Soalan 1
Bincangkan perbezaan antara agama dan penganutnya. Misalnya, antara Hindu dan Hinduisme, Muslim dan Islam, dan sebagainya.Mentauhidkan atau mengesakan Allah SWT sebagai Tuhan yang satu dan tiada sekutu bagi-Nya. Kaedah mentauhidkan Allah adalah dengan cara Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah, Tauhid zat, Tauhid sifat dan Tauhid af'al. Dalam rukun Iman Islam menuntut kepada umatnya supaya mentauhidkan Allah SWT. Beriman kepada Allah iaitu mempercayai kewujudan dan keesaan Allah, baik dalam kekuasaNya mahupun dalam hal-hal menyembah kepadaNya. Kemurnian dan keikhlasan iman perlu kepada pengakuan dan persaksian melalui konsep syahadah iaitu bersaksi bahawa tiada Tuhan yang wajib disembah melainkan Allah SWT. Yang Maha Agung, Maha Berkuasa, Maha Mencipta dan Maha diatas segala sesuatu, serta mengakui sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruNya. Ini adalah perkara yang paling utama (dalam rukun Islam) yang perlu ditunaikan untuk menjadi seorang muslim yang beriman. Allah sebagai khalik (pencipta :Fathir:3). Sedangkan manusia sebagai makhluk Allah wajiblah tunduk, patuh, taat dan memperhambakan diri hanya kepadanya sahaja (An Nisa’:59). Allah telah memilih agama Islam sebagai agama yang hak. SyariatNya itu disampaikan oleh orang-orang yang terpilih (para nabi dan para rasul). Rasul yang paling agung iaitu Muhammad s.a.w. Beliaulah yang telah menerima wahyu dariNya yang dinamakan al-Quran (ia bukan ciptaan manusia, kekal sifatnya, syumul dan mengandungi kemurnian muthlak). Oleh itu, agama Islam akhirnya dinamakan dengan agama wahyu. Allah Maha Kuasa. Makhluk tiada daya dan tiada kekuatan sama sekali, kecuali dengan bantuan pertolongannya. Allah mencipta segala sesuatu cukup dengan menyebut "KUN" maka jadilah ia. Ulama tauhid ada yang menafsirkan bukan bererti setiap menjadikan sesuatu Allah perlu menyebut "KUN" Namu ia menunjukkan sesungguhnya hanya Allahlah yang layak mencipta. Allah bersifat Qadim, sedangkan alam bersifat baharu. Dalam ilmu mantik, perkara ini diuraikan dengan panjang lebar iaitu menghukum secara kulli dengan menyusun qadhiah-qadhiah yang akhirnya menghasilkan natijah (kesimpulan) yang lojik dan rasional. " Alam (manusia, haiwan, bumi, tumbuh-tumbuhan dll) adalah baharu, setiap yang baharu adalah berubah-ubah. Jadi natijah pada qadhiah yang pertama" alam adalah berubah-ubah". Dan setiap yang berubah-ubah adalah selain daripada Allah "natijah yang kedua" kerana Allah bersifat Qadim iaitu tiada pendahuluan dan tiada pengakhiran (kekal selamanya). Agama Kristian Mereka percaya dan yakin kepada Tritunggal (trinity) iaitu Tuhan mempunyai 3 oknum yang terdiri daripada Tuhan Bapa (Allah), Tuhan Anak (Isa) dan Rohul Kudus. Tuhan Bapa ialah pencipta alam sejagat dan tinggal di syurga. Tuhan Anak ialah Isa yang diutus kedunia untuk disalib sebagai penebus dosa-dosa orang-orang Kristian. Roh Kudus pula ialah roh suci dari Allah yang menyerap masuk kedalam para penulis Injil dan para pendeta. Filsafat ketuhanan yang demikian boleh disebut disebut monotheisme, sebab oknum kedua dan ketiga merupakan sebahagian daripada Tuhan (Allah) Bapa. Boleh disimpulkan, Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Rohul Kudus mempunyai zat, sifat dan perbuatan yang sama. Agama Budha Pada peringkat awal pengikut setia agama ini tidak mengakui kuasa dan Kewujudan Tuhan (tiada konsep Tuhan). Bahkan ada yang berpendapat, agama Budha sama dengan aliran Ateisme. Mereka tidak menyembah Budha. Hatta menganggap Budha sebagai guru dan orang yang bijaksana kerana ajaran yang diperkenalkannya boleh diterima oleh masyarakat pada sesuatu tempat dan bersesuaian dalam kehidupan mereka. Budha mengenepikan pembicaraan mengenai Tuhan. Dia mengelakkan segala apa yang berhubung dengan perbahasan-perbahasan ketuhanan dan metafizik atau tentang perkara-perkara halus mengenai alam, kerana dia berpendapat bahawa pelepasan manusia adalah bergantung kepada dirinya sendiri, bukan kepada Tuhan. Seruannya adalah cerita tentang pengalamannya dan tentang jalan yang diikutinya. Dia berkata bahawa kebenaran (hak) itu tiada dapat diketahui dengan pendapat-pendapat (teori-teori) tetapi ia dengan melalui jalan yang menuju kepadanya. Agama Hindu Tuhan itu tidak tunggal (Trimurti). Mengakui kepada kuasa Tuhan dan setiap Tuhan mempunyai kuasa yang berlainan. Trimurti adalah mempercayai wujudnya tiga Tuhan yang terpenting. Ia adalah Brahma iaitu Tuhan pencipta. Manakala Vishnu adalah Tuhan Memelihara dan Shiva adalah Tuhan Pemusnah.
Soalan 2
Bincangkan bagaimana budaya setempat mempengaruhi amalan agama masyarakat.Agama dan kepercayaan sememangnya banyak mempengaruhi budaya di sesuatu tempat. Hal ini demikian kerana kepercayaan agama merupakan satu elemen subsistem ideologi dan sesuatu agama yang dianjurkan itu merupakan satu ungkapan elemen subsistem sosiologi (Getis. A et al., 2014). Walaupun ada sebahagian daripada masyarakat yang tidak mempunyai pegangan agama seperti mereka yang beraliran Marxisme atau Komunisme namun kefahaman terhadap aliran Marxisme dan Komunisme itu turut mengikat cara hidup mereka. Agama juga mampu memberi kefahaman tentang budaya masing-masing. Sebagai contoh, seseorang itu tidak dapat memahami budaya masyarakat India sekiranya dia tidak mempunyai pengetahuan terhadap agama Hindu dan sebagainya. Perkataan budaya merupakan kata jamak dari kata budhi dalam bahasa Indonesia-Malaysia dan dengan itu lahirlah perkataan kebudayaan. Maka kebudayaan merujuk kepada segala hasil kerja manusia atau hasil dari segala budi manusia (Kamarudin Salleh, 2006). Budaya boleh diertikan sebagai sebuah tamadun atau peradaban. Manakala kebudayaan pula boleh dimaksudkan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat (Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, 2010). Di samping itu, budaya juga merupakan keseluruhan sistem, gagasan, tindakan dan hasil kerja manusia dalam rangka kehidupan masyarakat yang terhasil melalui kaedah pembelajaran. Tindakan-tindakan yang dipelajari antaranya ialah cara seseorang itu minum, makan, berpakaian, berbicara, bertani, bertukang dan berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling merupakan satu bentuk budaya (Koentjaraningrat, 1987). Seterusnya, budaya juga merupakan warisan sosial sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma dan adat yang dikongsi bersama-sama oleh semua orang dalam sesebuah masyarakat (Abdul Rahman Ahmad Hanafiah, 2004). Selain itu, budaya juga bersifat dinamik iaitu berubah dari semasa ke semasa dan perubahan ini berlaku dalam bentuk persambungan (Wan Abdul Kadir Wan Yusof, 1983). Cara ini telah memperkayakan lagi kedudukan budaya itu sendiri. Sebagai contoh, budaya Melayu telah banyak mengalami perubahan setelah Islam mula bertapak di Tanah Melayu pada abad ke-7 masihi. Penyesuaian dan tokok tambah berlaku dalam proses penerimaan agama Islam seterusnya membentuk kepelbagaian budaya yang bersesuaian dengan agama Islam. Di samping itu, kebudayaan juga merupakan tatacara hidup manusia yang menghasilkan satu bentuk kepercayaan, keyakinan, adat, upacara-upacara, ikatan perkahwinan dan sebagainya. Kesemua aspek ini dipupuk sedikit demi sedikit dari tatacara hidup para leluhur dalam sekelompok masyarakat pada suatu daerah atau negeri. Perpaduan antara kedua-dua masyarakat yang berlainan agama juga turut memberi kesan terhadap kebudayaan yang telah ada dan lahirlah suatu kebudayaan baru. Sebagai contoh, agama Islam telah mengubah amalan berpakaian masyarakat Melayu. Dulunya, masyarakat Melayu tidak mementingkan amalan pemakaian yang menutup aurat, namun setelah kedatangan Islam masyarakat Melayu mula berpakaian menutup aurat kerana dalam ajaran Islam tidak menutup aurat dianggap satu dosa. Jelaslah bahawa agama sedikit sebanyak mempengaruhi perubahan budaya di sesuatu tempat. Selain itu, agama turut didefinisikan sebagai kepercayaan kepada Tuhan dan sifat-sifat kekuasaan Tuhan serta penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan kepada yang Maha Kuasa serta kepercayaan kepada sesuatu dewa dan sebagainya yang dipuja disebabkan kekuasaan yang luar biasa yang dimiliki oleh dewa tersebut (Kamus Dewan Bahasa Edisi keempat, 2010). Di samping itu, kata agama berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘a’ yang bermaksud tidak dan ‘gama’ yang bermaksud kacau. Dan apabila patah perkataan itu digabungkan maka membawa maksud tidak kacau. Jadi, agama sebenarnya berfungsi sebagai memelihara kewibawaan sekelompok masyarakat dan hubungannya dengan Tuhan agar sentiasa seimbang dan sejahtera. Agama terdiri daripada dua kategori iaitu agama samawi (agama langit) dan agama bumi (agama budaya). Agama Samawi ini merupakan agama yang diperoleh melalui wahyu Illahi iaitu agama Kristian, Yahudi dan Islam. Manakala agama Budaya pula timbul akibat daripada daya fikir seseorang atau masyarakat iaitu agama Hindu, Buddha dan kepercayaan yang lain. Seterusnya, terdapat lima agama terbesar di dunia, antaranya ialah agama Yahudi, Islam, Kristian, Hindunisme, dan Buddhisme. Setiap agama utama ini mempunyai nilai kebudayaan campuran yang unik dan memberi kesan terhadap landskap budaya di sesuatu tempat (Getis. A et al., 2014). Agama Yahudi misalnya, merupakan agama yang berasaskan kepada kepercayaan etnik. Hal ini demikian kerana berdasarkan faktor-faktor penentu antaranya ialah Nabi Yaakob iaitu keturunan Bani Israel, Kitab Taurat, kepercayaan tradisi dan agama. Kebanyakan penganut Yahudi mengikut peraturan dalam memilih makanan seperti yang tertulis di dalam Kitab Taurat yang melarang campuran susu dengan daging. Daging babi juga dilarang di makan dalam agama Yahudi. Makanan yang disediakan harus mengikut undang-undang tersebut dan daging harus disembelih oleh kaum Rabi. Anak lelaki juga perlu disunatkan ketika masih bayi lagi seperti perjanjian Abraham dengan Tuhan. Sekiranya berlaku kematian, orang Yahudi akan mengadakan satu minggu berkabung iaitu mereka akan membaca Kaddish. Jelaslah di sini bahawa agama sememangnya banyak mencorak budaya baru di sesuatu tempat kerana agama dan budaya mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Misalnya, pengambilan riba dianggap berdosa sesama kaum Yahudi, tetapi dibenarkan kepada mereka yang bukan Yahudi. Hal ini jelas menunjukkan betapa agama banyak mempengaruhi pertumbuhan budaya dalam sesuatu masyarakat. Seterusnya, agama Kristian merupakan agama yang berasaskan kepada kehidupan, kematian, penyaliban dan kepercayaan terhadap Jesus. Tanda-tanda agama Kristian terhadap lanskap budaya dapat dilihat di mana-mana sahaja dan bentuk budaya itu mampu bertahan dengan lama. Sebagai contoh, semasa zaman Pra-Reformasi Katolik Eropah, gereja menjadi pusat kepada komuniti setempat (Getis. A et al., 2014). Selain itu, kedatangan agama Kristian telah melahirkan satu bentuk perayaan yang dikenali sebagai Hari Kristmas. Hari Kristmas ini diadakan bagi mengingati ulang tahun kelahiran Yesus. Di sini jelas menunjukkan bahawa agama Kristian telah melahirkan satu bentuk budaya iaitu perayaan Hari Kristmas bagi penganut agama Kristian. Di kawasan bandar besar pula, gereja menjadi pusat berkumpul untuk memuliakanTuhan di samping menjadi simbol ketakwaan dan tumpuan kehidupan beragama. Seterusnya, agama Islam pula merupakan agama yang universal yang tidak hanya membawa ajaran tentang ibadah iaitu ajaran tentang solat, haji, puasa dan sebagainya tetapi Islam juga membawa ajaran tentang kebudayaan yang sesuai dengan norma-norma yang berlaku di dalamnya. Sehinggakan agama Islam banyak mempengaruhi budaya-budaya terdahulu yang kebanyakan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenarnya. Di samping itu, agama Hindu pula merupakan agama yang tertua di dunia (Getis. A et al., 2014). Sesuai dengan perkembangannya, hingga kini agama Hindu menjadi sebuah agama keselarasan yang memiliki kedamaian universal serta memandang setiap individu atau manusia sebagai satu keluarga besar. Kitab utama agama Hindu ialah Weda yang merupakan ungkapan prinsip-prinsip universal yang dianggap tertua yang berkait rapat dengan nilai moral serta spiritual yang global. Kuil-kuil, tempat-tempat suci, upacara ritual dan sebagainya telah menandakan landskap budaya dalam masyarakat Hindu. Landskap budaya kemudiannya diselitkan dengan simbol-simbol agama yang merupakan sebahagian daripada satu pengalaman budaya (Getis. A et al., 2014). Di samping itu, agama Buddha pula menjunjung tinggi nilai-nilai moral dalam kehidupan penganutnya. Nilai-nilai moral ini dikenal sebagai Pancasila. Antaranya ialah Panatipata veramani Sikkapadan samadiyami (Aku bertekad akan menghindarkan diri daripada melakukan pembunuhan terhadap makhluk hidup), Adinnadana Veramani Sikkhapadam Samadiyami (Aku bertekad akan menghindarkan diri daripada melakukan pencurian), Musavada Veramani Sikkhapadam Samadiyami (Aku bertekad akan melatih diri daripada melakukan perbuatan yang bertentangan dengan tatasusila), Kamesu Micchacara Veramani Sikhapadam (Aku bertekad akan menghindari diri daripada melakukan perbuatan dusta) dan Surameraya Majjapamadatthana Veramani Sikkhapadam Samadiyami (Aku bertekad akan menghindari diri daripada makan atau minum sesuatu yang memudaratkan). Selain nilai-nilai moral di atas, agama Buddha juga amat menjunjung tinggi karma sebagai sesuatu yang berpegang pada prinsip sebab dan akibat. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa agama Hindu banyak mempengaruhi cara hidup penganutnya melalui prinsip-prinsip yang dikemukan dalam Pancasila dan cara hidup ini merupakan sebahagian daripada budaya. Ringkasnya, dalam kehidupan manusia, agama dan budaya mempunyai saling perkaitan antara satu sama lain kerana kedua-duanya jelas tidak dapat berdiri dengan sendiri. Agama sebagai pedoman hidup manusia yang diciptakan oleh Tuhan bagi menjalani kehidupannya. Sedangkan kebudayaan sebagai kebiasaan tatacara hidup manusia yang diciptakan oleh manusia itu sendiri daripada hasil daya cipta yang diberikan oleh Tuhan. Agama banyak mempengaruhi kebudayaan dalam satu kelompok masyarakat, suku atau bangsa. Oleh itu, agama sememangnya banyak mempengaruhi pembentukan sesuatu budaya dalam kalangan masyarakat.