Soalan 1
Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.GEJALA murtad di kalangan orang Islam negara ini sudah sampai ke tahap kritikal. Bilangan kes orang yang dilahirkan Melayu-Islam yang mohon tukar nama asal serta saudara baru yang tidak mengamalkan cara hidup Islam atau mahu balik ke agama asal meningkat tahun demi tahun. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menggemparkan seluruh negara apabila menyebut bilangan mereka yang murtad mencapai hampir suku juta. Semasa pendedahan ini dibuat pada tahun 2008 dulu, ramai yang tidak percaya. Ada juga yang mempersenda, kononnya beliau menyebut angka macam membilang jari saja. Hakikat semakin ramai orang Islam yang terpesong sangat menakutkan. Bekas Mufti Kuala Lumpur Ustaz Shaari Bustamah pernah memaklumkan bahawa bilangan murtad di ibu kota sehingga Julai 1997 ialah 3,000 orang. Kajian di Jabatan Statistik menunjukkan terdapat 4,776 permohonan pada tahun 1989 sahaja.
Soalan 2
Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.Pandangan Pertama: Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu. Pandangan Kedua: Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam.
Soalan 3
Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.Pemimpin gereja di Taman Medan, Petaling Jaya yang menurunkan salib dipasang pada premis berkenaan selepas menerima bantahan penduduk tempatan Ahad lalu, sedang mempertimbangkan keselamatan mereka sebelum membuat keputusan untuk meletakkannya semula. Walaupun mendapat jaminan daripada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan polis, namun pentadbiran gereja Community of Praise itu masih risau akibat yang akan terjadi jika memasang semula simbol keagamaan mereka yang menjadi kontroversi itu. Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian yang mempunyai hubungan rapat dengan gereja itu berkata, pemimpin gereja dan ahlinya akan berbincang sesama mereka sama ada meletakkan semula salib itu satu pilihan yang bijak atau tidak.
Soalan 4
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.Pada prinsip ajaran Islam, kita telah kemukakan sebelum ini di mana secara jelas Islam tidak mengakui konsep Triniti yang dipegang oleh orang-orang Kristian dan menafikannya daripada sifat kesempurnaan ALLAH s.w.t.. Ini menunjukkan betapa Islam menitik beratkan tentang kemurnian aqidah Islam daripada kesesatan triniti tersebut. Ini secara tidak langsung juga menunjukkan betapa Islam melarang sebarang bentuk pencemaran terhadap konsep ketuhanan ALLAH dalam aqidah murni umat Islam termasuklah mencemarkan konsep tauhid dalam bab ketuhanan dengan idea triniti. Dalam Surah An-Nisa’ ayat ke-171 dan Surah Al-Ma’idah ayat ke-73 secara jelas menolak konsep trinit yang cuba dinisbahkan kepada ALLAH. Ini secara tidak langsung menunjukkan Islam juga menolak sebarang usaha untuk menggunakan kalimah ALLAH yang pada asalnya merujuk kepada TUHAN yang MAHA ESA kepada suatu tuhan versi triniti. Kalimah “ALLAH” perlu merujuk kepada Tuhan yang sama sebagaimana yang diimani oleh orang-orang Islam sedangkan penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan orang-orang Kristian merujuk kepada tuhan lain yang bersifat triniti, bukan keesaan. Ini tertolak sama sekali. Adapun penggunaan Al-Qur’an dalam menggambarkan sesetengah pihak mempersekutukan ALLAH dengan menjadikan tuhan-tuhan lain selain Allah bukan menunjukkan ianya suatu galakan kepada menggunakan kalimah ALLAH bagi agama-agama lain, tetapi ianya sebagai suatu penolakan terhadap ajaran syirik agama-agama lain yang mana sebahagian daripadanya telah menggunakan kalimah ALLAH bagi merujuk kepada tuhan dengan konsep yang salah, sebelum kedatangan Islam lagi, terutamanya dalam kalangan orang-orang musyrikin Arab dan Ahlul-Kitab yang hidup di tanah Arab.
Soalan 5

Soalan 6
Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.Islam menghormati hak mereka beragama dan memiliki rumah ibadah, Pembinaan kuil atau mana – mana rumah ibadah yang diperlukan penganut agama masing – masing di dalam negara umat Islam tidak lah salah menurut pandangan Islam, asal sahaja ia tidak menganggu hak orang ramai atau ketenteraman awam dan tidak pula keterlaluan iaitu melebihi keperluan dan kapisiti penganut agama tersebut.antara alasan sebab mereka membantah adalah akibat bunyi bising dari kuil tersebut. Tak kira apabila berlangsungnya acara keagamaan hindu atau perkahwinan mereka. Pada pendapatku ini adalah alasan yang paling hampeh pernah ku dengar. Sebelum kamu nak sokong alasan ni , cuba fikir bagaimana pula kalau masjid di bina di kawasan yang majoritinya bukan Islam. Bukankah nanti orang yang bukan Islam boleh sebut yang sama. Kalau kamu protes bunyi loceng ketika acara agama mereka sebagai bunyi bising. Bagaimana ketika azan berkumandang? Adakah mereka (yang bukan Islam) akan menjadikannya sebagai alasan mengganggu ketenteraman mereka? TOLERANSI … TOLERANSI DALAM BERAGAMA…. yang perlu diberi kefahaman ini bukan mereka yang bukan Islam tetapi mereka yang Islam. Ingat Rasulullah tak pernah mengajar kita berbuat zalim terhadap mereka yang bukan seagama dengan kita.Islam tidak bermusuh dengan sesiapa semata – mata kerana agamanya berbeza dengan Islam . Islam hanya akan bangkit menentang apabila Islam dihina dan diperlekeh sebagaimana Islam sangat menghormati siapa jua yang menghormati dan memelihara kesucian Islam