Nurzahirah binti Abd Halim's 1.A4 : Perbincangan - OpenLearning

Konsep kesepaduan sosial adalah berbeza dengan konsep perpaduan. Konsep kesepaduan sosial adalah lebih realistik di Malaysia berbanding dengan konsep perpaduan. Hal ini demikian kerana konsep kesepaduan sosial merupakan suatu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam terhadap perpaduan yang seharusnya pula mempengaruhi para anggota masyarakat tersebut untuk merungkai pelbagai ikhtiar dan kegiatan yang dianggap sebagai prasyarat untuk mencapai perpaduan. Konsep kesepaduan sosial boleh difahami menerusi pemahaman konsep takrifan harian sebelum perpaduan dapat dicapai. Takrifan harian lebih berkesan daripada takrifan autoriti kerana setiap anggota masyarakat majmuk adalah bebas untuk bertindak dan berprilaku prokeamanan, prokeharmonian dan antikeganasan demi survival diri, keluarga, dan kelompok sosialnya. Sekiranya berlaku sebarang konflik, anggotanya akan segera mencari jalan penyelesaian melalui perundingan dalam pelbagai cara dan bentuk.

Comments

Chat