Norezwani Bt Zainon Abidin's 1.A3 : Video - OpenLearning

https://www.youtube.com/watch?v=dJvrbfavsb0&list=PLw8PVZj4Bi16lalVJc3czsC4gZAZRedkK&index=4

Terdapat tiga peringkat era iaitu era konflik, era tegang tapi stabil, dan era kesepaduan sosial. Pada peringkat era konflik 1945-1960, merupakan pasca Perang Dunia Kedua iaitu rusuhan etnik dan huru-hara buruh serta konflik tiang seri pembinaan semula. Rusuhan etnik adalah konflik etnik Cina dan Melayu yang tercetus daripada tindakan Bincang Tiga selama 14 hari selepas tamatnya penaklukan Jepun. Huru-hara buruh adalah disebabkan oleh pemimpin kesatuan sekerja yang terlibat mengorganisasi rusuhan dan mogok ini telah ditangkap dan pertubuhan mereka diharamkan dan Penglibatan Bintang Tiga dengan membunuh tiga orang pengurus ladang keturunan Eropah di Sungai Siput sehingga diisytiharkandarurat dan tamat pada 1960.

Pada 1961 hingga 1970 berlakunya era tegang tetapi stabil. Pembentukan Malaysia 1963 dengan temerainya Perjanjian 20 Perkara dengan Sabah dan Perjanjian 18 Perkara dengan Sarawak. Hal tersebut juga mengundang kemarahan Indonesia sehingga berlakunya Konfrontasi 1963-1966 antara Malaysia-Indonesia. Konflik seterusya pula antara Malaysia dengan Singapura dimana Singapura terpaksa dipisahkan pada 9 Ogos 1965. Cara mengatasi konflik-konflik berkenan, Majlis Perundingan Rakyat, Jabatan Perpaduan, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru telah ditubuhkan.

 

Seterusnya era kesepaduan sosial yang berlaku pada tahun 1971 hingga 2011. 40 tahun keamanan dan kestabilan, kecuali pada 2011 peristiwa Kg. Medan yang mengingatkan bahawa faktor ekonomi sangat penting untuk kesepaduan sosial. Harapan untuk ‘perpaduan’ tetap ada iaitu dengan slogan 1Malaysia. Anak kunci kesepaduan sosial Malaysia adalah hubungan stabil, samada di peringkat masyarakat, negara dan pasaran meskipun sewaktu krisis global. Masyarakat Malaysia yang matang ialah suka bertikam lidah tetapi tidak berparangan walaupun wujud konflik namun masih hidup dalam kesepaduan.

Comments

Chat