NUR NAJWA HANANI AHMAD's 7.A3 : Perbincangan 3 - OpenLearning

Soalan 1

Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.
Nama asalnya ialah Azlina Jailani. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu, keturunan Jawa dan berumur 42 tahun. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya dan menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur. Beliau pernah memohon untuk ditukar namanya kepada Azlina Lelani pada tahun 1997 tetapi ditolak disebabkan alasan telah bertukar agama Kristian. Permohonan kedua untuk menukar nama kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan kad pengenalan baru tertera perkataan Agama Islam. Ayahnya bernama Jailani bin Shariff dan ibunya bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan cara hidup sebagai Muslim. Azlina mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil baptis yang dikeluarkan pada 11 Mei 1998 dilahirkan oleh ibu bapa Melayu pada 1963. Dia menukar agama Islam kepada Kristian Katolik pada usia 26 tahun pada 1998. Dia telah dibaptiskan dan cuba mendapatkan pengesahanan daripada Mahkamah Malaysia, tanpa melalui mahkamah syariah. Namanya di dalam kad pengenalan berjaya ditukar kepada Lina Joy pada 1999. Selagi dia dikatakan sebagai orang Islam, Lina Joy tidak boleh berkahwin dengan pasangannya yang beragama Kristian, seorang kaum India. Sebaliknya pasangannya hendaklah menukar agama kepada Islam.

Soalan 2

Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.
Pendapat pertama :Anak tersebut wajib mengikut siapa di antara ibu bapanya yang memeluk islam. Pendapat ini di kemukakkan oleh mazhab Hanafi, Ibnu Wahab dari mazhab Maliki, mazhab Syafie dan mazhab Hanbali. Ia merupakan pendapat jumhur (majoriti). Pendapat kedua : Anak tersebut wajib mengikut agama bapanya. Pendapat ini dikemukakan oleh Imam Malik. Pendapat ketiga : Diberi pilihan kepada anak tersebut ketika baligh samada memilih agama ibunya ataupun agama bapanya. Pendapat ini dikeluarkan oleh Imam Ath-Thauri.

Soalan 3

Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.
Orang Islam telah membuat tunjuk perasaan untuk menurunkan salib yang dipasang di gereja Taman Medan. Protes itu tidak boleh diterima dan semua pihak perlu saling menghormati antara penduduk berbilang agama di Selangor. Ini kerana salib adalah lambang suci kepada penganut Kristian dan masyarakat perlu hormat

Soalan 4

Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.
John Hultvall, mubaligh Mission Covenant Church of Sweden yang terlibat dalam misi pengembangan agama Kristian di Turkestan timur (kini wilayah Xinjiang, China), sebuah kawasan berpenduduk majoriti Islam, juga berpendapat bahawa walaupun penggunaan kalimah ‘Allah’ dipersoalkan di kalangan penganut-penganut Kristian sendiri, mubaligh-mubaligh Kristian sentiasa menggunakannya dalam usaha mereka memurtadkan umat Islam:

Soalan 5

Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.
John Hultvall, mubaligh Mission Covenant Church of Sweden yang terlibat dalam misi pengembangan agama Kristian di Turkestan timur (kini wilayah Xinjiang, China), sebuah kawasan berpenduduk majoriti Islam, juga berpendapat bahawa walaupun penggunaan kalimah ‘Allah’ dipersoalkan di kalangan penganut-penganut Kristian sendiri, mubaligh-mubaligh Kristian sentiasa menggunakannya dalam usaha mereka memurtadkan umat Islam:

Soalan 6

Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.
Penduduk berugama Islam di Seksyen 23, Shah Alam tertanya-tanya dan tidak setuju kuil [Hindu]] dibina berhampiran kawasan perumahan mereka. Kuil baru itu sebenarnya adalah kuil Hindu dari Seksyen 19 yang akan dipindahkan ke Seksyen 23. Lokasi baru ini berhampiran dengan taman permainan dan 300 meter dari rumah penduduk . Penduduk Seksyen 23 mahu kuil S19 dipindahkan sahaja ke S22 iaitu di kawasan industri, bukan di S23. Lagipun penganut Hindu S19,S22 dan S23 sekitar 20 % sahaja. Rumah YB Rodziah Ismail selaku Adun Batu Tiga dikatakan di SS19. Penduduk S23 tidak diajak berbincang walaupun pejabat Adun terdapat di situ.

Comments

Chat