraian melalui persetujuan kedua belah pihak) dan Seksyen 53-54 Akta A1976 (keruntuhan rumah tangga yang tidak boleh diselamatkan lagi) meskipun pemelukan dianggap sebagai salah satu asas tersebut. Melihat kepada fakta dalam peruntukan Seksyen 51 yang menganggap pemelukan Islam sebagai punca perceraian, dan melihat kepada peruntukan Seksyen 3 Akta 1976, adalah mustahil untuk melihat kepada peruntukan lain dalam Akta 1976 sebagai asas kepada perceraian kerana ia hanya terpakai kepada pihak yang bukan beragama Islam. 4 Justeru itu, adalah elok Seksyen 51 1976 ini dipinda bagi memberi hak kepada salah satu pihak untuk memohon petisyen perceraian apabila salah satu pihak dari pasangan memeluk agama Islam. 5 Memandangkan bahawa Akta 1976 dan EUKIS 2003 mengiktiraf pemelukan agama sebagai asas kepada perceraian, siapakah yang berhak ke atas hak penjagaan kanak-kanak tersebut? Undang-undang manakah yang terpakai dan bidang kuasa mahkamah mana, Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah? Masalah ini hendaklah ditangani dengan berhati-hati melihat kepada kebajikan kanak-kanak tersebut

Soalan 3

Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.
Sewajarnya orang Islam tidak perlu untuk bertelagah dan membuat demokrsai berkenaan isu ini. Hal ini kerana perkara ini boleh diselesaikan dengan cara baik iaitu memberitahu pihak atasan untuk menyelesaikannya. Sikap toleransai perlulah diadaptasikan ke dalam diri individu . Perkara ini dihebahkan kerana majoriti penduduk islam yang mentap di kawasan tersebut dan mereka mengatakan perkara tersebut boleh menruntuhkan iman mereka. Pihak yang bertanggungjaawab masih memproses dan mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini.

Soalan 4

Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.
Dalam Herald-The Catholic Weekly mengatakan antara salah satu sebab kenapa mereka ingin menggunakan kalimah Allah oleh masyarakat Kristian kerana mendakwa mereka mengikut Bible, Bible dalam bahasa Melayu menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahan istilah God dan ‘Tuhan’ sebagai terjemahan untuk istilah Lord. Namun hal ini dibangkang dengan sekerasnya oleh masyarakat Islam kerana menimbulkan isu sensitif di kalangan mereka. Dan perkara ini tidak dibenarkan oleh Mahkamah Malaysia.

Soalan 5

Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.
Dalam Herald-The Catholic Weekly mengatakan antara salah satu sebab kenapa mereka ingin menggunakan kalimah Allah oleh masyarakat Kristian kerana mendakwa mereka mengikut Bible, Bible dalam bahasa Melayu menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahan istilah God dan ‘Tuhan’ sebagai terjemahan untuk istilah Lord. Namun hal ini dibangkang dengan sekerasnya oleh masyarakat Islam kerana menimbulkan isu sensitif di kalangan mereka. Dan perkara ini tidak dibenarkan oleh Mahkamah Malaysia.

Soalan 6

Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.
Demonstrasi kepala lembu adalah suatu demostrasi telah diadakan di depan pintu pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Shah Alam, Selangor pada hari Jumaat, 28 Ogos 2009 selepas sembahyang Jumaat dengan menggunakan kepala lembu sebagai lambang protes. Daripada ribuan jemaah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kira-kira 200 jemaah lelaki telah berjalan kaki sejauh 2 km, berarak ke bangunan SUK Shah Alam iaitu ibu pejabat Menteri Besar Selangor Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim dan Rodziah Ismail. Salah seorang daripada mereka membawa kepala lembu yang masih berdarah dan dipijak-pijak sebagai tanda protes terhadap kerajaan campuran Pakatan Rakyat yang seolah-olah 'lembu dicucuk hidung'. Dalam laman web sebelumnya ,memang ada cadangan membawa kepala lembu. Kepala lembu itu mulanya tersangkut di pagar masjid Shah Alam . Lembu dan babi pernah mencetuskan peristiwa 'Black hole Culcutta' di India.

Comments

Chat