OpenLearning

Soalan 1

Bincangkan perbezaan antara agama dan penganutnya. Misalnya, antara Hindu dan Hinduisme, Muslim dan Islam, dan sebagainya.
Mentauhidkan atau mengesakan Allah SWT sebagai Tuhan yang satu dan tiada sekutu bagi-Nya. Kaedah mentauhidkan Allah adalah dengan cara Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah, Tauhid zat, Tauhid sifat dan Tauhid af'al. Dalam rukun Iman Islam menuntut kepada umatnya supaya mentauhidkan Allah SWT. Beriman kepada Allah iaitu mempercayai kewujudan dan keesaan Allah, baik dalam kekuasaNya mahupun dalam hal-hal menyembah kepadaNya. Kemurnian dan keikhlasan iman perlu kepada pengakuan dan persaksian melalui konsep syahadah iaitu bersaksi bahawa tiada Tuhan yang wajib disembah melainkan Allah SWT. Yang Maha Agung, Maha Berkuasa, Maha Mencipta dan Maha diatas segala sesuatu, serta mengakui sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruNya. Ini adalah perkara yang paling utama (dalam rukun Islam) yang perlu ditunaikan untuk menjadi seorang muslim yang beriman. Allah sebagai khalik (pencipta :Fathir:3). Sedangkan manusia sebagai makhluk Allah wajiblah tunduk, patuh, taat dan memperhambakan diri hanya kepadanya sahaja (An Nisa’:59). Allah telah memilih agama Islam sebagai agama yang hak. SyariatNya itu disampaikan oleh orang-orang yang terpilih (para nabi dan para rasul). Rasul yang paling agung iaitu Muhammad s.a.w. Beliaulah yang telah menerima wahyu dariNya yang dinamakan al-Quran (ia bukan ciptaan manusia, kekal sifatnya, syumul dan mengandungi kemurnian muthlak). Oleh itu, agama Islam akhirnya dinamakan dengan agama wahyu. Allah Maha Kuasa. Makhluk tiada daya dan tiada kekuatan sama sekali, kecuali dengan bantuan pertolongannya. Allah mencipta segala sesuatu cukup dengan menyebut "KUN" maka jadilah ia. Ulama tauhid ada yang menafsirkan bukan bererti setiap menjadikan sesuatu Allah perlu menyebut "KUN" Namu ia menunjukkan sesungguhnya hanya Allahlah yang layak mencipta. Allah bersifat Qadim, sedangkan alam bersifat baharu. Dalam ilmu mantik, perkara ini diuraikan dengan panjang lebar iaitu menghukum secara kulli dengan menyusun qadhiah-qadhiah yang akhirnya menghasilkan natijah (kesimpulan) yang lojik dan rasional. " Alam (manusia, haiwan, bumi, tumbuh-tumbuhan dll) adalah baharu, setiap yang baharu adalah berubah-ubah. Jadi natijah pada qadhiah yang pertama" alam adalah berubah-ubah". Dan setiap yang berubah-ubah adalah selain daripada Allah "natijah yang kedua" kerana Allah bersifat Qadim iaitu tiada pendahuluan dan tiada pengakhiran (kekal selamanya). Agama Kristian Mereka percaya dan yakin kepada Tritunggal (trinity) iaitu Tuhan mempunyai 3 oknum yang terdiri daripada Tuhan Bapa (Allah), Tuhan Anak (Isa) dan Rohul Kudus. Tuhan Bapa ialah pencipta alam sejagat dan tinggal di syurga. Tuhan Anak ialah Isa yang diutus kedunia untuk disalib sebagai penebus dosa-dosa orang-orang Kristian. Roh Kudus pula ialah roh suci dari Allah yang menyerap masuk kedalam para penulis Injil dan para pendeta. Filsafat ketuhanan yang demikian boleh disebut disebut monotheisme, sebab oknum kedua dan ketiga merupakan sebahagian daripada Tuhan (Allah) Bapa. Boleh disimpulkan, Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Rohul Kudus mempunyai zat, sifat dan perbuatan yang sama. Agama Budha Pada peringkat awal pengikut setia agama ini tidak mengakui kuasa dan Kewujudan Tuhan (tiada konsep Tuhan). Bahkan ada yang berpendapat, agama Budha sama dengan aliran Ateisme. Mereka tidak menyembah Budha. Hatta menganggap Budha sebagai guru dan orang yang bijaksana kerana ajaran yang diperkenalkannya boleh diterima oleh masyarakat pada sesuatu tempat dan bersesuaian dalam kehidupan mereka. Budha mengenepikan pembicaraan mengenai Tuhan. Dia mengelakkan segala apa yang berhubung dengan perbahasan-perbahasan ketuhanan dan metafizik atau tentang perkara-perkara halus mengenai alam, kerana dia berpendapat bahawa pelepasan manusia adalah bergantung kepada dirinya sendiri, bukan kepada Tuhan. Seruannya adalah cerita tentang pengalamannya dan tentang jalan yang diikutinya. Dia berkata bahawa kebenaran (hak) itu tiada dapat diketahui dengan pendapat-pendapat (teori-teori) tetapi ia dengan melalui jalan yang menuju kepadanya. Agama Hindu Tuhan itu tidak tunggal (Trimurti). Mengakui kepada kuasa Tuhan dan setiap Tuhan mempunyai kuasa yang berlainan. Trimurti adalah mempercayai wujudnya tiga Tuhan yang terpenting. Ia adalah Brahma iaitu Tuhan pencipta. Manakala Vishnu adalah Tuhan Memelihara dan Shiva adalah Tuhan Pemusnah. Kesimpulan Daripada uraian diatas, jelas nampak sekali perbezaan tentang konsep ketuhanan menurut Islam dengan agama lain. Islam hanya ada satu Tuhan yang wajib disembah, tidak beranak, tidak serupa dengan selainnya dan agamanya bersifat wahyu iaitu bersumberkan al-Quran (kalamNya) dan al-Hadis (Wahyu dariNya melalui seorang Rasul s.a.w.) erti kata lain, semuanya bukan ciptaan manusia. Sedangkan Agama lain tentang konsep Tuhan sumbernya tidak jelas, lebih bersifat mitos, berbentun mimpi, banyak yang direka-reka dan kesemuanya hasil ciptaan manusia yang tidak pasti kebenaran dan kemurnian fakta dan datanya. Misalan agama Kristian mendakwa kononnya Isa a.s. adalah anak Tuhan. namun dalam Injil yang asli dan perjanjian lama, Isa a.s. tidak pernah mengaku dirinya adalah Tuhan. Sedangkan dalam agama Hindu pula, Penganutnya menyembah Tuhan Shivah kerana mereka takut kepadanya bukan kerana yakin, percaya dan taat, tapi kerana menurut kepercayaan mereka Tuhan Shiva adalah Tuhan Pemusnah. Dan yang peliknya konsep Tuhan "Trimurti" dalam agama Hindu dan konsep Tuhan "Trimurti" dalam agama Kristian tidak dapat difahami dengan jelas maksudnya dan tidak boleh dibuktikan kebenarannya sekalipun oleh Rahib-rahib dan Pendeta-pendeta mereka itu sendiri. Untuk yang tidak mempercayai tuhan kerana tidak melihat, ini jawapannya. Bukan semuanya kita boleh lihat dengan mata. Lihatlah langit dan bumi terjadi dengan ciptaan Allah, tidak mungkin langit dan bumi jadi dengan sendiri. Bagaimana kita tahu langit dan bumi terjadi dengan sendirinya sedangkan kita belum wujud lagi ketika ada langit dan bumi diciptkan oleh Allah. Jika kita mengkaji al-Quran pasti kita akan nampak bukti-bukti kewujudan Allah Pencipta Sekelian Alam. Contohnya, kita tahu ada udara tetapi adakah kita melihat udara? Kita tidak dapat melihatnya, bagaimana kita hendak melihat Allah dengan mata yang dicipta oleh-Nya. Satu contoh yang lain, ada satu guru atisme (tidak percaya tuhan) bertanya kepada murid didalam kelas, adakah murid-murid ]melihat kapur ini?Jawab murid-murid melihat..Guru tadi menjawab kapur wujud, kemudian guru bertanya lagi, adakah murid-murid melihat papan tulis ini?Jawab murid-murid melihat..Guru tadi menjawab papan tulis wujud, kemudian guru bertanya lagi, adakah murid-murid melihat Allah?Jawab murid-murid tidak melihat..Guru tadi menjawab Allah tidak wujud tetapi seorang murid bangun bertanya adakah kita melihat akal guru? Murid-murid menjawab tidak, murid tadi berkata guru tidak mempunyai akal. Kesimpulannya kita tidak dapat melihat Allah dengan mata kita. Akal itu, ciptaan Allah yang tidak dapat dilihat dengan mata kita, bagaimana kita hendak melihat Allah, Pencipta sekelian alam. Oleh itu, cuma agama Islam agama yang benar, pengkaji barat pun mencari kota lama dengan al-Quran, mengapa tidak menggunakan cara lain sebagai sumber rujukan? Al-Quran tidak pernah menipu kita kerana ia daripada Allah. Oleh itu saudaraku, marilah kita sayangi agama Islam dan kita mengamalkan ajaran Islam dengan sebenarnya kerana kita sudah berada dijalan yang benar.

Soalan 2

Bincangkan bagaimana budaya setempat mempengaruhi amalan agama  masyarakat.
Pada masa kini, banyak bahasa barat telah campur kepada bahasa kita. Contohnya, "Malam ini kita pergi dinner.". Ini membuktikan betapa hebatnya pengaruh barat terhadap kita. Bahasa melayu kita yang kita sering gunakan sekarang sudah "bercampur" dengan bahasa dari barat menjadi satu cara percakapan yang baru. Sebenarnya, ini bukan merupakan sesuatu yang buruk, kerana bahasa barat lebih biasa digunakan. Namun cara percakapan yang kasar turut dicampur ke dalam bahasa melayu kita. Terutamanya golongan remaja yang menganggap bahasa barat yang kasar itu sesuatu yang dapat membesarkan maruah diri sendiri dan mereka tidak tahu bahawa itu akan menjatuhkan maruah diri mereka. Sebenarnya, kita perlulah menjaga imej bangsa kita melalui cara percakapan kita. Selain itu, ini jugalah untuk meneruskan tradisional kita dan supaya bahasa Melayu dapat terus digunakan oleh bangsa kita pada masa akan datang.Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, budaya didefinisikan sebagai cara berfikir dan berkelakuan manakala hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Secara kontekstualnya pula, budaya hedonisme membawa maksud gaya hidup yang hanya mengejar keseronokan semata-mata. Budaya yang berasal dari negara Barat ini sebenarnya merupakan barah yang kini semakin mengancam jiwa remaja di Malaysia pada masa kini. Bukan begitu sahaja, ia mampu merapuhkan adat berbudi bahasa yang merupakan pegangan hidup masyarakat Malaysia pada suatu masa dahulu. Hedonisme sebagai istilah teknis yang menunjuk faham mementingkan kesenangan dan kemewahan fisik, berasal dari kata latin Hedoné yang berarti kesenangan. Di dalam sejarah filsafat Yunani kuno tokoh pertama yang dikenal mengajarkan aliran hedonisme adalah Democritus (400-370 SM), yang memandang kesenangan sebagai tujuan pokok di dalam kehidupan ini. Budaya ini begitu cepat menular di kalangan remaja yang terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan rasa bosan terutama remaja di bandar besar. Dengan kemunculan pelbagai pusat hiburan dan kebebasan media yang tidak dikawal ketat, hedonisme merebak dengan pantas tanpa disedari mereka. Keadaan bertambah buruk apabila penyalahgunaan dadah begitu berleluasa. Ini termasuk penggunaan pil Eecstasy yang banyak digunakan oleh remaja kota. Selain itu, peningkatan kelahiran anak luar nikah dan kes pembuangan bayi adalah akibat gejala negatif di kalangan remaja yang terpengaruh dengan hedonisme. Budaya Hedonisme dibawa masuk dari budaya barat dan seterusnya memudaratkan budaya masyarakat tempatan di Malaysia. Punca gejala ini timbul akibat kurang didikan agama. gejala negatif di kalangan belia terutama remaja Islam. Didikan agama yang dimaksudkan ialah pendidikan yang dapat membentuk ketahanan dalaman generasi muda untuk menangkis sebarang gejala negatif yang disogokkan kepada mereka. Pendidikan Islam negara perlu dirombak semula bagi memastikan keberkesanannya dalam jiwa pelajar. Walaupun semua komponen pendidikan agama sudah dimasukkan dalam kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran tetapi pendekatannya kurang menarik minat mereka.Fesyen barat dikaitkan dengan meniru fesyen terutamanya dari segi pemakaian.Sebagai contoh, memakai pakaian yang terdedah atau tidak menutup aurat yang boleh menimbulkan pelbagai perspeksi dalam kalangan masyarakat. Fesyan barat sememangnya mempamerkan imej yang tidak senonoh dan seksi. Salah satu punca seseorang meniru fesyen-fesyen barat ialah mereka mengamalkan gaya hidup moden.Gaya hidup moden biasanya diamalkan di bandar bagi sesetengah golongan masyarakat. Meraka lebih suka mengikut fesyen terkini seiring dengan arus pemodenan dan globalisasi. Bagi mereka pakaian tradisional dianggap lapuk di telan zaman. Seterusya ialah seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat. Seseorang yang kurang mendapat didikan agama mudah terdorong kepada unsur-unsur negatif dengan meniru fesyen dari negara barat. Pengaruh daripada media sama ada media cetak atau media elektronik. Dalam era modenisasi ini pelbagai jenis bentuk media mempengaruhi masyarakat dari segi pemakaian.Sebagai contoh, majalah hiburan dan internet yang memaparkan fesyen-fesyen barat yang kurang sesuai digayakan oleh masyarakat kita. Seseorang yang meniru ciri-ciri pemakaian barat secara tidak langsung dipandang rendah oleh masyarakat. Hal demikian disebabkan oleh imejnya yang seksi, terdedah dan terlalu menjolok mata tidak dapat diterima oleh masyarakat. Golongan yang meniru budaya pemakaian barat dianggap tidak mempunyai identiti yang tulen dan asli. Meruntuhkan institusi kekeluargaan. Hubungan dalam sesebuah keluarga menjadi renggang disebabkan ibu bapa kurang memainkan peranan dalam memberi didikan sehinggakan anak-anak mereka mudah terlibat dalam gejala sosial hasil pengaruh budaya barat.Kebayakkan ibu bapa hanya memberi keperluan dari segi material berbanding didikan dan asuhan yang sewajarnya kepada anak-anak mereka. Terdorong kepada gejala yang tidak sihat seperti pelacuran, perzinaan dan sebagainya.Ia berlaku disebabkan penggemar fesyan barat tidak dapat mengawal dirinya dan akhirnya terjerumus ke dalam kancah negatif.Hal demikian jelas gejala ini semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat terutamanya remaja yamg sedang meningkat dewasa.Salah satu aspek yang dipengaruhi oleh budaya barat bagi masyarakat di negara kita ialah makanan dan minuman. Pengaruh makanan dan minuman barat semakin berleluasa di masyarakat kita sehingga ia menjadikan masyarakat seolah-olah lupa akan makanan dan minuman yang menjadi identiti keperibadian bangsa. Pengaruh makanan dan minuman barat telah menguasai minda masyarakat kita. Walaupun makanan dan minuman barat tidak bercanggah dengan agama, tetapi secara tidak langsung ia telah berjaya mengikis jatidiri belia remaja. Contohnya isu makanan, walaupun ia merupakan isu kecil, tetapi dominasi makanan segera telah menenggelamkan makanan tradisi masyarakat hari kini. Belia remaja kita lebih mengenal makanan dan minuman keluaran barat daripada masakan tradisi yang turun-temurun masyarakat dahulu. Kami boleh terdapat pelbagai jenama makanan di mana-mana bandar di Negara kita seperti Mc Donald, KFC, Pizza Hurt dan lain-lain manakala minuman seperti Pepsi, Coca-Cola, Seven-Up dan lain-lain. Belia remaja merasakan pengambilan makanan dan minuman segera merupakan satu lambang cara hidup yang moden. Sebenarnya ia akan menyebabkan masakan tradisi semakin pupus dan belia remaja kehilangan identiti keperibadian bangsa. Belia remaja hari ini lebih mengenal makanan dan minuman keluaran barat kerana globalisasi telah membawa masuk budaya barat ke masyarakat Malaysia. Belia remaja boleh mendapati makanan dan minuman keluaran barat di restoran-restoran francais. Selain itu, kami boleh dapat iklan-iklan makanan dan minuman keluaran barat di mana-mana seperti televisyen, panggung wayang, tajaan pertandingan dan sebagainya. Sebagai contohnya, peniaga panggung wayang untuk menyedapkan penontonan, air coca-cola dan popcorn dijual di luar panggung. Sebelum bermulanya cerita, iklan Carlsberg dan Tiger Beer ditayangkan berkali-kali bersama mesej pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Iklan-iklan ini membawa semacam suatu perasaan kepada generasi muda bahwa sekiranya ingin maju dan berjaya, kita harus menjamah makanan dan minuman barat. Pelik dan mengejutkan namun ia adalah kenyataan. Jika dilihatkan bekas-bekas siswa yang pulang dari Amerika atau Eropah, semuanya membuka gerai burger, sekiranya tidak mendapat pekerjaan atau menganggur. Daripada membuka gerai pisang goreng atau gerai roti canai, kebanyakannya membuka gerai burger atau makanan western dan mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan masyarakat. Pemasaran dan penyerapan budaya barat adalah secara senyap tetapi membunuh. Budaya barat berkembang dengan kadar yang perlahan sehingga untuk menerima perubahan memakan masa bertahun-tahun. Akhirnya tanpa disedari ia sudah mempengaruhi cara berfikir dan bertindak generasi muda. Oleh itu, diselesaikan dengan pelbagai langkah yang praktikal seperti menganalisa dan memperbaiki kelemahan identiti terdahulu dan memberi suatu pegangan identiti baru bagi masyarakat Malaysia.

Comments

Loading
Error: Loading CSS chunk vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-d462f3 failed. (error: https://assets.openlearning.com/chunks_live/vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-d462f3.8fd07ef9993d3220.css)

Chat