Soalan 1
Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.Gejala murtad merupakan antara isu yang disifatkan sebagai sangat sensitif kepada masyarakat muslim khasnya di Negara ini. Orang-orang Islam yang murtad adalah dianggap telah melakukan satu jenayah yang besar terhadap agama dan umat Islam. Meskipun tidak ada statistik yang tepat mengenai jumlah sebenar orang-orang Islam yang murtad di Malaysia, namun berdasarkan kes-kes yang dilaporkan oleh media massa dan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah, gejala ini sememangnya adalah sesuatu yang serius dan perlu diberikan perhatian. Penglibatan sesetengah kelompok bukan Islam yang tampil membela dan memperjuangkan hak-hak golongan yang murtad ini atas dasar kebebasan asasi secara jelas memberi isyarat bahawa kedudukan Islam dan masyarakat muslim kini semakin tercabar. Melalui saluran perundangan, golongan ini cuba memanfaatkan ruang dan peluang yang yang ada, meskipun tindakan mereka itu dilihat sebagai mencampuri urusan agama Islam dan hal ehwal masyarakat muslim. Gejala ini jika tidak ditangani dengan sewajarnya akan pasti membawa kepada berbagai implikasi negatif kepada perkembangan Islam dan keharmonian masyarakat muslim di Malaysia.
Soalan 2
Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.Hak penjagaan anak bukan satu isu yang baru bahkan ia telah lama dikanunkan di dalam peruntukkan perundangan di Malaysia dalam mengatasi permasalahan mengenai perebutan hak jagaan anak. Misalnya, Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961, Akta Pembaharuan (Perkahwinan & Perceraian) 1976, Ordinan Penjagaan Kanak-Kanak di Sabah dan Sarawak telah memberikan seorang penjaga hak-hak seperti menentukan pendidikan anak-anak, memberi nama anak, tindakan disiplin, pemilihan agama, pentadbiran harta, persetujuan untuk berkahwin bagi yang berumur di bawah 21 tahun, perubatan dan sebagainya yang mana lazimnya satu pihak mendapat hak penjagaan anak akan mempunyai penjagaan ke atas anak itu semnetara pihak lain yang berkepentingan akan mendapat akses melawat dan melihat anak tersebut. Dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia yang berbilang kaum dan agama, isu penjagaan anak selalu dibahaskan apabila berlaku kematian suami dan isteri atau salah satu pihak memeluk agama lain. Setelah kematian pasangan suami isteri, anak mereka pula lebih cenderung untuk memeluk agama Islam dan mahu tinggal bersama seseorang beragama Islam yang mana bukan merupakan ahli keluarganya. Sekiranya anak tersebut masih lagi berumur 18 tahun ke bawah, maka status agamanya terikat dengan kemahuan ibu bapa mereka atau penjaganya. Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan: "Bagi maksud Fasal (3), agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya".,Jadi, bagaimanakah hak penjagaan anak yang telah memeluk agama Islam tersebut ditentukan oleh Mahkamah dari sudut jagaan dan status agamanya? Adakah terdapat pertindihan bidangkuasa antara mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah? Oleh itu, kajian ini akan membincangkan mengenai pertimbangan hakim dalam menentukan hak penjagaan anak bagi orang bukan Islam dalam isu yang melibatkan anak telah memeluk agama Islam dan cenderung untuk tinggal bersama penjaga yang beragama Islam. DEFINASI ANAK Seksyen 87 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) menjelaskan “Perkataan ‘anak’ yang disebut dalam Akta ini merujuk kepada ‘anak daripada perkahwinan’ yang berumur di bawah 18 tahun”. Ini telah diperuntukkan dalam seksyen 2 Akta ini dan Akta Umur Dewasa 1971 melalui seksyen 2 dan 4(c) mentakrifkan seseorang itu belum dewasa sehingga ia mencapai umur 18 tahun melainkan diperuntukan dalam mana-mana undang-undang bertulis. Sementara itu Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 telah membuat sedikit pengkelasan mengikut agama. Seksyen 2(2)(a) (i) dan (ii) Akta tersebut meletakkan umur 21 tahun sebagai umur dewasa bagi kanak-kanak bukan Islam dan 18 tahun bagi kanak-kanak beragama Islam. PRINSIP AM HAK JAGAAN ANAK DI MALAYSIA Seseorang yang meninggal dunia atau bercerai atau melakukan pertukaran agama dengan meninggalkan anak-anak akan menyebabkan anak-anak hilang tempat untuk bergantung, dengan erti kata lain membiarkan penjagaan anak boleh membawa kepada kebinasaan dan kemudaratan kepada diri anak-anak tersebut. Apabila seseorang itu meninggal dunia dan bercerai, adalah penting warisnya atau sesiapa untuk memastikan kebajikan anak-anak itu terjamin. Anak-anak tersebut tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri perlu diberi perhatian oleh masyarakat. Mazhab Syafie berpendapat bahawa penjagaan kanak-kanak itu ialah hak ibu, ibu kepada ibu (nenek sebelah ibu) hingga ke atas dengan syarat dia mestilah pewaris, kemudian bapa kepada kanak-kanak tersebut, ibu kepada bapa kanak-kanak, ibu kepada ibu kepada bapa kanak-kanak hingga ke atas dengan syarat mereka adalah pewaris, barulah disusuli orang yang paling dekat daripada kerabat-kerabat ibu, seterusnya orang yang paling dekat daripada kerabat-kerabat bapa kanak-kanak itu.[1] Pada kebiasaannya, Mahkamah akan melantik seorang penjaga kepada anak-anak ini untuk mengurus dan memastikan kebajikan anak–anak ini berterusan sehingga mereka telah dewasa, atau untuk menentukan tentang hak jagaan anak selepas berlakunya perceraian. Hal ini sejajar dengan prinsip yang telah dinyatakan dalam Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor : “Ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan”. Peruntukkan ini menunjukkan bahawa ibu merupakan individu yang paling layak untuk mendapat hak penjagaan anak. Walaupun Syarak telah menetapkan bahawa, ibu merupakan orang yang paling berhak terhadap hak dan tanggungjawab hadanah, tetapi hak dan tanggungjawab tersebut tidak akan diberikan kepada seorang ibu itu sehingga dia dapat memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sekiranya seorang ibu itu tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, maka hak dan tanggungjawab hadanah tersebut akan jatuh kepada orang yang seterusnya mengikut turutan yang telah ditetapkan.[2] Walaubagaimanapun Mahkamah Syariah meletakkan juga faktor kebajikan anak dalam memperolehi hak penjagaan anak.[3] Di Mahkamah Sivil, selepas Mahkamah mengeluarkan sesuatu dekri sama ada dekri perceraian atau perpisahan kehakiman, ia boleh membuat perintah menetapkan siapa yang layak dan siapa yang tidak untuk menjaga anak. Mahkamah mempunyai kuasa untuk memerintah seseorang anak itu diletakkan di bawah jagaan pihak lain selain ibu bapanya sendiri atas alasan terkecuali bagi kebajikan kanak-kanak terlibat. Ini menunjukkan kuasa mutlak untuk menjaga anak-anak tidak semestinya terletak pada ibu atau bapa tetapi termasuk juga pihak ketiga atau badan-badan, institusi tertentu jika didapati kemungkinan kebajikan anak-anak akan terjejas. Walau bagaimanapun, dalam membuat pertimbangan tentang kanak-kanak ini, Mahkamah masih lagi mengambil perhatian terhadap kehendak ibu bapa terlibat di samping kemahuan anak-anak itu sendiri.[4] Amalan kedua-dua Mahkamah samaada Sivil mahupun Syariah masih lagi meletakkan kebajikan anak sebagai faktor pertimbangan Hakim dalam membenarkan tuntutan hak jagaan anak. Namun begitu, skop kebajikan anak adalah begitu luas sekali untuk dibincangkan.[5] Ini kerana kebajikan kanak-kanak ini akan sentiasa berubah-ubah mengikut persoalan serta isu yang diperbincangkan samaada soal penjagaan, kawalan akses perlindungan atau pengangkatan. Ini memberikan ruang yang luas kepad budi bicara Mahkamah untuk digunakan bagi menjelaskan kekaburan yang ada terhadap maksud tersebut. HAK SESEORANGAN UNTUK MEMULAKAN PEMBICARAAN DI MAHKAMAH Locus Standi perlu dipenuhi oleh seseorang dalam membolehkan Hakim mendengar tuntutan yang dibawanya di Mahkamah. Ketiadaan locus standi akan menyebabkan tuntutan Plaintif boleh diketepikan oleh Defendan dengan begitu mudah sahaja, malahan Hakim juga dibenarkan untuk membuang tuntutan seseorang yang tiadak berkepentingan dalam tuntutannya. Ini bermakna seseorang yang mempunyai locus standi adalah seseorang yang mempunyai hak untuk berdiri di dalam Mahkamah. Di bawah Common Law, locus standi merujuk kepada hak seseorangan untuk memulakan pembicaraan di Mahkamah. Dalam kes England, R lwn Commissioner of Police for the Metropolis ex p. Blackburn[i].[6] Lord Denning memutuskan akan menidakkan locus standi kepada seseorang penyibuk yang menyentuhi hal yang tidak berkaitan dengannya tetapi akan memberikan locus standi kepada sesiapa yang mempunyai isu benar di mana sesuatu yang dilakukan atau bakal berlaku mempunyai kesan ke atasnya. Prinsip locus standi banyak dihujahkan di dalam pelaksanaan kes-kes yang terdahulu sebagai panduan para Hakim dalam menentukan sama ada seseorang itu mempunyai hak untuk menyuarakan tuntutan di Mahkamah atau tidak. Seorang individu itu boleh memohon satu deklarasi dari mahkamah jika dia mempunyai satu kausa tindakan (cause of action) di sisi common law atau untuk melindungi suatu hak berasaskan statut, atau jika dia akan mengalami mudarat disebabkan tindakan defendan.[7] Walaubagaimanapun, pada tahun 1980, cara penentuan Locus Standi yang mengambil pendekatan secara liberal telah berakhir dan Mahkamah Agong ketika itu menakrifkan Locus Standi secara sempit dan keras. Seterusnya, Hakim Hashim Yeop Sani menyatakan bahawa untuk membuktikan locus standi, Plaintif mestilah mampu membuktikan tiga perkara iaitu pertama, Plaintif ada hak yang diiktiraf di bawah undang-undang, kedua, hak Plaintif itu telah dilanggar atau dinodai dan ketiga, Plaintif telah mengalami mudarat disebabkan pelanggaran haknya itu.[8] Terma ‘Locus standi’ ini adalah terma dalam bahasa Latin dan di gunakan sebagai istilah perundangan di Malaysia (samada di Mahkamah Sivil mahupun di Mahkamah Syariah) yang secara ringkasnya bermaksud: hak untuk membawa sesuatu kes ke Mahkamah ataupun hak untuk dibicarakan di Mahkamah. Ia merujuk juga kepada hak untuk mendakwa/menuntut (apabila merujuk kepada locus standi orang yang membuat tuntutan mahkamah) dan hak untuk di dakwa/di tuntut (apabila merujuk kepada locus standi orang yang di tuntut). Namun begitu, Islam tidak terkecuali menyatakan bahawa individu yang berhak melakukan dakwaan adalah individu yang mempunyai hak terhadap perkara yang dituntut. Perkara ini bertepatan dengan kaedah fikhiah yang meletakkan beban membuktikan sesuatu itu ke atas orang yang mendakwa, prinsip ini nyatanya menerangkan individu yang mendakwa pastinya mempunyai kepentingan terhadap tuntutannya dan perlulah membuktikan bahawa beliau mempunyai hak di dalam tuntutan tersebut. Misalnya individu yang bukan merupakan ahli waris kepada sesebuah keluarga adalah tidak layak untuk menuntut harta pusaka peninggalan si mati kerana individu tersebut dari segi Hukum Syarak bukanlah orang yang mempunyai hak dalam tuntutan tersebut.[9] Dalam hal tuntutan penjagaan anak, seseorang individu atau sesebuah persatuan yang berkepentingan dengan jagaan anak mempunyai kausa tindakan untuk menuntut hak jagaan anak.[10] Ini menunjukkan kuasa mutlak untuk menjaga anak-anak tidak semestinya terletak pada ibu atau bapa atau saudara tetapi termasuk juga pihak ketiga atau badan-badan, institusi tertentu jika didapati kemungkinan kebajikan anak-anak kan terjejas. Ini bermakna ibu dan bapa, badan-badan kebajikan, dan mana-mana orang adalah individu yang mempunyai hak untuk menuntut hak jagaan anak. SENARIO PERMASALAHAN HAK JAGAAN ANAK DI MALAYSIA Perintah hak jagaan anak merupakan isu yang sangat kompleks di Malaysia tambahan pula jika ia melibatkan status agama anak yang berlainan daripada pihak yang menuntut. Hal ini kerana Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah boleh mendengar tuntutan hak jagaan kanak-kanak mengikut peruntukkan perundangan yang dikurniakan kepada mereka dan memberikan perintah yang berbeza berdasarkan kuasa masing-masing. Pendengaran oleh kedua-dua Mahkamah ini menyebabkan berlakunya konflik perundangan yang tidak berkesudahan apabila pihak yang beragama Islam mendakwa Mahkamah Sivil tidak seharusnya mencampuri urusan Mahkamah Syariah manakala pihak yang bukan beragama Islam menyatakan haknya telah diganggu apabila pihak penentang membuat tuntutan di Mahkamah Syariah. Kebiasaannya, isu penjagaan anak ini pastinya akan mengheret isu status agama anak kerana masing-masing penjaga mahu menentukan agama anak mengikut agama yang dianuti mereka.[11] Misalnya pada tahun 2002, Shamala telah menukarkan status agama anaknya tanpa pengetahuan ibu kepada anak tersebut, dan seterusnya berlaku perebutan hak jagaan anak.[12] Pelbagai isu perundangan yang tercetus kesan daripada kes ini antaranya menyentuh mengenai penentuan agama anak bawah umur oleh penjaga, perintah mahkamah yang mana harus diikuti, dimanakah hak untuk ibu atau bapa menuntut hak jagaan anak dan kuasa Mahkamah Syariah dalam menentukan kesahihan pertukaran agama bagi kanak-kanak bawah umur setelah didaftarkan keislamannya. Isu-isu tersebut telah membawa keadaan bertambah buruk apabila pihak polis telah menyatakan tidak akan mengambil bahagian dalam menguatkuasakan perintah baik bagi Mahkamah Syariah mahupun Mahkamah Sivil.[13]Kenyataan ini dibuat oleh pihak polis berhubungan dengan kes perebutan hak jagaan anak di Seremban dan Ipoh yang melibatkan S.Deepa Dan M.Indira Gandhi. Berikutan daripada perebutan melalui kuasa perundangan tidak mengakhiri konflik tersebut, malahan ia berlarutan apabila anak lelaki Deepa, V Mithran diculik oleh bekas suaminya, Izwan Abdullah dari rumahnya di Jelebu pada 9 April sebaik sahaja Mahkamah Sivil memberikan hak jagaan anak kepada Deepa berdasarkan perkahwinan Sivil. Sementara itu, Muhammad Ridzuan Abdullah, bekas suami Indiria, ingkar perintah Mahkamah Tinggi pada 20 Mei apabila dia enggan memulangkan Prasana Diksa kepada ibunya.[14] Mengikut peruntukkan di Wilayah Persekutuan, Kedah dan Perak mensyaratkan salah satu pihak ibu atau bapa atau penjaga dalam menentukan keislaman anak bawah umur 18 tahun.[15] Manakala terdapat negeri yang mensyaratkan perlunya persetujuan ibu dan bapa bagi perkara tersebut.[16] Ketidakseragaman undang-undang turut menyukarkan isu penjagaan kanak-kanak ini, namun apa yang penting ialah kebajikan kanak-kanak tersebut perlulah lebih ditamakan berbanding perkara-perkara lain. KONFLIK PERUNDANGAN Lazimnya Punca utama pertikaian dalam kes tuntutan hak jagaan anak yang berkaitan dengan isu status agama si anak ini ialah terhadap bidangkuasa Mahkamah yang akan mendengar kes tersebut,jika sekiranya pemohon adalah seorang penganut agama islam maka kes tersebut akan difailakn di mahkamah syariah pada kebiasaannya perintah Mahkamah Syariah akan mengikut peraturan yang ditetapkan dalam Enakmen Keluarga Islam yang mengikut prinsip Hukum Syarak dan Mahkamah Sivil pula mengikut peruntukkan undang-undang yang berkaitan mengenainya yang telah dikurniakan oleh Perlembagaan Persekutuan yang mana perintah yang dikeluarkan oleh kedua-dua Mahkamah ini adalah berbeza. Namun dalam kes ini pihak pemohon hak jagaan adalah bukan islam iaitu datuk dan nenek kepada Albert yang telah memeluk islam. Isunya ialah, bolehkah orang bukan Islam yang merupakan waris kepada anak-anak tersebut dikira sebagai penjaga yang mutlak.[17] Sekiranya beliau merupakan pemilik mutlak, isu status agama akan dipertikaikan kerana pastinya si anak yang memeluk agama Islam perlu mengikut status agama penjaga.[18] Walaubagaimanapun, Mahkamah seharusnya tidak terikut-ikut dengan kemahuan yang bertentangan di antara penuntut-penuntut hak jagaan anak tersebut kerana pewaris kepada anak tidak seharusnya menjadi kata pemutus dan hanya layak menjadi sebahagian daripada faktor yang perlu diambil kira oleh Hakim dalam membuat pertimbangan mengenai kebajikan.[19] Dengan kata lain, isu utama yang perlu diputuskan oleh mahkamah ialah samaada penuntut tersebut boleh dianggap sebagai seorang yang layak terhadap hak jagaan anak dalam memastikan kebajikan anak tidak diabaikan terutamanya dari sudut moral, fizikal dan mental.[20] Walau bagaimanapun, sebelum isu ini boleh dibincangkan, Mahkamah haruslah menentukan bidangkuasanya terlebih dahulu. Mahkamah Syariah tidak seharusnya memutuskan bahawa hanya mahkamah Sivil yang patut diberi bidangkuasa untuk menyelesaikan isu tersebut, padahal perkara yang disenaraikan dalam Seksyen 42(2)(b)(iii) Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Negeri Selangor) 2003 melibatkan perkara hadhanah dan jagaan kanak-kanak: …nafkah tanggungan, kesahtarafan atau penjagaan (hadhanah) atau jagaan kanak-kanak;….. Seksyen 95. Akta Undang-Undang Pentadbiran Islam 1993 (Akta 505) bagi maksud bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh masuk Islam jika dia sempurna akal dan mencapai umur lapan belas tahun atau jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan kemasukannya.[21] Walaupun Akta 164 Bahagian VIII dan Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 tidak menjadi punca pertikaian, keterlibatannya secara tidak langsung dalam perkara tersebut tidak sepatutnya menjadi halangan kepada bidangkuasa Mahkamah Syariah. Pemberian bidangkuasa kepada Mahkamah Sivil atas sebab sebahagian daripada isu kes melibatkan hak jagaan anak akan meninggalkan kesan yang serius terhadap bidangkuasa dan kuasa Mahkamah Syariah dalam hal hadhanah dan penjagaan kanak-kanak bagi orang Islam. Tambahan pula, peruntukkan hak penjagaan anak dan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan adalah saling berkait rapat dan merupakan aspek yang perlu dalam proses penentuan orang yang berhak kepada hak jagaan kanak-kanak di antara para waris dan pihak-pihak lain yang berkepentingan. Oleh itu, mahkamah tidak seharusnya beranggapan bahawa perkara tersebut tidak termasuk dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah sedangkan hadhanah dan penjagaan kanak-kanak adalah aspek yang sedia wujud dalam undang-undang kekeluargaan Islam dan tidak semestinya menjadi isu utama dalam setiap pertikaian.
Soalan 3
Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.ISU PENURUNAN SALIB: Kisah Taman Medan: Meletak rasional di tempatnya SECARA peribadi, saya kurang bersetuju dengan tindakan segelintir penduduk Taman Medan yang berkumpul di hadapan sebuah unit rumah kedai untuk meminta pihak gereja menurunkan salib besar yang terpampang di luar premis. Pada saya, perkara ini mungkin boleh diselesaikan dengan cara lebih baik iaitu dengan bertemu sendiri Pastor yang mengendalikan tempat tersebut dan meminta supaya dia menurunkan salib ataupun penduduk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT). Bagaimanapun, reaksi masyarakat terhadap perkara yang telah terjadi juga adalah sangat mengecewakan. Penduduk yang berkumpul terus dihukum sebagai ekstremis dan pelampau agama, tanpa mengetahui punca sebenar perkara tersebut terjadi. Masalah akar kepada insiden berkenaan ialah kewujudan gereja itu sendiri, yang tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh PBT. Gereja tersebut merupakan unit rumah kedai yang tidak mempunyai permit untuk beroperasi sebagai rumah ibadat. Mana-mana lot kedai yang hendak ditukar kepada tempat ibadat atau pusat meditasi mesti mematuhi Seksyen 70 (12) Akta 133 dan permohonan bertulis dengan aktiviti dinyatakan hendaklah dikemukakan untuk kelulusan. Jika ingin mendirikan masjid sekalipun memerlukan kelulusan pihak berkuasa. Malah, tanda salib itu juga telah dipasang tanpa permit, kerana undang-undang telah jelas bahawa semua tempat ibadat yang ingin memaparkan logo atau simbol pada bangunan mesti mempunyai permit majlis yang merupakan PBT, tidak kiralah sama ada salib, tugu Buddha, patung agama Hindu dan sebagainya. Satu fakta yang mungkin majoriti masyarakat terlepas pandang ialah penduduk kawasan tersebut terdiri daripada 90 peratus orang Islam. Malah, penduduk Taman Medan bukanlah tidak membenarkan penganut agama lain untuk beribadat, tetapi mereka hanya meminta supaya simbol tidak perlu dipaparkan secara terang-terangan di tempat awam, walaupun kewujudan gereja itu sendiri boleh dipertikaikan. Ini mungkin kerana faktor sensitiviti masyarakat setempat dan sebagai orang yang tidak tinggal di kawasan tersebut, kita haruslah menghormati hak mereka juga. Jika kita memaksa pandangan kita terhadap penduduk di situ, maka kitalah sebenarnya yang tidak mempunyai toleransi dalam hidup bermasyarakat. Pada masa yang sama juga, pembinaan masjid di Moyog, Penampang, Sabah juga ditentang oleh masyarakat setempat atas alasan penduduk di situ terdiri daripada majoriti Kristian. Tetapi berita begini tidak mendapat tempat di media-media liberal dan alternatif pula. Inilah hipokrasi yang jelas dan nyata yang ditunjukkan sebahagian media liberal di negara kita. Sebagai umat Islam, kita diajar untuk menghormati penganut agama lain. Kita juga diajar untuk menyelidik berita terlebih dahulu, terutama jika berita tersebut datang daripada orang-orang fasik, seperti media liberal Malaysiakini, The Malaysian Insider dan FMT yang akan mengambil apa sahaja peluang untuk memburukkan imej orang Islam.
Soalan 4
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.Memang telah termaktub di antara larangan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia menerusi keputusan kabinet yang bertarikh 16 Mei 1986 bagi mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, Solat, Baitullah dan Kaabah. Malah ada sesetengah negeri yang menambahkan lagi beberapa perkataan yang dianggap boleh mendatangkan kekeliruan dan bahaya kepada umat Islam apabila digunakan oleh bukan Islam. Namun yang peliknya kenapa masih lagi ada yang cuba menuntut kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak mereka? Mungkin kita boleh menjangkakan bahawa alasannya ialah kalimah Allah tersebut adalah kalimah terjemahan dari Bahasa Inggeris yang menggunakan kalimah God dalam Bible terbitan Bahasa Inggeris yang telah sekian lama digunakan. Sama ada kita sedar ataupun tidak, tuntutan ini sebenarnya amat berbahaya kepada umat Islam sekiranya dibenarkan, kerana ianya lebih banyak menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakat. Cubalah kita bayangkan kekeliruan yang akan timbul di dalam masyarakat terutamanya kepada golongan muda dan juga kepada kanak-kanak Muslim apabila terbaca iklan-iklan atau papan-papan tanda yang berbunyi "...Aku adalah anak Allah" atau "...damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus" atau "...anak Allah yang hidup" yang semuanya merupakan terjemahan terus dari Bible terbitan Bahasa Inggeris. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat atau ungkapan-ungkapan yang diterjemahkan ini boleh mengundang kekeliruan yang akhirnya boleh membatilkan fahaman agama. Walau bagaimanapun, bagi menyingkap kekeliruan yang telah berlaku ini, elok rasanya kita melihat kepada asal-usul bahasa kitab-kitab itu sendiri. Bagi orang Islam dan juga bukan Islam, mudah untuk difahami dan diberitahu bahawa bahasa asal al Quran adalah Bahasa Arab. Dan apakah pula bahasa yang digunakan untuk kitab Injil (Bible) dan kitab Taurat? Bagi mereka yang mengkaji sejarah, secara jujur mereka akan katakan bahasa asal untuk kitab Taurat ialah Bahasa Hebrew, dan bahasa yang digunakan untuk menulis Kitab Injil (Bible) ialah Bahasa Greek. Sekiranya fakta penggunaan bahasa ini boleh diterima sebagai asas perbincangan, maka ulasan seterusnya selepas ini akan menjadi lebih mudah. Malah bagi orang Islam, tidak perlu untuk kita menjadi pakar tentang kitab Taurat atau Injil (Bible) untuk mengupas isu gawat yang sedang berlaku ini. Persoalannya sekarang ialah apakah perkataan yang digunakan untuk Tuhan dalam bahasa Hebrew dalam kitab Taurat dan makna perkataan Tuhan dalam bahasa Greek untuk kitab Injil (Bible).? Sekiranya Herald Catholic boleh memahami persoalan asal bahasa ini mungkin kekeliruan penggunaan perkataan Allah tidak timbul. Ini adalah kerana perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah Elohim, Eloh, El dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, di dalam The Gospel of St. Matthew bab 27: 46 yang menyebut : Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabaktani?" (Ertinya : Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau meninggalkan aku?") Sementara di dalam bahasa Greek pula perkataan yang membawa maksud Tuhan ialah Theos. Sepertimana yang tertulis dalam buku-buku sejarah atau buku-buku tamadun besar dunia, orang-orang Rom menyembah Tuhan yang dikenali sebagai Hotheos. Dan sekiranya terdapat di kalangan mereka yang menyembah Tuhan yang dianggap palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tintheos. Jika diteliti kita akan dapati bahawa untuk kedua-dua bahasa sama ada Hebrew ataupun Greek yang dijadikan penulisan bagi kedua-dua kitab suci ini, tidak terdapat satu pun kalimah Allah digunakan. Namun begitu ada juga di kalangan mereka yang memberi alasan bahawa penggunaan kalimah Allah ini ialah berdasarkan penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Bible versi Bahasa Arab. Bible versi Arab ini tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi lebih dikenali sebagai Kitab al-Muqaddas. Dan di dalam terjemahan Bible Melayu pula mereka menamakannya sebagai Kitab Berita Baik. Lanjutan daripada itu juga perlu kita fahami bahawa kalimah Allah yang wujud di dalam Bible bahasa Arab tersebut adalah kerana sesetengah Kristian Arab seperti yang terdapat di Mesir, Syria, dan beberapa negara lain yang muncul sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. menerima dan meyakini faham Keesaan Tuhan. Di mana faham ini jauh berbeza dengan faham Trinity (tiga dalam satu) sepertimana doktrin kebanyakan Kristian pada hari ini. Maka dengan itu hujah yang dijadikan sandaran untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini adalah tidak dapat diterima kerana golongan Kristian Trinity sendiri tidak menerima bahkan mengkafirkan golongan Kristian Unity. Selain daripada hujah tersebut terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa kekeliruan tidak akan timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan tersebut adalah merujuk kepada terjemahan dari kalimah God dalam Bible bahasa Inggeris sedangkan kalimah Tuhan pula adalah terjemahan dari kalimah Lord. Pandangan ini juga sebenarnya mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan dalam Bible itu sendiri. Apakah bezanya antara Allah dan Tuhan dalam agama Kristian? Sekiranya kalimah Tuhan merujuk kepada Jesus sedangkan kalimah Allah merujuk kepada Tuhan Bapa di dalam Syurga, maka perlulah difahami dengan jelas di sini bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja. Bagi membuktikan hal ini kita boleh merujuk kepada The Gospel Of St Mark 12:29 yang menyebut: Jawab Jesus: Hukum yang terutama ialah : Dengarlah wahai Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa". Dalam ayat ini siapakah Tuhan Yang Esa yang dimaksudkan di dalam ayat di atas? Adakah ianya merujuk kepada Jesus? Pastinya tidak! Malah kalimah Tuhan yang dimaksudkan di atas adalah merujuk kepada Allah semata-mata. Dan hal ini sekali lagi bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan bahawa kalimah Lord (Tuhan) di dalam Bible adalah merujuk kepada Jesus. Sekiranya penghujahan ingin diteruskan lagi dengan menyatakan bahawa dalil yang paling jelas yang menunjukkan kalimah Tuhan adalah merujuk kepada Jesus dan kalimah Allah pula merujuk kepada Tuhan Bapa seperti yang sering dirujuk di dalam The Gospel Of St. Matius 16:22 yang menyebut: Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya: "Tuhan (Jesus), Semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu". Sekiranya ini dijadikan hujah dan alasan, maka mereka yang berkenaan perlu menyelesaikan dahulu percanggahan yang terdapat di antara kedua ayat yang telah dinyatakan tadi. Sama ada Tuhan itu merujuk kepada Jesus sahaja ataupun juga merujuk kepada Allah. Malah kata-kata Jesus sendiri menjelaskan keEsaan Allah sepertimana yang terdapat dalam The Gospel of St. John 20:17 yang menyebut: Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudaraKu dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada BapaKu dan Bapamu, AllahKu dan Allahmu." Dalam kata lain Jesus bukanlah Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Jesus sendiri menyatakan bahawa Tuhan yang sebenar ialah Allah. Maka jelaslah di sini bahawa kewajaran pihak kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah untuk digunakan oleh bukan Islam patut disokong oleh segenap masyarakat termasuk bukan Islam sendiri. Ianya adalah bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat apabila kalimah yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu akan mengundang padah yang akhirnya membawa kerugian kepada semua pihak. Adalah suatu yang amat malang apabila kesejahteraan hidup beragama di negara ini yang telah sekian lama bertahan atas dasar tolak ansur dan saling memahami, tiba-tiba digoncang oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin mencetus suasana ketegangan dan huru-hara.
Soalan 5

Soalan 6
Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.tindakan penduduk Seksyen 23 Shah Alam adalah kerana bantahan mereka tidak diberi perhatian oleh pihak berkuasa. Kami yang tinggal di Seksyen 19 juga menghadapi masalah yang sama berhubung kuil yang telah berlarutan begitu lama. Masalah di Seksyen 19 sudah memakan masa 21 tahun masih belum selesai hingga ke hari ini. Aduan, bantahan, perjumpaan telah dibuat oleh persatuan penduduk dan individu tetapi tidak mendapat tindakan yang sewajarnya. Setiap kali kuil itu diarahkan berpindah pasti ada campur tangan pemimpin politik yang akan melewatkan proses itu. Campur tangan inilah yang menyukarkan pihak berkuasa untuk bertindak. Kuil itu yang pada mulanya kecil makin lama makin membesar tanpa pelan dan permit daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). Selepas bekalan air dan elektrik dimasukkan, aktiviti mereka semakin hebat. Kuil itu hanya di seberang jalan rumah penduduk Islam Seksyen 19. Apa perasaan pembaca apabila setiap hari kami terpaksa mendengar lagu-lagu Hindu yang membingitkan telinga? Bila mereka mengadakan keramaian mereka buat perarakan di hadapan rumah penduduk Islam. Gangguan bergendang keramaian berjam-jam lamanya. Terlalu banyak masalah sampingan yang terpaksa kami hadapi jika hendak disenaraikan di sini. Aduan terpaksa dihantar dari semasa ke semasa kepada pihak-pihak atasan. Namun bila ada campur tangan politik perkara ini sering terbantut. Gangguan bising yang dihadapi semakin teruk apabila Pakatan Rakyat mengambil alih negeri Selangor. Sikap toleransi pemimpin Selangor telah menyebabkan gangguan yang dihadapi semakin teruk. Mereka bergendang hingga ke tengah malam mengganggu ketenteraman penduduk tempatan. Mereka hampir semuanya datang dari luar kawasan kami. Mereka berani mengugut jika ada penduduk yang menegur mereka. Botol-botol arak bersepah di merata-rata kawasan berhampiran Jalan 19/28. Gangguan bising pemuda India mengganggu kehidupan kami. Kami merayu bantuan dan membuat aduan kepada pelbagai pihak tetapi tiada tindak balas. Ketika keadaan sudah menjadi kronik penduduk merayu bantuan NGO Islam. Tindakan drastik yang diambil oleh NGO Islam untuk membantu penduduk menyebabkan ada sedikit perubahan apabila gangguan bising berkurangan. Pada 29 Disember 2007 maklumat yang diterima daripada Jabatan Perancang Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan kuil akan dipindahkan ke Seksyen 22. Apabila Pakatan Rakyat berkuasa selepas Mac 2008, kuil itu hendak dipindahkan pula ke Seksyen 23, kawasan majoriti penduduk Islam. Penduduk Seksyen 23 sudah maklum apa yang dialami oleh penduduk Islam Seksyen 19, sebab itu mereka membantah. Malangnya bantahan mereka tidak diambil berat oleh kerajaan negeri dan diminta bertolak ansur. Jadi siapakah yang bersalah? Apabila kepala lembu diusung sebagai tanda protes semua buka mata. Pelbagai bantahan kita dengar. Tetapi apabila masalah gangguan berlaku kepada orang Islam