SAYIDAH NUSAILAH BINTI ZAINAL AZMAN's 6.A1 : Refleksi Perjuangan Dato Onn - OpenLearning
Setelah melihat video "Permuafakatan antara kaum ke arah kemerdekaan", apa yang boleh saya simpulkan disini ialah, video tersebut, menerangkan mengenai era sebelum merdeka. Ianya bermula dengan cara pemimpin dari pelbagai etnik bekerjasama dari segi politik dalam mencapai kemerdekaan. Sebelum merdeka, British telah mengenakan syarat iaitu perlunya ada perpaduan antara kaum. Terdapat dua usaha yang dilakukan, antaranya ialah:
1.Penubuhan Communities Liason committe atau dikenali sebagai CLC. 
2. Penubuhan pakatan politik antara kaum. 
 
CLC adalah Community Liason Committee atau Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Community Liason Committee (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949. CLC merupakan satu jawatankuasa yang dianggotai oleh para pemimpin pelbagai kaum di Tanah Melayu. Tujuannya adalah untuk mewujudkan persefahaman antara kaum yang akhirnya membawa kepada perpaduan kaum. Pada peringkat awal, CLC hanya dianggotai oleh orang-orang Melayu di bawah UMNO yang diketuai oleh Dato' Onn bin Jaafar dan kaum Cina di bawah MCA yang diketuai oleh Tan Cheng Lock. Pada Ogos 1949, CLC telah dianggotai oleh kaum-kaum lain seperti India, Sri Lanka, Serani (Ceylon) dan Eropah. CLC juga telah mengadakan beberapa rundingan. UMNO yang mewakili kaum Melayu menuntut Ketuanan Melayu dikekalkan. Hal ini telah ditentang oleh pemimpin-pemimpin kaum lain. Isu yang berjaya diselesaikan telah memberikan kesan yang positif dan membuka jalan kepada kemerdekaan Tanah Melayu.
 
Parti Perikatan (Penubuhan pakatan politik antara kaum) pula diterajui oleh UMNO yang mewakili etnik Melayu telah bekerjasama dengan etnik Cina melalui MCA dan etnik India dengan MIC. Kini, Parti Perikatan dikenali sebagai Barisan Nasional. Selain daripada kewujudan Parti Perikatan, ada lagi parti yang lain iaitu IMP (Parti Kemerdekaan) yang telah diasaskan oleh Dato Onn Jaafar. Penubuhan IMP juga mempunyai beberapa sebab antaranya beliau pernah mencadangkan agar Melayu dibuka kepada bukan Melayu semasa menjadi YDP UMNO. Disebabkan cadangan beliau ditolak oleh ahli-ahli UMNO, Dato Onn Jaafar meletak jawatan dan berusaha mencapai cita-citanya untuk mewujudkan sebuah parti politik yang dibuka kepada semua etnik. Walau bagaimanapun, penubuhan IMP tidak mendapat sambutan kerana rakyat masih belum dapat menerima parti yang berbilang kaum. Hasil daripada permuafakatan dalam Parti Perikatan, UMNO telah berjaya. Seterusnya pada 31 Ogos 1957 kemerdekaan telah dicapai. 
 

Comments

Chat