Soalan 1
Bincangkan perbezaan antara agama dan penganutnya. Misalnya, antara Hindu dan Hinduisme, Muslim dan Islam, dan sebagainya.
Islam ialah agama yang dianuti oleh sebanyak 60 peratus penduduk Malaysia. Seseorang yang beragama Islam bererti berserah diri dan mengikuti perintah Allah SWT serta mencontohi Nabi Muhammad SAW. Penganut Islam perlu memberi kesaksian bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya. Ketundukan ini perlu dibuktikan dengan melaksanakan tanggungjawab seperti yang diperintah oleh Allah serta menjauhi larangan-Nya. Muslim mengakui bahawa Nabi Muhammad SAW berfungsi sebagai penyampai ajaran Islam daripada Tuhan dan dalam masa yang sama sebagai ikon yang perlu dicontohi. Menjunjung tinggi akidah dan akhlak Islam adalah misi utama Baginda. Agama Buddha merupakan agama kedua terbesar di Malaysia. Majoriti penganut Buddha di Malaysia terdiri daripada etnik Cina yang berpegang kepada mazhab Buddha Mahayana. Manakala terdapat juga yang mengamalkan Buddha Theravada terutama bagi komuniti Thai yang kebanyakannya tinggal di utara Semenanjung Malaysia. asal usul agama Buddha.Kemunculan agama Buddha merupakan suatu reaksi terhadap kekerasan dan penindasan oleh golongan Brahman yang menyebabkan golongan lain bangkit menentang terutama golongan Kshatriya yang terdiri daripada anak-anak raja dan perajurit. Agama ini diasaskan oleh Siddhartha Gautama yang selalu memikirkan punca penderitaan dan kemelaratan. Dalam usia 29 tahun dia meninggalkan istana dan memulakan kehidupan zuhud serta bercita-cita untuk sampai ke peringkat mengetahui rahsia alam. Agama Hindu dianuti oleh sebahagian besar komuniti India di negara ini, malah ia merupakan salah satu identifikasi bagi etnik India, walaupun terdapat dalam kalangan mereka yang menganut agama selain Hindu. Agama ini merupakan sekumpulan adat istiadat, budi pekerti dan gambaran kehidupan orang Hindu. Agama yang wujud sejak awal abad ke-8 S.M ini juga dikenali dengan nama agama Brahma. Daripada Brahma inilah diambil perkataan Brahman, iaitu gelaran terhadap pendeta Hindu yang dipercayai mempunyai unsur ketuhanan. Sehingga sekarang tidak diketahui siapakah pengasas agama ini.
Soalan 2
Bincangkan bagaimana budaya setempat mempengaruhi amalan agama masyarakat.
dalam kehidupan manusia, agama dan budaya mempunyai saling perkaitan antara satu sama lain kerana kedua-duanya jelas tidak dapat berdiri dengan sendiri. Agama sebagai pedoman hidup manusia yang diciptakan oleh Tuhan bagi menjalani kehidupannya. Sedangkan kebudayaan sebagai kebiasaan tatacara hidup manusia yang diciptakan oleh manusia itu sendiri daripada hasil daya cipta yang diberikan oleh Tuhan. Agama banyak mempengaruhi kebudayaan dalam satu kelompok masyarakat, suku atau bangsa. Oleh itu, agama sememangnya banyak mempengaruhi pembentukan sesuatu budaya dalam kalangan masyarakat.